Tag Archive: Balai Islam Lundang


Tarikh : 18 Oktober 2015

Lokasi : Balai Islam Lundang

20151018_103642 20151018_142653 20151018_155411 20151018_163541 IMG-20151018-WA0099 IMG-20151018-WA0105 IMG-20151018-WA0107 IMG-20151018-WA0129 IMG-20151018-WA0135 IMG-20151018-WA0178 IMG-20151018-WA0180

tilawah_2013_8

Sumber : http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/20057-tilawah-al-quran-di-kelantan-catatan-saya

Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat, 15 Jun 2013

Apabila Majlis Tilawah al-Quran Peringkat Kebangsaan dicadangkan untuk diadakan di Kelantan beberapa bulan lepas, saya menyambut dengan baik. Alhamdulillah, akhirnya Kelantan terpilih juga selaku tuan rumah buat julung-julung kalinya. Ekoran pilihanraya umum yang diadakan Mei lepas, tilawah ini ditangguhkan dan akhirnya berjaya dilaksanakan di Kelantan dan berakhir malam semalam.

Saya rakamkan tahniah kepada kerajaan Kelantan di bawah kepimpinan Ustaz Dato Ahmad Yakob dan juga terima kasih kepada kerajaan pusat di atas kesediaan memberikan peluang kepada Kelantan. Sewajarnya sudah lama program sebegini diadakan di Kelantan, ini kerana di negeri inilah syariat al-Quran diberikan pertimbangan serius oleh kerajaan negeri untuk dilaksanakan.

Masyarakat Kelantan sejak dahulu lagi meminati al-Quran. Lihat sahaja siaran langsung di televisyen sepanjang majlis ini berlangsung, kehadiran melimpah ruah sehingga ada yang sanggup berdiri. Bukan sahaja pada malam perasmian bahkan malam-malam berikutnya. Malam semalam ketika keputusan diumumkan pula saya dimaklumkan kehadiran sehingga melimpah ke luar dewan.

Paling menggembirakan ialah kehadiran terdiri daripada golongan muda yang datang memegang mushaf al-Quran menyemak bacaan qari dan qariah. Alhamdulillah, sambutan ini menunjukkan betapa minatnya golongan muda di Kelantan terhadap al-Quran. Inilah pembangunan rohani yang lebih mahal daripada pembangunan fizikal.

Saya juga menonton pengumuman keputusan pertandingan semalam dan sekalipun Kelantan tidak mendapat sebarang tempat sama ada dalam kategori Qari mahupun Qariah, saya yakin proses penghakiman dilaksanakan dengan telus dan jujur. Bahkan saya yakin, kebanyakan peminat majlis tilawah juga bersama-sama dengan saya meyakini proses penghakiman ini.

Banyak faktor yang menyebabkan rakyat yakin dengan penghakiman ini. Antaranya, tidak adanya blackout semasa proses pengiraan markah, para hakim pula tidaklah mengeluarkan kenyataan yang berbelit-belit dan boleh dibaca memihak kepada peserta tertentu yang bertanding.

Peraturan dan pemarkahan pula jelas dan tidak bertukar-tukar di saat akhir dan paling penting, semua peserta mempunyai peluang yang sama untuk mempersembahkan bacaan. Tidak berlaku sesetengah peserta diberikan masa 20 minit manakala peserta yang lain hanya lima minit!

Alangkah baiknya jika semua pertandingan di Malaysia diadili setelus pertandingan tilawah peringkat kebangsaan ini. Sayangnya, ada juga pertandingan yang pada namanya sahaja sebuah pertandingan, tetapi diadili dengan penuh tipu muslihat yang menyebabkan hilangnya keyakinan umum kepada para pengadil.

Hari ini, setelah berlalunya peringkat membaca al-Quran, perlulah lebih serius untuk ke peringkat melaksanakan ajaran al-Quran. Pelaksanaan ajaran al-Quran inilah sewajarnya menjadi agenda utama kerajaan pada masa kini. Sayangnya, agenda ini tiada dalam ideologi selain Islam. Kepercayaan kepada hari kiamat, syurga dan neraka serta pahala dan dosa ini perlu dipupuk semula agar ia dapat menghindari rakyat dari melakukan jenayah.

Lihatlah bagaimana Rasulullah SAW mendidik seorang pemuda yang datang memohon izin daripadanya untuk berzina. Sewaktu semua orang terkejut dan memarahi pemuda tersebut, Rasulullah SAW menggunakan pendekatan psikologi dengan bertanya adakah dia suka jika ibunya, kakaknya dan adik perempuannya dizinai oleh orang lain? Justeru, pemuda tersebut membatalkan niatnya ekoran pertanyaan yang dilontarkan oleh Rasulullah SAW. Hadis ini diriwayatkan oleh Imam Ahmad RA di dalam Musnadnya.

Akidah inilah yang perlu dipupuk. Ketakutan kepada Allah SWT melalui pemantapan syariat al-Quran di tengah masyarakat perlu ditekankan dengan lebih serius. Saya yakin, jika kita mampu untuk melaksanakan majlis tilawah berpuluh-puluh tahun lamanya, kita juga mampu untuk bergerak ke depan untuk mendaulatkan isi kandungannya.

Jika tidak, senario masyarakat tidak akan sampai ke mana. Justeru, betulkan pemikiran kita agar dengan itu akan betullah kehidupan masyarakat. Bayang-bayang yang betul lurus hanya akan terhasil melalui objek yang lurus!

BAJET BUKU

“Sesiapa yang mengkehendaki dunia, hendaklah dengan ilmu; sesiapa yang menkehendaki akhirat, hendaklah dengan ilmu; sesiapa yang mengkehendaki kedua-duanya, hendaklah dengan ilmu”.

Allah SWT mulakan wahyu dengan perintah membaca; Allah juga ada bersumpah dengan qalam; Allah juga memaklumkan status orang berilmu yang berbeza dengan orang tidak berilmu. Beli, baca dan jadikan wujudkan perpustakaan mini di rumah masing-masing.

Ketahuilah bahawa antara musuh utama umat Islam adalah kejahilan. Orang beriman dan berilmu akan diangkat kedudukan mereka beberapa darjat di sisi Allah SWT.

Sedia peruntukan beli buku agama

Muhammad Yusri Amin

KOTA BHARU, 19 Jun: Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat (gambar) menyeru umat Islam memperuntukkan sejumlah pendapatan bulanan bagi membeli buku pengetahuan khususnya buku agama bagi mewujudkan perpustakaan mini di rumah.

Katanya, koleksi buku itu penting untuk bacaan dan rujukan seisi keluarga.

“Ini kerana umat yang maju serta meningkat ilmu pengetahuannya adalah umat yang gemar membaca, dengan menghabiskan masa lapang dengan membaca walau pun agama mereka tidak menggalakkan pembacaan, namun sebaliknya umat yang mundur dan ketinggalan zaman adalah umat yang tidak gemar membaca.

“Bahkan mereka lebih cenderung mengisi masa lapang dengan kegiatan hiburan, berbual kosong dan melepak,” katanya pada Majlis Perasmian Pesta Buku Islam Antarabangsa Kelantan 2010 yang berlangsung di Balai Islam, Lundang dekat sini hari ini.

Teks ucapannya dibacakan oleh Pengerusi Jawatankuasa Penerangan, Pembangunan Maklumat, Sains dan Teknologi negeri, Dr Mohd Fadhli Hassan.

Pesta buku bertema “Kelantan Memimpin Budaya Ilmu” itu bermula 18 hingga 22 Jun, anjuran bersama Urusetia Penerangan Kerajaan Negeri Kelantan, Dewan Ulama PAS Pusat, Management Sdn Bhd dan Alfa Event & Entertainment Sdn Bhd.

Menteri Besar berkata, walau pun agama Islam telah memberi penekanan khusus kepada kegiatan membaca sejak awal turunnya wahyu yang pertama, tetapi malangnya pada hari ini masih terdapat umat Islam yang sanggup membelanjakan beratus ribu ringgit pada setiap bulan bagi membeli perkara yang tidak bermanfaat.

Justeru, anjuran pesta buku antarabangsa itu bagi menarik lebih ramai masyarakat khususnya di neger ini agar menjadikan budaya dan amalan membaca sebagai amalan harian.

“Marilah sama-sama kita menukarkan tradisi bahawa umat Islam adalah umat yang tidak jemu-jemu belajar, mengkaji dan mendalami ilmu pengetahuan yang bermanfaat dalam semua aspek kehidupan.

“Sesungguhnya semua kemajuan itu hanya dapat dicapai oleh umat manusia dengan ilmu pengetahuan, yang hanya diperolehi menerusi pembacaan serta pengkajian yang mendalam dan berkesan, insya Allah,” katanya.

%d bloggers like this: