Tag Archive: Chef Abdullah Ahmad


Tarikh : 30 Mei 2015

Lokasi : Perumahan LDA Sungai Bedaun

Biasa datang waktu malam. Kali ini kami berziarah waktu tengahari. Kebetulan sahabat saya Chef Abdullah ada di sana, tentulah masakan lebih istimewa. Alhamdulillah dan terima kasih Chef atas masakan yang menyelerakan.

Sejak beliau berkhidmat di Hotel Shangri La Bandaran Berjaya sehingga kini membuka restoran sendiri, saya tidak pernah kecewa dengan masakan beliau. Sebab itu saya tidak ralat untuk memperkenalkan kepada kawan-kawan!

20150530_144612 20150530_144901 20150530_145336 20150530_145414 20150530_150621 20150530_153628 20150530_154458 20150530_155714

Tarikh : 14 April 2015

Lokasi : Jalan Taman Perumahan LDA WP Labuan

Saya jemput tuan/puan di Labuan untuk menjamu selera di restoran milik sahabat baik kami, Chef Abdullah Ahmad di Restoran Warisan Bonda, Jalan Taman Perumahan LDA.

Sudah dua kali datang ke sini, menunya sangat menyelerakan dan tidak mengecewakan. Antara resipi yang menarik di sini ialah nasi arab, nasi ayam pop, ekor masak pedas, pelbagai jenis soto, sup dan tomyam, nasi goreng ikan masin, kambing black pepper, ayam gulai minang, ayam pandan, ayam tumis kunyit, lamb chop, chicken chop dan banyak lagi.

Chef Abdullah sebelum ini adalah ketua chef di Hotel Shangri La Bandaran Berjaya Kota Kinabalu sebelum berhijrah ke WP Labuan. Juga berpengalaman menjadi chef di Hotel Promenade, Magellan Sutera, Sebana Golf & Marina Resort Johor, Hotel Sheraton Labuan dan Hotel Sandbay Sandakan.

Beliau juga seorang ahli dan perawat Darussyifa’. Hubungi beliau +60128186692.IMG-20150414-WA0151 IMG-20150414-WA0154IMG_20150414_201940 IMG_20150414_202108 IMG_20150414_203021 IMG_20150414_203452 IMG_20150414_203538 Chef

Tarikh : 25 Disember 2014

Lokasi : Jalan Taman Perumahan LDA, WP Labuan

Tanda ingatan dan persahabatan, suka saya mempromosi restoran sahabat kami, Chef Abdullah Ahmad yang berpengalaman dalam bidang koloneri khususnya di sektor perhotelan. Ketika kami berziarah ini, restoran baru dibuka beberapa ketika.

Antara menu menarik ialah nasi arab, nasi ayam pop, ekor masak pedas, pelbagai jenis soto, sup dan tomyam, nasi goreng ikan masin, kambing black papper, ayam gulai minang, ayam pandan, ayam tumis kunyit, lamb chop, chicken chop dan banyak lagi.

Chef Abdullah pernah bertugas sebagai ketua chef di Hotel Shangri La Bandaran Berjaya Kota Kinabalu sebelum berhijrah ke Labuan ini. Sebelum itu pernah menjadi chef di Hotel Promenade, Magellan Sutera, Sebana Glof & Marina Resort Johor, Hotel Sheraton WP Labuan dan Hotel Sandbay Sandakan.

Beliau juga adalah ahli dan perawat Darussyifa’. Hubungi beliau 012-8186692.

Warisan Ibunda (1) Warisan Ibunda (2) Warisan Ibunda (3) Warisan Ibunda (4) Warisan Ibunda (8) Warisan Ibunda (9) Warisan Ibunda (10) Warisan Ibunda (11)

MENYUNGKAI DI SHANGRI-LA

Setinggi penghargaan buat Chef Abdullah Ahmad, chef di Hotel Shangri La Bandaran Berjaya yang membelanja kami makan berbuka puasa petang tadi di sana. Beliau adalah juga AJK Syukbah Dakwah Masjid Negeri Sabah yang sentiasa memberikan komitmen dalam tugas-tugas kesukarelawanan khususnya dalam menjayakan aktiviti syukbah dakwah yang dipengerusikan oleh Ustaz Haji Muchlish.

Ustaz Muchlish dan Ustazah Elfi sendiri hadir bersama ramai AJK dan beberapa jamaah Masjid Negeri, rakan-rakan beberapa Darussyifa’ Sabah. Saya sendiri tiba ketika azan sedang berkumandang. Zaman ‘kegemilangan’ di Istana dahulu memang agak kepuasan saya bersungkai di banyak hotel mewah dan terkenal di sekitar Kota Kinabalu kerana mengiringi rombongan TYT Tun. Selepas berpindah, bukan tiada yang mengundang bersungkai di hotel, tapi saya sendiri yang keberatan dan lebih selesa berbuka di rumah.

Kata Chef Abdullah, harga makan untuk seorang ialah RM55.++ sahaja untuk dewasa. Oleh kerana saya datang sendirian kerana isteri baru bersalin, insya Allah saya akan datang semula untuk membawa keluarga berbuka di sini sebelum hari raya menjelang. Ia menjadi salah satu hadiah untuk anak-anak khususnya Nuha, Hana dan Hadi yang berhempas pulas berpuasa tahun ini.

%d bloggers like this: