Tag Archive: Bongawan


SELEPAS KULIAH DI BONGAWAN

Tarikh : 13 Mei 2016

Lokasi : Bongawan

Menarik setiap kali selesai kuliah di Masjid Pekan Bongawan, pihak masjid akan mengadakan jamuan untuk menarik para jamaah. Hanya sekali sekala apabila tidak sempat menyediakan jamuan, ajk akan mengajak ke restoran berhampiran untuk menjamu selera. Alhamdulillah.

20160513_205642

img_1240Salah seorang peserta yang menarik perhatian kami ialah anak ini – Mohammad Faris bin Mohammad. Bersekolah di SAN Bongawan. Mewakili Pantai Barat Selatan dalam pertandingan bercerita peringkat rendah.

Penampilan sebegini amat jarang lagi dilihat khusus di sekolah agama sekalipun. Melihatnya saja pun sudah terasa janggal, walaupun itu sebahagian pakaian anjuran Rasul SAW.

Benar sabda junjungan bahawa Islam itu bermula asing dan ganjil, dan nanti akan kembali kelihatan ganjil lantaran orang mula meninggalkan ajaran agama.

Satu masa dahulu, ketika di maahad, kami dibiasakan dengan berkopiah dan berserban. 

Sebelum kami berenam hendak ke Kuala Kubu Baru untuk menduduki peperiksaan akhir diploma, kami membuat kunjungan hormat ke atas TYT ketika itu Tun Sakaran Dandai. Semuanya tampil berserban dan berjubah putih.

img_1242Kini sunnah itu sudah diubah kepada sunnah songkok hitam. Saya antara orang yang sedih apabila pemakaian itu dirubah.

Tidakkah terdetik secubit rasa bersalah? Songkok tidak salah. Tetapi kita telah meninggalkan sesuatu yang lebih baik.

Tidak mustahil, satu masa nanti anak-anak tidak lagi kenal serban dan kopiah hanya kerana kita mahu memartabatkan songkok hitam sebagai lambang bangsa dan negara.

Serban hanya dipakai oleh orang yang balik daripada haji. Itu pun mungkin dipakainya setahun sekali, sempena solat hari raya haji.

Anak yang berjubah dan berserban ini walaupun hanya mendapat saguhati, sepatutnya membuka mata dan hati kita. Melihatnya pun sudah menyejukkan mata.

YUZIE & ADIE

img_0606Selesai solat Jumaat di Masjid Pekan Membakut, saya singgah sebentar ke rumah sahabat lama, rakan sekelas semasa di SMAI Toh Puan Hajjah Rahmah, Ust Ak Yuzie Pg Md Yusuf.

Ust Yuzie berasal dari Kg Sri Melawaring Bongawan dan baru sahaja mendirikan rumahtangga beberapa minggu lalu dengan seorang rakan sekelas kami juga, Ustazah Dg Noraslinah Suzziyanie Abd Kini.

Kunjungan ini saya lakukan setelah tidak menghadiri majlis perkahwinan mereka tempohari. Sekitar sejam lebih di rumah mertua Yuzie di Kg Pimping, bermacam cerita keluar. Kisah zaman belajar sehinggalah perkembangan semasa masing-masing.

Selepas tamat di SMAI TPHR, Yuzie menyambung pengajian di Universiti Brunei Darussalam, Bandar Seri Begawan. Kini sudah 5 tahun berkhidmat sebagai guru di SK Tamalang Membakut. Menarik juga ceritanya mengajar di kawasan bukan Islam, apabila jumlah pelajar muslim keseluruhannya hanya 7 orang sahaja.

Sementara itu, isteri beliau yang biasa kami panggil Adie kini bertugas di SK Pekan Kimanis, kira-kira 20 minit perjalanan dari Membakut.

Abu Nuha Corner mendoakan kebahagiaan mereka suami isteri mudah-mudahan berkekalan sehingga ke syurga. Mudah-mudahan artikel ini mengubat kerinduan sahabat-sahabat lain yang ternanti-nanti khabar mereka.

Insya Allah blog ini akan terus mencari khabar terkini sahabat-sahabat lama sepersekolahan dahulu. Mereka yang ingin menyampaikan khabar masing-masing boleh berhubung terus ke blog Abu Nuha Corner ini.

PROGRAM PEMANTAPAN AQIDAH SMK BONGAWAN

img_0590Pagi jumaat sebagaimana dijadualkan, saya mengambil slot pertama dalam program kali ini. Bagi program di SMK Bongawan ini, ia dinamakan Basic Knowledge of Religion 2009.

Apa yang menarik, walaupun saya tidak menyertai sehingga akhir – tengahari sabtu – kerana punya jemputan program lain di Kota Kinabalu, saya melihat penyertaan dan sentuhan puan pengetua sekolah dan ramai guru yang terlibat secara langsung.

img_0552

img_0574

img_0577Mereka bekerja bersungguh-sungguh menjayakan program ini sejak awal dan mendengar sendiri slot-slot dan siri-siri ceramah kami. Bagi saya itu adalah satu penghormatan berharga buat kami dan juga kepada guru panatia agama yang bersungguh-sungguh menjayakan program ini.

Kalau di SMPO Sipitang Ust Amir Hamzah mengepalai program bagi pihak Persatuan Ulama’ Malaysia (Sabah), di SMK Bongawan ini pula Ust Md Khidir kembali beraksi semula, kerana Ust Amir punya program di sekolah beliau.

img_0634

img_0608Sementara Che’gu Jamil mula ‘meninggalkan’ kami untuk memulakan jaulah (pengembaraan) ke seluruh pelusuk Sabah, team ‘Sahabat Bible’ mendapat suntikan baru dengan penyertaan Ust Zulkifli Nawawi dari SMKA KK dan Ust Arbaen Syawal dari SK Mutiara, selain komitmen utuh daripada Ust Bungsu Aziz Jaafar.

img_0543Terima kasih tidak terhingga dengan penyertaan fasilitator dari Persatuan Siswazah Sabah (PSS) UMS dan 100 pelajar SMK Bongawan. Semoga kita mendapat kekuatan daripada Allah SWT.

 img_05251

img_0553

img_0539

img_0568

img_0571

%d bloggers like this: