j1

Tarikh ini, pada 3 tahun lalu buat pertama kalinya diadakan Program Peningkatan Daie anjuran bersama JAKIM Sabah dan Masjid Negeri Sabah.

Program berkenaan diadakan di bilik kuliah Masjid Negeri Sabah dan dibimbing oleh Tuan Hj Nicholas Sylvester Abdullah selama dua hari, 2-3 September 2006.

Saya bersama rakan-rakan lain menyertai program ini buat julung kalinya dan dalam keadaan terlalu lemah dan hampir zero pengetahuan tentang agama Kristian.

Hari ini pula, saya menerima selonggok buku Asas Ajaran Kristian Menurut Perspektif Islam cetakan kali kedua yang merupakan hasil himpunan powerpoint program berkenaan. Cetakan pertama habis dan laris sepanjang tahun lalu.

Buku yang merupakan buah tangan pertama Hj Nic dan Ust Abdullah Din ini tidak kami jual di pasaran terbuka, tetapi dipromosi melalui ceramah-ceramah, kuliah-kuliah dan kursus seumpama ini.

Sebagaimana kata Ust Hj Nahar dalam aluannya di muqaddimah buku ini, para daie dan NGO Islam perlu menyambut usaha untuk memahamkan masyarakat khususnya para pelajar dan remaja dalam meningkatkan aqidah Islamnya.

Berhadapan dengan serangan kristianisasi yang tidak pandai berkesudahan menyebabkan kita mesti memikirkan sesuatu untuk menangkis dakyah mereka.

Buku ini menjelaskan tentang hakikat kristian dan bible itu sendiri. Pembaca akan diajar tentang asas dan kaedah membuka bible dan menyelongkar penyelewengan dan pertembungan di dalamnya.

Hubungi kami untuk mendapatkan buku ini. Harganya semurah RM20 sebuah berbanding ilmu yang dihidang di dalamnya!