IMG_6045

Sejak beberapa hari kebelakangan ini, saya banyak dijemput berceramah dan berkuliah atas beberapa tajuk dan program.

Kesempatan itu saya gunakan untuk melakukan sedikit tayangan klip 5 minit berkenaan aktiviti dakwah Persatuan Ulama’ Malaysia di Sabah, khususnya yang diadakan di pedalaman.

Aktiviti yang berlangsungĀ adalah sepertiĀ program pemantapan aqidah, ziarah dan sumbangan kepada muallaf, sesi kaunseling aqidah, ceramah dan bantuan ala kadar kepada yang memerlukan dan sebagainya.

Tayangan itu bukan bertujuan memohon simpati buat kami, tetapi menuntut keprihatinan masyarakat bahawa di luar sana terlalu ramai yang memerlukan bantuan.

Kepada yang punya kelebihan dana dan material, sumbangan berbentuk sedemikian dialu-alukan. Yang punya kemampuan untuk berceramah, kami juga perlukan aktivis sedemikian untuk masuk dan keluar kampung. Yang ada dan boleh bawa kenderaan terutama pancuan 4 roda, itu juga bagus.

Pokoknya, kami membuka ruang untuk beramal dan berkongsi pahala. Terima kasih.

IMG_6049