Tag Archive: Buku


TANAMKAN MINAT SUKA MEMBACA

Tarikh : 16 November 2016

Lokasi : Maktabah el-Mansoura, Putatan

BEPANYAP

Tarikh : 10 Mac 2015

Lokasi : Taman Jumbo, Petagas

Agak meletihkan apabila banyak masa dihabiskan untuk mengemas buku-buku di Maktabah el-Mansoura milik kami. Sementelahan saya pula seorang yang cerewet dalam mengemas buku-buku sama ada menyusun untuk berpindah atau menyusun di rak yang tersedia. Adakalanya saya menghabiskan berminggu dan berbulan untuk mengatur susun buku tersebut bagi memuaskan hati saya sendiri.

Apatah lagi untuk menyusun ke rak-rak, saya sendiri yang mengemasnya mengikut format yang saya kehendaki sendiri. Sikap saya ini disedari dan difahami oleh isteri dan anak-anak saya. Akhirnya, apabila saya hendak mencari buku tertentu pada satu ketika, saya mengetahui di mana letaknya buku tersebut dan merasa puas dengannya.

Buku (1) Buku (2)

BUKU TAJWID AL-QURAN

Tajwid

Alhamdulillah, stok baru buku tajwid sebanyak 30 buah sudah tiba di rumah beberapa hari lepas. Sebahagian untuk mereka yang sudah menempah sejak sebelum Ramadhan lagi dan sebahagian masih belum berpunya.

Buku dengan kulit baru yang lebih segar. Insya Allah tidak rugi memiliki  sebagai panduan dan rujukan dalam ilmu tajwid dan yang berkaitan dengannya. Hubungi saya sebelum stok habis. Ada separuh lagi untuk dimiliki.

MENGENALI IMAM SYAFI’I

Buku yang baru dibaca :

mengenali imam asy-syafii

Penulis : Ustaz Umar Muhammad Noor

Penerbit : Telaga Biru Sdn Bhd

Harga : RM14.00

Buku Mengenali Imam asy-Syafi Syafi‘i, Seorang Pejuang Sunnah ini terbahagi kepada empat bahagian, iaitu, kisah Imam Syafi‘ sejak beliau dilahirkan lalu membesar dalam dunia keilmuan hingga diiktiraf sebagai seorang mujtahid mutlak dan menceritakan sedikit tentang isteri dan anak-anak beliau.

Penampilan dan sifat Imam Syafi asy-Syafi‘i yang penuh teladan serta kata-kata beliau yang penuh hikmah. Perilaku dan ucapan orang soleh umpama air sejuk bagi jiwa-jiwa moden yang sedang kehausan. Bukti-bukti kemahiran Imam asy-Syafi’i dalam ilmu-ilmu keislaman, kemahiran asy-Syafi‘i dalam ilmu al-Quran, hadis dan akidah.

Penjelasan mengenai perkembangan mazhab ini, tokoh-tokoh utamanya, buku-buku rujukan muktamad dalamnya dan sebahagian daripada hukum-hukum furuk mazhab asy-Syafi Syafi‘i dalam ibadah.

Sebahagian besar perbahasan ini sebenarnya boleh dikembangkan menjadi tulisan yang lebih besar dan buku ini sengaja ditulis dengan ringkas agar mudah dibaca dan difahami oleh pelbagai lapisan masyarakat. Semoga buku ini bermanfaat untuk semua dan menyelamatkan kita semua daripada kesusahan dunia dan Akhirat.

GUA IKUT ENTA

Buku yang baru dibaca :

guaikuenta

Penulis : Riduan Mohamad Nor

Penerbit : Jundi Resources

Harga : RM20.00 / RM22.00

“Perintah dunia kita, jika orang Jepun masuk Islam. Sifat-sifat terpuji Islam direngkuh oleh mereka,” ujar aku perlahan. Teman pemandu bercerita tentang kehidupan rakyat Malaysia di Negara itu. Budaya persaingan, juga sisi hitam putih rakyat Jepun. Ada wilayah hitam yang tidak diterobos oleh media.

Engkau tahu kawan tentang dunia gelap Yakuza? Manusia berdarah dingin yang siap membunuh dengan punting rokok yang tidak terlepas di bibir. Juga geisha yang menggiurkan pesona seorang lelaki. Juga kisah manusia yang dengan mudah menjunamkan diri dari bangunan pencakar langit dengan masalah yang remeh temeh. Bumi Sakura paling ramai bilangan yang membunuh diri. Islam perlu disampaikan kepada mereka.

Penyusun : Othman Ramli

Penerbit : Sarjana Media

Harga : RM35.00

Suatu masa Juha telah mendengar seorang pemuda yang berkata dengan penuh angkuh: “Sesungguhnya aku seorang yang bijak, sepanjang hidupku tidak pernah sekalipun aku ditipu, dan aku mencabar sesiapa sahaja di sini yang dapat menipuku.”

Juha lalu bertemu pemuda itu lalu berkata: “Wahai pemuda yang bijak, aku mahu menyahut cabaranmu tetapi aku harap engkau tunggu sebentar kerana aku mahu pulang sekejap ke rumah” Juha lalu pergi meninggalkan pemuda tersebut. Pemuda yang angkuh itu terus menunggu kedatangan Juha untuk menyahut cabarannya.

Setelah dua jam kemudian, datanglah seorang lelaki yang lain lalu bertanya kepadanya: “Wahai kawanku, kenapa kamu berdiri di sini?”

“Aku sedang menunggu Juha yang pulang ke rumahnya tadi, dia telah menyahut cabaran untuk menipuku.” kata pemuda itu tanpa mengetahui keadaan sebenarnya.

Mendengarkan kata-kata pemuda itu, kawannya langsung ketawa sambil berkata: “Hari ini kamu telah kalah, sebenarnya kamu telah ditipunya.”

***

Juha terkenal sebagai seorang yang pintar, alim, bijak bersyair, dihormati masyarakat dan juga oleh pemerintah walaupun dia tidaklah memegang sebarang jawatan dalam kerajaan. Dia digambarkan seorang ulama dan tokoh masyarakat, namun pada masa yang sama juga dia adalah seorang pelawak yang amat disenangi humornya oleh mereka yang mengenalinya.

Penulis lalu mengumpulkan kisah-kisah Juha yang lucu ini. Namun di dalam jenakaya itu tetap mempunyai nilai-nilai mulia untuk dipersembahkan kepada semua pembaca. Kisah-kisahnya jenaka teladan ini juga dirombak semula berdasarkan kisah asal bertujuan untuk lebih memuliakan tokoh ini. Kisahnya juga dipersembahkan dengan lebih segar di samping iustrasi berwarna yang menarik. Di samping bergelak ketawa dengan humor Juha ini, dapatlah kiranya kita dapat mengambil iktibar dan pengajaran daripada teladan yang boleh didapati daripadanya.

BAJET BUKU

“Sesiapa yang mengkehendaki dunia, hendaklah dengan ilmu; sesiapa yang menkehendaki akhirat, hendaklah dengan ilmu; sesiapa yang mengkehendaki kedua-duanya, hendaklah dengan ilmu”.

Allah SWT mulakan wahyu dengan perintah membaca; Allah juga ada bersumpah dengan qalam; Allah juga memaklumkan status orang berilmu yang berbeza dengan orang tidak berilmu. Beli, baca dan jadikan wujudkan perpustakaan mini di rumah masing-masing.

Ketahuilah bahawa antara musuh utama umat Islam adalah kejahilan. Orang beriman dan berilmu akan diangkat kedudukan mereka beberapa darjat di sisi Allah SWT.

Sedia peruntukan beli buku agama

Muhammad Yusri Amin

KOTA BHARU, 19 Jun: Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat (gambar) menyeru umat Islam memperuntukkan sejumlah pendapatan bulanan bagi membeli buku pengetahuan khususnya buku agama bagi mewujudkan perpustakaan mini di rumah.

Katanya, koleksi buku itu penting untuk bacaan dan rujukan seisi keluarga.

“Ini kerana umat yang maju serta meningkat ilmu pengetahuannya adalah umat yang gemar membaca, dengan menghabiskan masa lapang dengan membaca walau pun agama mereka tidak menggalakkan pembacaan, namun sebaliknya umat yang mundur dan ketinggalan zaman adalah umat yang tidak gemar membaca.

“Bahkan mereka lebih cenderung mengisi masa lapang dengan kegiatan hiburan, berbual kosong dan melepak,” katanya pada Majlis Perasmian Pesta Buku Islam Antarabangsa Kelantan 2010 yang berlangsung di Balai Islam, Lundang dekat sini hari ini.

Teks ucapannya dibacakan oleh Pengerusi Jawatankuasa Penerangan, Pembangunan Maklumat, Sains dan Teknologi negeri, Dr Mohd Fadhli Hassan.

Pesta buku bertema “Kelantan Memimpin Budaya Ilmu” itu bermula 18 hingga 22 Jun, anjuran bersama Urusetia Penerangan Kerajaan Negeri Kelantan, Dewan Ulama PAS Pusat, Management Sdn Bhd dan Alfa Event & Entertainment Sdn Bhd.

Menteri Besar berkata, walau pun agama Islam telah memberi penekanan khusus kepada kegiatan membaca sejak awal turunnya wahyu yang pertama, tetapi malangnya pada hari ini masih terdapat umat Islam yang sanggup membelanjakan beratus ribu ringgit pada setiap bulan bagi membeli perkara yang tidak bermanfaat.

Justeru, anjuran pesta buku antarabangsa itu bagi menarik lebih ramai masyarakat khususnya di neger ini agar menjadikan budaya dan amalan membaca sebagai amalan harian.

“Marilah sama-sama kita menukarkan tradisi bahawa umat Islam adalah umat yang tidak jemu-jemu belajar, mengkaji dan mendalami ilmu pengetahuan yang bermanfaat dalam semua aspek kehidupan.

“Sesungguhnya semua kemajuan itu hanya dapat dicapai oleh umat manusia dengan ilmu pengetahuan, yang hanya diperolehi menerusi pembacaan serta pengkajian yang mendalam dan berkesan, insya Allah,” katanya.

Buku Yang Sudah Dibaca :


Penulis : Dato’ Dr Hj Mohd Fadzilah Kamsah & Hj Muhammad Zakaria

Penerbit : Telaga Biru

Harga : RM19.90/RM21.90

***

1) Pesanan dan Arahan

2) Bercerita (Uslub al-Quran)

3) Bersoal Jawab

4) Rujuk Pengalaman Lalu

5) Nasihat dan Teguran

6) Bermain-Main & Bergurau

7) Latihan Yang Berterusan

8) Ibu Bapa Sebagai Teladan

9) Galakan & Amaran

10) Suruhan & Gesaan

11) Ambil Berat Kebajikan Anak-Anak

12) Guna Firasat & Gelombang Minda

13) Menjana Keyakinan Diri Anak-Anak

14) Kenal Pasti Kecenderungan & Bakat Anak-Anak

15) Menasihati Pada Waktu Yang Sesuai

16) Mendidik Bertahap-Tahap

17) Patuhi Allah & Teladani Rasul

18) Mengisi Waktu Lapang

19) Berdialog

20) Rangsang Kecerdasan Minda

21) Doa Yang Berterusan

Dapatkan buku berkenaan di Pustaka Aslam, Plaza Kingfisher, Likas Kota Kinabalu

PALESTIN TAK PERNAH GENTAR

Buku yang sudah dibaca :

Buku ini mendedahkan keadaan sebenar yang berlaku di Palestin.

Ia membongkar sejarah, punca persengketaan antara 2 bangsa dan agama serta cadangan-cadangan penyelesaian yang dilihat dapat membantu meringankan penderitaan rakyat, khususnya yang berbangsa Palestin.

Menariknya buku ini, ia turut menyertakan gambar sebenar senario yang berlaku bagi menaikkan semangat pembaca untuk membantu rakyat Paletin dalam apa jua bentuk, InsyaAllah.

Penulis : Dr. Zulkifli al-Bakri & Fatimah Syarha Mohd Noordin

Penerbit : Telaga Biru Sdn Bhd 

Harga : Semenanjung M’sia – RM26.00/ Sabah Sarawak: RM28.00

Dapatkan buku ini di :

%d bloggers like this: