IMG_0365

Saya tidak dapat menyertai keseluruhan ceramah beliau yang nampaknya begitu bersemangat pada malam itu.

Beberapa kali mendengar ceramah beliau berkait dengan tajuk kegemarannya iaitu mukjizat al-Quran dan sains, rasanya malam itu cukup bersemangat.

Mungkin kerana beliau berceramah dalam keadaan berdiri, ditambah lagi ruang surau yang padat dengan jamaah.

Saya hadir pada pertengahan majlis, kerana program yang padat sejak awal pagi. Kundasang, kemudian kelasĀ  al-Quran selama 3 jamĀ di UMS, kenduri haji di Penampang sebelum maghrib dan terus ke surau ini.

Selesai mengambil gambar, saya pohon izin pulang kerana keletihan memandu beberapa jam dan bersambung dengan kuliah.

Untuk majlis ini, tahniah kepada seluruh JK Surau khususnya yang bekerja keras dalam memastikan kehadiran ramai malam itu. Semoga Allah SWT membalas usaha semuanya.

Pesan saya, segala kelemahan dan kekurangan sama-samalah ditampung dan berlapang dada. Yang sempurna hanyalah Allah SWT jua.

IMG_0355

IMG_0359

IMG_0361

IMG_0367

IMG_0368