Tag Archive: Ayam


BELAKANG RUMAH

Tarikh : 3 November 2014

Lokasi : Petagas, Putatan

Belakang Rumah  (1) Belakang Rumah  (2) Belakang Rumah  (3) Belakang Rumah  (4) Belakang Rumah  (5) Belakang Rumah  (6) Belakang Rumah  (7) Belakang Rumah  (8) Belakang Rumah  (9) Belakang Rumah  (10) Belakang Rumah  (11) Belakang Rumah  (12) Belakang Rumah  (13) Belakang Rumah  (14)

HAIWAN PELIHARAAN KAMI…

Sehingga kini ada 14 ekor arnab dewasa, 30 ekor anak-anak ayam pelbagai jenis (ayam telur, ayam kambing dan ayam kacukan), 4 ekor ayam dewasa, 2 ekor kucing jantan dan 2 ekor labi-labi yang baru dibeli ahad lalu.

14 ekor arnab itu termasuk seekor yang dihadiahkan oleh sahabat saya, Anizan Mahruf – terima kasih! Puncanya kerana beberapa ekor arnab miliknya mati seekor demi seekor dan kemudian hanya tinggal seekor, maka itulah dihadiahkannya. Di rumahnya ada belasan kucing-kucing pelbagai jenis dan cantik-cantik pula. Tempoh 4 tahun setakat ini memelihara arnab banyak memberi kenangan  menarik dan ilmu berguna. Ada yang sudah disempat disembelih dan dimakan, banyak juga yang mati kecil dan ketika sudah dewasa.

Kedua-dua kucing yang ada pula kesemuanya jantan dan hadiah orang. Seekor tinggal di rumah dan menjadi kesayangan atok sementara seekor lagi di kandang khas, kerana selalu ‘membuang’ di dalam rumah. Yang tinggal di rumah namanya Syomeng pemberian keluarga tionghua di Petagas kerana kucingnya. Syomeng agak kasar dengan kami kecuali atok, tapi agak memilih makanan, mau makanan yang standard, tidak mahu makan tulang-tulang ikan atau ayam seperti yang lain. Dia mahu ikan yang bermasak terutamanya digoreng. Dalam hal itu, atoklah yang melayan kehendaknya, sehingga jelas Syomeng pun suka menguis-nguiskan tubuhnya ke kaki atok.

Kebiasaan memelihara anak-anak ayam akan ada yang mati awal. Pernah sekian puluh yang dibeli dan seekor demi seekor mati sehingga habis sebelum sempat membesar. Ada juga yang bertahan sampai dewasa sehingga ia boleh dimanfaatkan, ayam kambing atau ayam karan yang cepat membesar untuk disembelih dan dimakan, ayam telur yang boleh bertelur dan ayam kampung yang bertelur dan menetaskan telur sehingga anak-anaknya tergedik-gedik mengekor di belakang.

Labi-labi itu saya beli tanpa dirancang. Kata Apek yang menjual, makanannya tidak cerewet seperti ikan, ia makan apa yang dimakan oleh manusia. Juga tidak perlu alat-alat oksigen seperti ikan. Setakat beberapa hari ini agak ok, saya tidak tahu apa akan jadi pada masa depan. Kata orang, ada bahagian ditubuhnya yang boleh dibuat ubat untuk penyakit. Saya baru mendengarnya.

SEMBELIH


Barangkali pencuri-pencuri ayam kami tidak merasa senang hati apabila seekor demi seekor ayam yang sudah agak besar kami sembelih. Sama ada untuk keluarga sendiri, atau buat sedekah.

Ketika ini, ayam yang sudah sampai masa untuk disembelih ada dalam 6-7 ekor. Tengahari tadi, kami sembelih 3 ekor, dua ekor untuk kenduri kesyukuran di rumah abang ipar kerana menyambut kelahiran anak keempatnya. Seekor lagi untuk kami di rumah.

Sebenarnya sudah beberapa kali ayam di reban dicuri orang. Kalau reban itu ‘dimanggakan’, mereka gunting pula dinding dawainya. Pernah ayam yang masih budak dicuri mereka. Nampak sangat terdesak.

Saya dapat maklum terdapat pencuri-pencuri ayam ini terdiri daripada kalangan penagih dadah seperti syabu. Menyusahkan betul.



AYAM


Sebagaimana yang direkodkan oleh Bukhari, Muslim, Tirmizi, Nasa’ie, Darimi dan Ahmad, dikisahkan oleh Zahdam al-Jarmi :

“Suatu hari kami berkumpul bersama Abu Musa al-Asy’ariy RA lalu dihidangkan kepada kami daging ayam. Melihat hidangan itu, ada seorang lelaki yang mula menjarakkan diri.

Abu Musa bertanya kepadanya : Kenapa kamu menjauhkan diri?  Lelaki berkenaan menjawab : Aku melihat ayam memakan makanan yang kotor. Maka aku bersumpah untuk tidak memakannya.

Abu Musa berkata : Mari ke mari. Sebenarnya, aku pernah melihat Rasulullah SAW memakan daging ayam”.

***

Di sisi rumah kami, buat masa ini ada beberapa reban yang mengandungi tidak kurang 40 ekor ayam pelbagai saiz dan umur. Ada baru berumur 2 minggu, ada yang sudah 2-3 bulan dan ada yang menanti saat untuk disembelih.

Ada ayam telur, ayam daging (ayam karan) dan ayam kacukan siam. Tempohari ada banyak ayam kampung tetapi sudah habis disembelih. Biasanya sebulan, ada sekali dua kami menyembelih 3-4 ekor ayam sekaligus.

Ada untuk makan sendiri, ada juga untuk sedekah kepada jiran.

Namun, saat kita memakan ayam, bukan sahaja harganya yang sederhana dan dagingnya yang sedap, tetapi tolong ingatkan sama bahawa daging ayam adalah salah satu makanan sunnah yang digemari oleh Rasulullah SAW.

Oh ya, kami juga kini ada lebih kurang 10 ekor arnab termasuk 4 ekor yang baru berumur sebulan.


SEMBELIH AYAM CURI?

Pagi-pagi minggu lagi ayah mertua saya bising. Puncanya, seekor ayam karan yang dipelihara dicuri orang.

Di tepi rumah, kami ada menternak ayam dan arnab. Ada ayam karan, ayam telur, ayam kampung dan ayam serama. Kalau dikira jumlah yang ada sekarang melebihi 40 ekor, tidak termasuk yang sudah disembelih.

Ada yang masih kecil, ada yang meningkat remaja. Ayam yang cukup umur sudah disembelih untuk makanan keluarga sahaja.

Arnab yang hidup berjiran dengan ayam pula kini cuma tinggal 9 ekor. Banyak yang mati tidak lama dulu. Agaknya kalau dikumpul-kumpul sudah mencapai 40-50 ekor.

Ayam dan arnab memang saya yang beli. Cuma hari-hari ayah mertua yang bagi makan dan bersihkan kawasannya. Saya hanya membantu sekali sekala khususnya hujung minggu jika tiada program dan membeli makanan ternakan.

Oleh kerana ayah mertua saya yang menjaganya, dia mengetahui perkembangan ayam dan arnab berkenaan. Sakit, mati, bertelur, hilang dan sebagainya.

Soal ayam yang hilang ini, bukan baru sekali. Ia bukan dilepaskan di laman rumah. Pernah yang hilang pula masih kecil dan belum layak disembelih.

Semalam, seekor lagi hilang. Kali ini sah dicuri. Buluh yang dipaku menjadi dinding dibuka orang. Ayam karan yang dicuri ini belum begitu besar.

Kebiasaannya, berdasarkan kes-kes kecurian di kampung ini, ia dilakukan oleh budak-budak syabu. Ada yang memang sudah jenis keluar masuk lokap dan penjara.

Saya tidaklah marah sangat. Cuma dalam kepala saya, macamana sang pencuri itu hendak makan ayam berkenaan. Hanya dipatahkan kepala ayam saja, atau perlu sembelih juga?

%d bloggers like this: