Tag Archive: Bahasa Brunei


SENYUM BAHASA

Apabila berpeluang mengisi program di kawasan majoriti suku brunei-kadayan, atau bertemu rakan-rakan yang pekat bahasa kedaerahannya,  kadang-kadang saya tersenyum sendirian.

Kalimat-kalimat suku yang sudah lama tidak didengar menjadi bahan ketawa. Maklumlah bahasa sukuan sendiri, yang jarang dipraktik sepenuhnya kerana sudah bercampur dengan bermacam orang. Tambahlah duduk KK ni…

Seminggu sudah pulak pintu rumahku. (Pulak : Patah).

Dari pukul 5 entadi, pajah lampung di rumah. (Entadi : Tadi; Pajah : Padam; Lampung : Lampu).

Patang sudah rumah ani. (Patang : Gelap; Ani : Ini).

Agatah kait piasau atu. (Aga : Pergi; ..Tah : ..Lah; Piasau : Kelapa; Atu : Itu).

Batah jua kau di jamban atu (Batah : Lama / lambat; Atu : Itu).

Cuba unjukkan kudut atu. (Kudut : Pinggan; Atu : Itu)

Sekadar terjemahan bebas tanpa merujuk mana-mana kamus.

LIWAT

“Liwat eh!”

“Liwatnya…”

Demikian masa kecil-kecil kami selalu menggunakan perkataan itu. Bahkan orang-orang tua seringkali menggunakan kalimat itu dalam perbualan mereka.

Tetapi sejak berpindah ke ibu negeri dan bersekolah menengah pada akhir 1991, jarang sekali saya mendengar ungkapan itu.

Kemudian pada September 1998, ketika saya bersama rakan-rakan berada di maahad, kalimat itu begitu masyhur di negara kita tetapi dalam konteks dan maksud yang begitu berbeza.

Kalimat itu menjadi tajuk dan berita utama di mana-mana apabila DSAI dituduh dengan salah laku berkenaan. Saya pernah mendengar kisah anak-anak bertanya tentang isu itu.

“Kenapa Mahathir marah kat Anwar? Anwar datang lewat pergi kerja ke? Itu pun kena buang ke?”

Demikian kecelaruan dan kejutan budaya yang berlaku ketika itu yang menyebabkan ibu bapa begitu payah sekali menerangkannya.

Setelah 10 tahun, kini kalimat itu muncul dan sekali lagi menempati dada akhbar dan menjadi wirid dan zikir wartawan, ahli politik, blogger dan peminat politik hatta di kedai kopi.

Teringat kembali ketika berada di maahad, kami bertanya kepada ustaz berkenaan kes dan tuduhan terhadap DSAI, ustaz menjelaskan :

“Pertamanya, manusia tidak sunyi daripada salah dan silap, boleh jadi seseorang itu buat atau tidak. Tetapi kita tidak boleh menuduh sesuka hati tanpa bukti bahawa dia telah melakukan kesalahan itu..”

(Liwat dalam bahasa brunei bermakna sukar dan susah).

%d bloggers like this: