Tag Archive: Cairo


TUMBANG JUA AKHIRNYA

Ketika zaman belajar dahulu, antara lokasi tempat tinggal saya ialah di Syarie’ Awwal Dirasat, tidak jauh dari bangunan kuliah Universiti al-Azhar cawangan Mansoura tempat isteri saya belajar. Tidak jauh dari blok bangunan tempat tinggal kami itu – barangkali hanya 2 minit berjalan kaki, ada sebuah masjid di tepi jalan yang selalu menjadi tempat saya berjamaah dengan masyarakat di sana.

Zaman saya di Mansoura ialah mulai akhir tahun 2002 sehingga jun 2004. Ia tempoh selepas perkahwinan saya dengan isteri, juga saya berada pada  peperiksaan akhir pengajian pada jun 2003, tempoh menimang cahayamata pertama pada ogos 2003 sebelum pulang 10 bulan kemudian. Zaman itu juga berlaku intifadhah Palestin, kesyahidan dua pemimpin utama Hamas Syaikh Ahmad Yasin dan Dr Abdul Aziz Rantisi.

Tempoh itu saya masih di Mesir. Saya pernah melihat dari hujung blok bangunan rumah sewa kami, penduduk sekitar dan jamaah masjid berkenaan selepas solat jumaat mengadakan demonstrasi aman mengecam kebiadaban Zionis Israel membunuh umat Islam di Palestin. Ia tidaklah terlalu besar tetapi rasanya mencapai angka ribu kerana kebanyakan jamaah jumaat di mana-mana masjid biasanya melimpah hingga ke jalan raya.

Saya mesti mengakui bahawa pandangan rakyat dan umat Islam di Mesir terhadap bumi Palestin tidak sama dengan pemerintah mereka. Ketika itu publisiti untuk mengadakan boikot ekonomi terhadap barangan Israel dan Amerika begitu meluas sekali dan meresap ke dalam masyarakat mereka. Risalah-risalah anti Zionis Israel berleluasa masuk ke masjid dan rumah umat Islam.

Pernah saya lihat di beberapa lokasi dinding yang bertulis dalam bahasa Arab : “Yaqtulunanaa bi amwalikum..” ertinya : Mereka (yahudi Israel) membunuh kami (umat Islam di Palestin) dengan harta-harta kamu (wahai umat Islam).. sebagai satu kenyataan bahawa umat Islam sendiri terlibat dalam pembantaian saudara mereka di bumi Palestin. Dilukis dan digambarkan  juga  dengan sebiji burger berintikan bayi Islam yang menjadi hidangan pelanggan termasuk umat Islam.

Dari hujung bangunan saya melihat beberapa orang berucap dalam himpunan aman itu mengutuk Zionis dan sikap pemerintah mereka sendiri yang masih bekerjasama dengan Yahudi Israel. Tidak semua ucapan mereka yang bersemangat itu saya fahami, tetapi dalam demonstrasi aman itu saya sendiri merasa bersemangat, naik bulu roma saya mendengar ucapan-ucapan mereka yang sedia untuk syahid dan berjuang untuk saudara mereka di Palestin.

Umat Islam di Mesir sudah lama memendam perasaan. Pertubuhan Islam paling berpengaruh di Mesir bahkan di dunia, Ikhwanul Muslimin meski sudah diharamkan sejak tahun 50an masih mendapat tempat di hati umat Islam sehingga kini dan mereka mampu bertahan dan merekrut ahli-ahli mereka sepanjang masa meski dengan kepungan dan halangan yang tidak pernah putus daripada pemerintah negara mereka sendiri.

Sebagai pelajar, kami sering diingatkan agar berhati-hati apabila sesuatu perkara dikaitkan dengan Ikhwanul Muslimin. Sebagai contoh, kami dilarang membaca sebarang buku yang dikaitkan dengan Ikhwanul Muslimin di kawasan terbuka seperti di dalam bas, masjid dan sebagainya walaupun buku-buku seumpama ini ada dijual di banyak maktabah yang berserakan di Mesir. Bahkan menyebut kalimah Ikhwanul Muslimin juga dilarang sama sekali bagi mengelakkan gangguan pihak keselamatan terutama polis cawangan khas (SB).

Namun sebagaimana yang diyakini sebagai umat Islam bahawa cahaya Islam tidak akan pernah padam meski Islam dibenci oleh musuh-musuh-Nya. Islam akan sampai di mana sahaja cahaya matahari akan sampai. Bagaimana diperuk, dipijak dan ditekan sekalipun, Islam tidak akan pupus. Ramai beranggapan bahawa Mesir sebuah negara yang menjalankan pemerintahan berlandaskan Islam walhal sebenarnya tidak.

Meski Mesir adalah bumi para firaun, di sini jugalah bumi para nabi dan ulama. Maka sikap antara firaun dan nabi akan sentiasa berlaku sehingga akhir zaman. Akan ada pemerintah yang jahat dan akan ada mereka yang sentiasa membela Islam walaupun mereka terpaksa dibunuh dan terbunuh.

Suatu hari ketika saya menaiki teksi dari Abbasiyyah menuju ke sebuah lokasi, melalui jalan-jalan yang serba sesak di Kota Kaherah, tiba-tiba saja pemandu memberhentikan kenderaannya dan terus keluar dari keretanya. Dia merokok di tepi jalan sambil melihat suasana sekeliling. Mulanya saya hairan dan apabila saya lihat sama keluar, saya lihat ratusan atau barangkali ribuan kenderaan yang lain turut berhenti dan kebanyakannya keluar. Ada yang sempat singgah ke kedai berdekatan, minum syai dan seumpamanya.

Setelah saya bertanya, rupanya kata pemandu berkenaan, Presiden Hosni Mubarak bakal lalu di satu jalan. Justeru semua simpang yang menuju ke arah jalan yang dilalui oleh Presiden ditutup untuk memberi laluan kepada Presiden dan rombongan. Pasukan tentera pula akan berdiri mengawasi di kiri dan kanan jalan memberi kawalan keselamatan sepenuhnya kepada presiden. Lama saya berfikir rupanya, presiden itu takut juga kepada musuhnya.

Kini, satu fasa revolusi penggulingan Presiden Hosni Mubarak sudah berakhir. Selama 18 hari di Dataran Tahrir (dengan izin Allah jua) mereka berjaya menumbangkan pemerintah yang sudah berkuasa selama 30 tahun. Rakyat Mesir terutama yang cintakan Islam akan terus menanti tindakan seterusnya daripada Majlis Tertinggi Tentera Mesir agar mereka menikmati pemerintahan yang bertunjangkan kepada Islam. Namun keyakinan saya ialah di hujungnya, Islam pasti akan muncul sebagai pemenangnya.


KAHERAH 31 JANUARI

CAIRO, EGYPT – JANUARY 31: Anti-government protesters continue to congregate in Tahrir Square on the morning of January 31, 2011 in central Cairo, Egypt. Protests continued into the seventh day as thousands of people marched to demand the resignation of Egyptian President Hosni Mubarak, after 30 years of ruling the country. There is expected to be a ”protest of the millions” march on Tuesday, whilst the recent unrest is having a knock on effect on the Egyptian economy as tourists, business travellers, and residents are trying to escape the country after a week of anti-government clashes. (Photo by Chris Hondros/Getty Images)

Women shout during an anti-government demonstration in Cairo, Egypt, Monday Jan. 31, 2011. A coalition of opposition groups called for a million people to take to Cairo’s streets Tuesday to ratchet up pressure for President Hosni Mubarak to leave. (AP Photo/Mohammed Abou Zaid)

CAIRO, EGYPT – JANUARY 31: A protester leads a chant during anti-government rally in Tahrir Square on the morning of January 31, 2011 in central Cairo, Egypt. Protests continued into the seventh day as thousands of people marched to demand the resignation of Egyptian President Hosni Mubarak, after 30 years of ruling the country. There is expected to be a ”protest of the millions” march on Tuesday, whilst the recent unrest is having a knock on effect on the Egyptian economy as tourists, business travellers, and residents are trying to escape the country after a week of anti-government clashes. (Photo by Chris Hondros/Getty Images)

Egyptians dressed in white shrouds to show their readiness to die for their cause, demonstrate in Cairo, Egypt, Monday Jan. 31, 2011. A coalition of opposition groups called for a million people to take to Cairo’s streets Tuesday to ratchet up pressure for President Hosni Mubarak to leave. Posters on the shroudS reads: ‘This my shroud for the sake of Egypt’. (AP Photo/Ben Curtis)

People pray on Tahrir, or Liberation Square, in Cairo, Egypt, Monday, Jan. 31, 2011. A coalition of opposition groups called for a million people to take to Cairo’s streets Tuesday to ratchet up pressure for President Hosni Mubarak to leave. (AP Photo/Ben Curtis)

Egyptian demonstrator weeps as he prays in Tahrir Square in Cairo, on January 31, 2011, on the seventh day of mass protests calling for the removal of President Hosni Mubarak. AFP PHOTO/MARCO LONGARI (Photo credit should read MARCO LONGARI/AFP/Getty Images)

Clerics from Al Azhar Islamic university, some holding their identity cards, chant anti-government slogans during a protest in Tahrir, or Liberation, Square in Cairo, Egypt, Monday Jan. 31, 2011. A coalition of opposition groups called for a million people to take to Cairo’s streets Tuesday to ratchet up pressure for President Hosni Mubarak to leave. (AP Photo/Manoocher Deghati)

An Egyptian anti-government protester holds a placard at Tahrir Square in downtown Cairo January 31, 2011. Protesters intensified their campaign on Monday to force Egypt’s President Hosni Mubarak to quit as world leaders struggled to find a solution to a crisis that has torn up the Middle East political map. The placard reads, “Army and Egyptian People unite”. REUTERS/Amr Abdallah Dalsh (EGYPT – Tags: CIVIL UNREST POLITICS MILITARY IMAGES OF THE DAY)

Egyptian demonstrators gather in Tahrir Square, in central Cairo, on January 31, 2011, on the seventh day of protests against long term President Hosni Mubarak’s regime. AFP PHOTO/MOHAMMED ABED (Photo credit should read MOHAMMED ABED/AFP/Getty Images)

An Egyptian mother and her sons hold up signs calling for the end of the current regime as they and others gather in Tahrir Square, in central Cairo, on January 31, 2011, on the seventh day of protests against long term President Hosni Mubarak’s regime. AFP PHOTO/MIGUEL MEDINA (Photo credit should read MIGUEL MEDINA/AFP/Getty Images)

Anti-government protestors pray in Tahrir Square in Cairo, Egypt, Monday, Jan. 31, 2011. A coalition of opposition groups called for a million people to take to Cairo’s streets Tuesday to demand the removal of President Hosni Mubarak. The arabic on the sign reads “I’m Egyptian, anti-destruction”. (AP Photo/Tara Todras-Whitehill)

A protester sleeps on an Egyptian flag as protesters defy the government-imposed curfew in Cairo’s Tahrir Square January 31, 2011. REUTERS/Yannis Behrakis (EGYPT – Tags: POLITICS CIVIL UNREST)

KAHERAH 28 JANUARI

CAIRO, EGYPT – JANUARY 28: Riot police force protestors back across the Kasr Al Nile Bridge as they attempt to get into Tahrir Square on January 28, 2011 in downtown Cairo, Egypt. Thousands of police are on the streets of the capital and hundreds of arrests have been made in an attempt to quell anti-government demonstrations. (Photo by Peter Macdiarmid/Getty Images)

Mesir. Sebuah negara yang kerap menjadi sebutan sejak akhir-akhir ini. Ia bumi para nabi berjuang termasuk Nabi Ibrahim, Nabi Yusuf, Nabi Musa, Nabi Harun dan ramai lagi. Ia juga bumi para sahabat dan ulama yang berjuang menyebarkan Islam sejak dahulu sehingga kini. Ia juga bumi para ahli bait keturunan Rasulullah yang berhijrah di bumi yang pernah disebutkan di dalam al-Quran.

Namun jangan lupa, Mesir juga adalah bumi di mana pemerintah paling zalim  dalam sejarah dunia pernah berkuasa iaitu Firaun laknatullah alaih. Justeru saya teringat kata-kata Tok Guru Nik Abdul Aziz apabila mengukapkan Mesir : “Malaikat di sana lebih baik daripada malaikat di sini. Syaitan di sana lebih jahat daripada syaitan di sini”. Mereka yang pernah hidup di sana, sekejap atau lama dapat merasai dan bertemu dua suasana ini.

Melalui pengalaman peribadi yang sedikit, pernah dibantu oleh orang Mesir yang baik hati walaupun langsung tidak mengenali antara satu sama lain membuktikan kebaikan mereka. Di kalangan mereka yang baik hati ini ada yang suka membantu orang lain walaupun mereka sendiri bukanlah orang yang senang.

Ketika bersama-sama berbuka puasa dengan mereka, apabila diketahui saya dari negara asing yang sedang belajar di universiti al-Azhar mereka lantas memberi laluan dan penghormatan walaupun saya tidak mengenali mereka. Rakan kami yang pernah dalam ditahan hospital untuk pembedahan tidak semena-mena ditanggung kos rawatannya oleh seorang arab yang baik hati tanpa dikenali siapa orangnya.

Saya selalu mengingati dan merasakan banyak kebaikan mereka walaupun ada juga pengalaman yang pahit berhadapan dengan segelintir mereka. Dengan kehidupan majoriti rakyat yang susah dan menderita,  pendapatan mereka yang tidak seberapa, saya kira sudah lama rakyat Mesir memendam perasaan di atas kejahatan pemimpin mereka yang membolot khazanah negara.

Rasa hati mereka untuk berubah dijolok dengan situasi yang berlaku di negara Tunisia, sebuah negara yang mempunyai presiden yang lama memerintah seperti juga presiden negara mereka. Rakyat Mesir telah melalui beberapa fasa revolusi khususnya zaman moden. Mesir pernah diambil alih oleh British dan kemudian memerdekakan Mesir pada tahun 1922 dengan mengamalkan sistem raja berpelembagaan.

Sistem pemerintahan beraja juga kemudiannya digulingkan pada tahun 1952 dan Mesir sejak itu diisytiharkan sebagai negara republik yang berketuakan Presiden, bermula dengan Presiden Jamal Abdul Nassir, Presiden Anwar Sadat dan kini Presiden Mohammed Husni Mubarak. Kezaliman demi kezaliman dilakukan oleh pemerintah baik terhadap rakyatnya sendiri, kepada para ulama’ yang berkata benar, termasuk kepada pendukung pergerakan Ikhwanul Muslimin.

Tidak sedikit juga umat Islam di Mesir yang terasa hati dengan sikap yang diambil oleh pemerintah terhadap bumi Palestin dan pejuang-pejuang HAMAS, kerjasama pemerintah Mesir dengan Yahudi Israel meskipun diketahui ramai rakyat Mesir bersedia untuk membantu perjuangan umat Islam di Palestin khususnya di sempadan. Semoga ini suatu permulaan kebangkitan yang dinantikan untuk merubah Mesir dan negara Arab sekitarnya kepada pemerintahan yang lebih baik dan berasaskan kepada Islam.

CAIRO, EGYPT – JANUARY 28: Riot police force protestors back across the Kasr Al Nile Bridge as they attempt to get into Tahrir Square on January 28, 2011 in downtown Cairo, Egypt. Thousands of police are on the streets of the capital and hundreds of arrests have been made in an attempt to quell anti-government demonstrations. (Photo by Peter Macdiarmid/Getty Images)

A protester looks at a burnt Egyptian Army armoured vehicle in downtown Cairo January 28, 2011. President Hosni Mubarak ordered troops into Egyptian cities on Friday in an attempt to quell street fighting and growing mass protests demanding an end to his 30-year rule. REUTERS/Goran Tomasevic (EGYPT – Tags: POLITICS CIVIL UNREST IMAGES OF THE DAY)

Egyptian demonstrators protest in central Cairo to demand the ouster of President Hosni Mubarak and calling for reforms on January 25, 2011. Thousands of demonstrators took to the streets of Cairo, facing a massive police presence, to demand the ouster of President Hosni Mubarak in a protest inspired by Tunisia’s popular uprising. AFP PHOTO/MOHAMMED ABED (Photo credit should read MOHAMMED ABED/AFP/Getty Images)

Egyptian anti-riot policemen clash with protesters in Cairo, Egypt, Friday, Jan. 28, 2011. The Egyptian capital Cairo was the scene of violent chaos Friday, when tens of thousands of anti-government protesters stoned and confronted police, who fired back with rubber bullets, tear gas and water cannons. It was a major escalation in what was already the biggest challenge to authoritarian President Hosni Mubarak’s 30 year-rule. (AP Photo/TaraTodras-Whitehill)

Egyptian demonstrators perform the Friday noon prayer in front of riot police during a demonstration in Cairo on January 28, 2011, demanding the ouster of President Hosni Mubarak.AFP PHOTO/MOHAMMED ABED (Photo credit should read MOHAMMED ABED/AFP/Getty Images)

CAIRO, EGYPT – JANUARY 28: Riot police face protestors on the Kasr Al Nile Bridge on January 28, 2011 in downtown Cairo, Egypt. Thousands of police are on the streets of the capital and hundreds of arrests have been made in an attempt to quell anti-government demonstrations. (Photo by Peter Macdiarmid/Getty Images)

CAIRO, EGYPT – JANUARY 28: Riot police fire water cannons at protestors attempting to cross the Kasr Al Nile Bridge on January 28, 2011 in downtown Cairo, Egypt. Thousands of police are on the streets of the capital and hundreds of arrests have been made in an attempt to quell anti-government demonstrations. (Photo by Peter Macdiarmid/Getty Images)

Egyptian demonstrators pray in central Cairo during a protest to demand the ouster of President Hosni Mubarak and calling for reforms on January 25, 2011. Thousands of demonstrators took to the streets of Cairo, facing a massive police presence, to demand the ouster of President Hosni Mubarak in a protest inspired by Tunisia’s popular uprising. AFP PHOTO/MOHAMMED ABED (Photo credit should read MOHAMMED ABED/AFP/Getty Images)

%d bloggers like this: