Tag Archive: Ceramah Israk Mikraj


Tarikh : 26 Mei 2014

Lokasi : Dewan Terbuka SMK Tebobon

Antara sekolah yang saya gemari untuk mengisi program ialah di sekolah ini. Guru-guru yang baik hati dan para pelajar yang spoting. Kali ini mengisi ceramah sempena Israk & Mikraj, menyatakan pengajaran dan iktibar kepada para remaja seumur mereka. Mudah-mudahan ada kebaikannya. Terima kasih pihak sekolah yang mengundang dan anakanda pelajar saya Mohd Karim Jamil yang menemani dalam perjalanan.

IsrakMikraj@SMKTebobon (1) IsrakMikraj@SMKTebobon (2) IsrakMikraj@SMKTebobon (3) IsrakMikraj@SMKTebobon (4) IsrakMikraj@SMKTebobon (5) IsrakMikraj@SMKTebobon (6) IsrakMikraj@SMKTebobon (7) IsrakMikraj@SMKTebobon (8)

Tarikh : 28 Jun 2013 (Jumaat)

Lokasi : Pejabat Makmal Kesihatan Awam, Bukit Padang Kota Kinabalu.

Allah SWT menentukan peristiwa besar ini berlaku pada waktu malam dan baginda dalam keadaan sendirian, tiada seorang manusia yang tahu baik kalangan sahabat-sahabat baginda ataupun juga kalangan musyrikin. Ia menjadi ujian kepada semua orang sama orang terdahulu sehingga akhir zaman, percaya atau tidak akan suatu peristiwa hebat ini.

Ia tidak berlaku pada waktu siang agar semua orang menyaksikannya beramai-ramai dan lebih mudah mengimani perkara ini. Demikianlah dalam kehidupan ini Allah SWT tentukan adanya dosa dan pahala, syurga dan neraka, malaikat, syaitan dan iblis, semuanya tidak kelihatan oleh mata, tetapi diwajibkan kita mengimani akan adanya.

Justeru, dengan masa yang terus berlalu, manusia wajib kembali kepada Allah membuktikan keimanan dan keyakinannya dengan beramal soleh. Antara perkara asas yang manusia perlu lakukan ialah solat fardhu, belajar membaca al-Quran dan sebagainya. Semoga ada kebaikan untuk semua.

Israk Mikraj @ Makmal Kesihatan (1) Israk Mikraj @ Makmal Kesihatan (2) Israk Mikraj @ Makmal Kesihatan (3) Israk Mikraj @ Makmal Kesihatan (4) Israk Mikraj @ Makmal Kesihatan (5)

Tarikh : 14 Jun 2013 (Jumaat)

Tempat : Surau USIA, 1 Borneo

Anjuran : Kolej MAHSA

Cabaran yang mesti dihadapi oleh manusia terutama orang muda ialah berkaitan dengan dunia yang sentiasa mengejarnya. Dunia yang sepatutnya menjadi tempat mengumpul saham kebaikan rupanya menjadi tempat menimbun kejahatan apabila tidak mengikut landasan Islam yang sebenarnya.

Manusia berhibur semahunya, bersukan sesukanya, berpolitik dan berekonomi tanpa mengenal batas halal dan haram, meninggalkan solat yang menjadi ibadah pokok bagi seorang muslim, sehingga hidupnya tidak diketahui siapa penciptanya, apa matlamatnya, ke mana mahu ditujunya? Kembalilah kepada Allah SWT yang menciptakan kita, Allah bakal menyediakan balasan atas perbuatan yang kita lakukan di atas dunia.

Israk Mikraj @ MAHSA (2) Israk Mikraj @ MAHSA (3) Israk Mikraj @ MAHSA (4)

Israk Mikraj @ MAHSA (1) Israk Mikraj @ MAHSA (5)

Tarikh : 13 Jun 2013 (Khamis)

Lokasi : Surau Nur Ehsan Kg Bawang Beaufort

Allah SWT telah mengiktiraf Rasulullah SAW sebagai hambaNya menunjukkan suatu tahap kemuliaan kurniaanNya. Allah menggunakan lafaz ‘hambaNya’ bukan rasulNya atau nabiNya kerana penggunaan lafaz hamba itu salah satu membawa erti bahawa baginda SAW dibawa berjalan dengan ruh dan jasadnya sekaligus, bukannya ruh dalam keadaan mimpi sebagaimana dakwaan pihak yang menolak kebenaran peristiwa ini.

Lihatlah apabila Nabi SAW sudah kembali dan menceritakan peristiwa ini kemudiannya, ada pihak yang mengiktiraf dan sebaliknya ada yang mengingkarinya sehingga ada yang murtad. Maka ia menjadi suatu proses pembersihan daripada Allah SWT terhadap hamba-hambaNya, apatah lagi tidak lama selepas itu akan berlaku pula suatu peristiwa yang lebih besar dan menguji mereka iaitu hijrah ke Madinah al Munawwarah.

Israk Mikraj @ Kg Bawang (1) Israk Mikraj @ Kg Bawang (2) Israk Mikraj @ Kg Bawang (3) Israk Mikraj @ Kg Bawang (4) Israk Mikraj @ Kg Bawang (5) Israk Mikraj @ Kg Bawang (6) Israk Mikraj @ Kg Bawang (7) Israk Mikraj @ Kg Bawang (8)

Tarikh : 8 Jun 2013 (Sabtu)

Lokasi : Masjid al-Mahabbah Kg Muhibbah Petagas

Tentang dunia, Nabi SAW diperlihatkan dua tamsilan. Pertama seorang perempuan cantik yang penuh dengan perhiasan menggoda manusia. Kedua, seorang nenek tua bongkok di pinggir jalan yang memanggil Rasulullah SAW. Ia memberi maksud dunia yang menggoda walaupun sudah terlalu tua usianya.

Dalam al-Quran banyak sekali ayat yang menceritakan tentang godaan dunia. Dalam masa yang sama, dunia bukanlah ditinggalkan serta merta, tetapi dunia sekadar tempat beramal dan mengumpul saham untuk dibawa ke akhirat dan mendapat balasannya. Sekiranya beramal yang soleh mendapat ganjaran pahala dan syurga, sebaliknya beramal jahat mendapat akibat dosa dan neraka.

Israk & Mikraj @ Kg Muhibbah (1) Israk & Mikraj @ Kg Muhibbah (2) Israk & Mikraj @ Kg Muhibbah (3) Israk & Mikraj @ Kg Muhibbah (4) Israk & Mikraj @ Kg Muhibbah (5) Israk & Mikraj @ Kg Muhibbah (6) Israk & Mikraj @ Kg Muhibbah (7) Israk & Mikraj @ Kg Muhibbah (8) Israk & Mikraj @ Kg Muhibbah (9) Israk & Mikraj @ Kg Muhibbah (10)

 

 

 

Tarikh : 7 Jun 2013 (Jumaat) 

Tempat : Surau Nahdatul Ilmiah, Taman Sempelang Sembulan Kota Kinabalu

Dalam perjalanan Israk, Nabi SAW diperlihatkan dengan sekumpulan manusia yang memukul kepala mereka dengan batu besar sehingga pecah dan berlumuran darah. Tetapi anehnya sesudah kepala mereka pecah berdarah, tiba-tiba ia baik dan pulih kembali seperti asal, kemudian terus dipukulnya.

Begitulah seterusnya. Nabi SAW bertanya kepada malaikat Jibril AS : “Siapakah mereka wahai Jibril?” Jawab Jibril : “Mereka adalah kalangan manusia yang berat menunaikan solat fardhu”.

***

Firman Allah SWT : “Tentang (tempat tinggal) orang yang bersalah. (Setelah melihat orang-orang yang bersalah itu, mereka berkata) : “Apakah yang menyebabkan kamu masuk ke dalam (neraka) saqar?” Mereka menjawab : ” Kami tidak termasuk dalam kumpulan yang mendirikan solat”…” (al-Muddathhir : 41-43)

Israk Mikraj @ Sempelang (1) Israk Mikraj @ Sempelang (2) Israk Mikraj @ Sempelang (3) Israk Mikraj @ Sempelang (4) Israk Mikraj @ Sempelang (5)Israk Mikraj @ Surau Taman Sempelang

Tarikh : 7 Jun 2013 (Jumaat)

Tempat : Jabatan Pelajaran Negeri Sabah, Tingkat 7, Rumah Persekutuan, Sembulan Kota Kinabalu.

Kemuncak perjalanan Nabi SAW dalam peristiwa al-Israk wal Mikraj ialah menerima kefardhuan solat langsung daripada Allah SWT. Inilah keutamaan dan kelebihan ibadah solat ini berbanding dengan ibadah dan kewajiban lain yang diturunkan kepada Rasulullah SAW melalui wahyu. Contohnya kefardhuan puasa, zakat, haji, jihad dan sebagainya.

Lalu perhatikan pula bagaimana sebahagian umat yang mendahulukan kewajiban dan amalan lain berbanding solat. Lihat saja tidak sedikit yang rajin bekerja, suka menolong orang, suka bersedekah, berpuasa penuh tetapi meninggalkan ibadah paling utama iaitu solat yang menjadi tiang ugama ini.

Semoga manusia memerhatikan dan mengambil berat tentang perkara ini.

Israk Mikraj @ JPN Sabah (1) Israk Mikraj @ JPN Sabah (2) Israk Mikraj @ JPN Sabah (3) Israk Mikraj @ JPN Sabah (4) Israk Mikraj @ JPN Sabah (5) Israk Mikraj @ JPN Sabah (6) Israk Mikraj @ JPN Sabah (7) Israk Mikraj @ JPN Sabah (8) Israk Mikraj @ JPN Sabah (9) Israk Mikraj @ JPN Sabah (10) Israk Mikraj @ JPN Sabah (11) Israk Mikraj @ JPN Sabah (12) Israk Mikraj @ JPN Sabah (13) Israk Mikraj @ JPN Sabah (14) Israk Mikraj @ JPN Sabah (15)

Tarikh : 6 Jun 2013 (Khamis)

Lokasi : Pejabat SLDB, KK Time Square.

Suatu tempat, Rasulullah SAW melihat petani sedang bercucuk tanam, sesudah ditanam terus dituai ketika itu juga. Begitulah seterusnya sebaik sahaja habis dituai berbuah lagi dan dituai lagi.. Melihat tamsilan aneh itu Nabi SAW bertanya kepada Malaikat Jibril AS : Wahai Jibril, apakah maksud semua ini?

Jawab Jibril AS : Demikianlah perumpamaan pejuang-pejuang yang berjihad pada jalan Allah. Satu kebajikan dilipat kali gandakan pahalanya sehingga 700 kali handa. Demikian juga apa yang mereka dermakan akan dibalas oleh Allah SWT.

Apa sumbangan kita untuk perjuangan menegakkan agama Allah SWT ini? Apa yang kita lakukan untuk maslahat masyarakat kita? Sebahagiannya terjebak dengan permainan dunia ini sehingga lalai daripada menegakkan hukum asas agama pada dirinya sendiri. Mengabaikan solat, tidak mahu menuntut pendidikan fardhu ain.

Israk Mikraj @ SLDB (1) Israk Mikraj @ SLDB (2) Israk Mikraj @ SLDB (3) Israk Mikraj @ SLDB (4) Israk Mikraj @ SLDB (5) Israk Mikraj @ SLDB (8) Israk Mikraj @ SLDB (9) Israk Mikraj @ SLDB (10) Israk Mikraj @ SLDB (11) Israk Mikraj @ SLDB (12)

%d bloggers like this: