Tag Archive: Bandar Sierra


ISMAIL DAN NUR MUHAYYA

Selamat Pengantin Baru

Ismail Abdullah & Nur Muhayya Abdullah

Tarikh :22.12.2012

Tempat : Masjid Bandaraya (Akad Nikah) & Bandar Sierra (Kenduri)

Baarakallahu lakuma, wa baaraka ‘alaikuma wa jama’a bainakuma fii khair

 

Ismail & Nur (1) Ismail & Nur (2) Ismail & Nur (3) Ismail & Nur (4) Ismail & Nur (5) Ismail & Nur (7)

Jauh di sudut hati, saya berasa sedih juga kerana ini kuliah terakhir kami dalam Kumpulan 1 Darussyifa’ Sabah sebelum Majlis Pengijazahan yang akan diadakan keesokan harinya. Sudah tentu dalam kuliah ini kehadiran Tuan Guru Dato’ Dr Haron Din yang dalam keuzuran beliau, masih memberikan untaian-untaian ilmu yang berharga untuk kami.

Ini kehadiran pertama beliau ke Sabah selepas pembedahan jantung di Amerika Syarikat tempohari. Dalam kunjungan kali ini, kehadiran beliau diisi dengan program yang padat. Sejam selepas ketibaan di Kota Kinabalu, beliau merasmikan Pusat Rawatan Darussyifa’ Bandar Sierra, kemudian memberikan sentuhan kuliah beliau di Bandar Sierra ini.

Pada sebelah malam, beliau menjadi tetamu Diskusi Pengubatan Islam dan Pelancaran  Dana Wakaf Pusat Dakwah Serantau Peringkat Borneo. Pagi ahad bersama dalam Majlis Pengijazahan Kumpulan Pertama Darussyifa’ Sabah dan Labuan. Awal malam beliau berangkat ke Brunei Darussalam untuk program selanjutnya.

Kembali berkenaan kuliah Darussyifa’ Sabah kali ini, Tuan Guru sekali lagi menegaskan tentang tiga syarat pengubatan Islam yang mesti difahami oleh para perawat. Tiga syarat berkenaan ialah menggunakan ayat al-Quran dan hadith Rasulullah SAW; kedua, jika menggunakan jampi yang bukan al-Quran atau hadith maka ia mestilah daripada bahasa yang difahami dan tidak mengandungi unsur syirik; dan ketiga kesembuhan adalah hak Allah SWT.

Saya juga akan mengingati beberapa ingatan beliau berkenaan percubaan demi percubaan musuh Islam untuk menyesatkan umat ini terutama para pesakit dengan jampi-jampi yang syirik dan menghina Allah SWT, mengubah beberapa kalimah al-Quran sehingga tidak disedari oleh ramai orang dan sebagainya. Semoga Allah SWT memberkati kehidupan Tuan Guru dan ilmu yang telah dicurahkan.

ZIARAH 29 SYAWAL

Hari terakhir Syawal banyak jemputan berhari raya. Hajat hendak memenuhi kesemua undangan namun nampaknya tidak kesampaian. Kali ini hanya tiga undangan dapat dipenuhi.

1) Ustaz Haji Muchlish Ali Kasim.

Beliau menyampaikan undangan pada awal pagi malah mewakilkan saya pula menjemput kawan-kawan rapat daripada Syukbah Dakwah Masjid Negeri Sabah, Darussyifa’ Sabah, Persatuan Ulama’ Malaysia Sabah dan jamaah masjid dan surau. Kami sekeluarga antara yang awal tiba sekitar jam 4 petang bersama-sama Tuan Haji Pozi Awang, kemudian beberapa tetamu dari Konsulat Indonesia, Ybhg Datuk Haji Mokhtar Rapok, Tuan Haji Abd Latif Ibrahim (bekas ADC TYT Sabah), Ustaz Nazri Yaakob dan lain-lain.

Menu pilihan : Nasi campur.

2) Tuan Haji Salman Datuk Haji Ismail.

Undangan disampaikan lebih seminggu sebelumnya. Kalau kebiasaan beliau mengundang ke rumahnya di Taman Kingfisher, kali ini lokasi diubah ke resort beliau di Permai D’ Villa Kg Ratau, belakang SMK Tebobon. Tetamu masih ramai walaupun masa sudah melebihi jam 5.30 petang. Barangkali sesuainya di sini ialah suasana yang lebih nyaman serta parkir dan kawasannya yang lebih luas. Mungkin juga serampang 2-3 mata, apabila dapat memperlihatkan tetamunya suasana resort yang mendamaikan. Di sini saya bertemu juga dengan Ustaz Rafihi Wasihim, pensyarah kanan di IPG Gaya dan guru saya Cikgu Ruslan Idris yang kini menumpukan bisnis piza. Sempat juga bertemu muka dengan Ybhg Datuk Haji Ismail Abbas, mantan mufti Negeri Sabah.

Menu pilihan : Kambing panggang.

3) Ustaz Haji Nik Anwar Zakaria al-Basuti.

Berkunjung ke rumah yang baru dibelinya di Bandar Sierra, nampaknya ramai sahabat-sahabat yang sesat. Kami pula mujur seorang sahabat sejak awal mengiringi perjalanan kerana kami sekeluarga bermaghrib di Surau Nurul Bahari di taman berkenaan. Bagi saya, beliau seorang sahabat dan guru yang selalu murah hati dengan ilmu terutama berkaitan dengan pengubatan Islam. Ilmu pengubatan Islam yang sudah lama berlegar di bumi Sabah, ia seakan menjadi suatu fenomena baru pula di kalangan penuntutnya apatah lagi beliau antara watak yang berperanan sejak awal bersama sahabat-sahabat lain membawa masuk Darussyifa’ melebarkan sayap ke Sabah.

Menu pilihan : Nasi Dagang.

%d bloggers like this: