Tag Archive: BPI


PERSIAPAN MAAL HIJRAH

Kerja-kerja untuk menyambut 1 Muharram 1431 peringkat negeri berjalan lancar.

JHEAINS khususnya bahagian kami – Penyelidikan dan Informasi merupakan urusetia peringkat negeri. Bagi kerja-kerja dalaman, semua warga kami begitu bekerja keras menyiapkan apa yang patut menurut tugasan yang telah diagihkan.

Ust Musally mengetuai kerja-kerja urusetia dengan memantau semua tugasan kami. Pegawai-pegawai lain juga sentiasa dengan komitmen mereka.

Ust Najion menyediakan draf ucapan kenamaan, Ust Jadmin dengan kerja-kerja penganugerahan, Hj Sotimin tentang bajet dan kewangan, Hj Hassan dengan urusan pentadbiran dan perhubungan.

Orang yang menyediakan kertas kerja daripada awal, dan membantu Ust Musally dalam banyak hal ialah Ust. Jumain.

Begitu juga rakan-rakan staf lain yang begitu sibuk khususnya minggu ini. Jurugambar Ahmad Yasin akan dibantu oleh Abang Jamiun Osman.

Saya mengetuai bagi JK buku aturcara. Alhamdulillah, saya dibantu kemas oleh Kak Habibah, Ust Abdillah dan Hadnan yang merekacipta rupa buku cenderamatanya nanti.

JEFRI SIMAN

Jefri Siman

Jefri Siman, satu nama yang tidak asing dalam dunia nasyid khususnya di negeri Sabah.

Meski sudah berumur 58 tahun, saya selesa memanggilnya abang Jef. Orangnya murah dengan senyuman dan banyak berdiplomasi dalam apa juga urusan.

Abang Jef orang lama dalam perkhidmatan kerajaan khususnya di Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS) sejak 1975 sebelum diserap sebagai kakitangan JHEAINS sejak penubuhannya pada 1996.

Ketika menyertai MUIS, pejabatnya masih lagi beroperasi di bangunan lama SMAI Toh Puan Hajjah Rahmah. Bangunan Wisma MUIS ini hanya siap sekitar tahun 88/89.

Abang Jef berasal dari Sungai Manila Sandakan. Sejak bertugas pada 1 Mei 1975 dahulu, sudah banyak bahagian di MUIS dan JHEAINS ini disertainya. Pernah di pentadbiran, dakwah, JHEAINS Pantai Barat Selatan.

Beliau sudahpun bersara wajib pada 2007 tetapi diambil semula bertugas di bahagian kami sehingga kini. Kisah-kisahnya berkenaan dunia nasyid sering menjadi bualan kami.

Walaubagaimanapun, pengalaman berharga sudah tentu apabila dapat berkhidmat bersama para alim ulama’ dan pendakwah yang pernah dan sedang bertugas di jabatan ini.

Suara jantannya menyebabkan dia sering dipinta menjadi pengacara dalam majlis-majlis kerajaan dan awam, juga sudah membimbing berpuluh kumpulan-kumpulan nasyid sehingga kini.

Kumpulan terakhir yang dibimbingnya ialah kumpulan nasyid PERMATA iaitu siswa Maahad Tahfiz al-Quran Negeri Sabah.

Beliau juga pernah mencipta lagu tema Badan Kebajikan Isteri-Isteri Wakil Rakyat (BAKISA) dan lagu tema USIA bertajuk ‘USIA Melangkah Gemilang’.

Pada 2005, kerajaan negeri memilihnya sebagai tokoh nasyid al-Farabi atas sumbangannya terhadap perkembangan seni nasyid di negeri ini.

Tulisan ini saya dedikasikan kepada beliau yang bakal berangkat ke Tanah Suci pada ahad ini, 15hb bersama isteri tersayang Puan Rasidah Maun.

Sempena perjalanannya, pejabat bahagian kami mengadakan sedikit kenduri doa selamat pagi tadi. Catatan lain boleh dibaca di blog Abu al-Ghazali di sini.

Doa kami, semoga diberikan kesihatan dan dimudahkan untuk beramal ibadah di sana sehingga kembali ke tanahair pada 26 Disember nanti.

Hj Sotimin, Abg Jef dan Abg Miun

IMG_4965

Pagi semalam, kami membuat sedikit majlis ringkas jamuan di pejabat.

Meraikan majlis perpisahan buat Saudari Nurul Hamidzah Md Zafari, siswi UKM yang menamatkan praktikal hampir 2 bulan di Bahagian Penyelidikan & Informasi.

Tidak banyak saya ketahui dengan peribadi Cik Nurul ini, melainkan dia seorang siswi tahun 2 di Fakulti Pengajian Arab dan Tamadun Islam, UKM.

Kami mendoakan kejayaan yang lebih cemerlang buatnya sama ada di universiti dan selepasnya nanti.

Kata Nurul, dia bercita-cita untuk kembali ke JHEAINS sebagai Pengarah satu masa nanti. Kalau tidak pun katanya, menjadi isteri kepada pengarah JHEAINS. Amin.

IMG_4956

IMG_4959

%d bloggers like this: