Tag Archive: Ceramah Ma’al Hijrah


Tarikh : 8 November 2014

Lokasi : Masjid Nurul Iman, Pekan Weston Beaufort

Pertama kali mengisi slot ceramah di sini dalam misi sekumpulan sahabat-sahabat dalam Persatuan Ulama’ Malaysia (PUM) Cawangan Sabah ke Beaufort. Kami berbahagi masjid dan surau untuk berceramah sempena tahun baru hijrah secara serentak pada malam tersebut.

Saya sendiri pada peringkat perbincangan awal ada permintaan untuk berceramah di masjid ini. Pertama kali berceramah walaupun bukan pertama kali berziarah dan solat di sini. Gembira dapat berukhuwah dengan para jamaah di sini, dan ada antaranya jamaah-jamaah veteran yang mengenali bapa saya yang satu ketika pernah menjadi pengetua di Sipitang.

Masjid Pekan Weston (1) Masjid Pekan Weston (2) Masjid Pekan Weston (3) Masjid Pekan Weston (4) Masjid Pekan Weston (5) Masjid Pekan Weston (6)

Tarikh : 26 Oktober 2014

Lokasi : Masjid an-Nur, Taman Limauan Kinarut

Maal Hijrah 1436 @ Taman Limauan (1) Maal Hijrah 1436 @ Taman Limauan (2) Maal Hijrah 1436 @ Taman Limauan (3) Maal Hijrah 1436 @ Taman Limauan (4) Maal Hijrah 1436 @ Taman Limauan (5) Maal Hijrah 1436 @ Taman Limauan (6) Maal Hijrah 1436 @ Taman Limauan (7)

Tarikh : 24 Oktober 2014

Lokasi : Surau Nur Islam, Kg Darat Menumbok

Akhirnya saya berpeluang mengisi ruang ceramah di Daerah Kecil Menumbok ini setelah puluhan kali lalu dan berulang alik dari Kota Kinabalu ke sini sebelum menyeberangi laut menuju ke WP Labuan.

Gembiranya dapat berukhuwah dengan jamaah di sini dan dari kampung sekitar daerah ini, berkongsi sedikit ilmu dengan mereka dalam bahasa tempatan dan saya sangat selesa dengan situasi ini. Kehadiran sangat memuaskan, dan saya dimaklumkan mereka sangat berminat agar para asatizah dapat membantu pengimarahan masjid surau di daerah kecil ini.

Semoga berkesempatan untuk datang ke sini lagi.

Surau Kg Darat Menumbok (1) Surau Kg Darat Menumbok (2) Surau Kg Darat Menumbok (3) Surau Kg Darat Menumbok (4) Surau Kg Darat Menumbok (5) Surau Kg Darat Menumbok (6) Surau Kg Darat Menumbok (7) Surau Kg Darat Menumbok (8) Surau Kg Darat Menumbok (9)

Tarikh : 27 Nov 2013 (Rabu)

Lokasi : Dewan Enggang, Pejabat Pengarah Wilayah II Kota Kinabalu

Secara kebetulan, genap dua tahun bertugas di Maahad Tahfiz pada bulan ini, saya diundang mengisi slot ceramah Maal Hijrah di jabatan yang berjiran dengan kami di Maahad Tahfiz. Pelajar-pelajar kami sering diundang menghadiri ceramah dan program keagamaan di jabatan ini kerana kedudukan yang bersebelahan, sementelahan warga maahad hanya berjalan kaki ke sini.

Saya pertama kali berceramah di dewan comel ini, bahkan pertama kali masuk ke ruangan jabatan ini. Menarik juga tuan pengarah dan warganya termasuk tetamu dari kalangan jabatan yang akrab dengan mereka diundang sama ke sini.

Ceramah bersempena tahun baru Islam, mengajak audien untuk sama-sama memperbaiki diri, sementara Allah SWT memberi kesempatan bernafas di muka bumi yang semakin mencabar, masa yang semakin suntuk dan umur yang semakin berkurangan. Mengambil iktibar perjuangan Rasulullah SAW menegakkan Islam secara menyeluruh dalam kehidupan mereka.

DCA  (1) DCA  (2) DCA  (3) DCA  (4) DCA  (5)

Ini penampilan kedua berceramah di sini. Saya suka mengisi program di sini apatah lagi lima daripada enam anak kami dilahirkan di hospital ini. Ia bagaikan membalas jasa mereka dengan membawa satu pengisian bermanfaat.

Pertama kali 2 tahun lalu ceramah ‘Ihya Ramadhan’, dan kali ini tentang Hijratur Rasul SAW. Saya mulakan dengan hadith niat dan hijrah, dan kemudian bercerita tentang latar belakang hijrah bermula daripada dakwah secara sembunyi sehinggalah babak hijrah. Saya juga menyentuh watak-watak yang terlibat dalam peristiwa hijrah, dan iktibar yang boleh diambil oleh umat Islam.

Kepada para doktor dan jururawat secara khusus saya dengan rendah diri mencadangkan agar terus menerapkan unsur-unsur keislaman – aqidah, syariah dan akhlak – kepada pesakit mereka walaupun kelihatan amalan kecil. Contohnya amalan memulakan rawatan dengan basmalah, tahmid, doa, menerapkan unsur aqidah kepada pesakit seperti kebergantungan kepada Allah, bukan kepada doktor, dan sebagainya.

Oleh kerana di sini terdapat wad bersalin, sebagai contoh saya mencadangkan para doktor khususnya berperanan mengazankan bayi yang baru lahir sekiranya ibu yang bersalin tidak ditemani oleh waris seperti suaminya. Bukan suatu yang menghairankan bahawa ramai para ibu dan bapa tidak mengetahui pensyariatan azan dan iqamah kepada bayi yang baru dilahirkan. Dalam soal ini, para doktor boleh berdakwah dengan cara mengazankan atau menunjukkan cara azan yang betul.

Untuk aktiviti dalaman, saya mencadangkan kursus-kursus seperti ‘ibadah pesakit’, pengurusan janazah, bahkan doa-doa ruqyah yang wajar diterapkan dalam pengubatan. Terus terang saya mencadangkan di kalangan mereka menyertai kursus Darussyifa’ pada pengambilan akan datang. Mudah-mudahan perkongsian ini memberi manfaat kepada semua. Terima kasih tuan pengarah yang sudi bersama sehingga ke akhir, para doktor, jururawat dan pengawai-pegawai kesihatan yang hadir.

Malam isnin lalu, saya ke Masjid Nurul Hidayah Kg Bangka-Bangka Likas memenuhi undangan ceramah Ma’al Hijrah seperti yang diminta sejak 3 minggu lalu.

Sebenarnya, atas kelalaian sendiri, saya hampir terlupa jemputan itu dan sudah mengesahkan jemputan ceramah yang sama di Surau Taman Limauan. Tetapi beberapa hari sebelum itu, saya dihubungi semula oleh pihak JK Masjid Kg Bangka-Bangka.

Saya mengesahkan kehadiran di Masjid Bangka-Bangka, sementara di Surau Taman Limauan saya pohon Ust Hj Muchlish menggantikan tempat.

Cerita hijratur Rasul SAW saya mulakan secara ringkas bermula dari perutusan baginda sebagai Rasul, dakwah secara senyap, dakwah secara terbuka, penentangan musyrikin dan penderaan terhadap sahabat baginda SAW.

Di dalam peristiwa ini juga, Rasulullah SAW menitik beratkan tentang strategi, peranan semua pihak untuk Islam seperti ketua, ahli korporat, belia, muslimat, rakyat marhaen bahkan orang bukan Islam juga seperti peranan yang dimainkan oleh Abdullah bin Uraiqit.

Sesudah itu, saya mengajak hadirin agar membuat perubahan yang lebih baik, sama ada untuk diri sendiri, keluarga dan negara.

Sesungguhnya hijrah Rasulullah SAW antara lain bertujuan untuk melaksanakan Islam secara menyeluruh, bukan hanya sekadar solat atau haji yang boleh dilaksanakan tanpa baginda berhijrah.

%d bloggers like this: