Tag Archive: Asri Mat Daud


Tarikh : 16 Disember 2016

Lokasi : Medan Ilmu Kota Bharu Kelantan

Pengkuliah :

  1. Ustaz Asri Mat Daud
  2. YB Dato’ Mohd Amar Abdullah

 

Tarikh : 14 Oktober 2016

Lokasi : Medan Ilmu Kota Bharu Kelantan

Pengkuliah :

  1. Ustaz Asri Mat Daud
  2. YAB Ustaz Dato’ Ahmad Yaakob

Tarikh : 30 September 2016

Lokasi : Medan Ilmu Kota Bharu Kelantan

Pengkuliah :

  1. Ustaz Asri Mat Daud
  2. Ustaz Datuk Abu Hassan Din al-Hafiz

Tarikh : 2 September 2016

Lokasi : Medan Ilmu Kota Bharu Kelantan

Pengkuliah :

  1. Ustaz Asri Mat Daud
  2. YB Dato’ Dr Johari Mat

Sumber : http://m.harakahdaily.net/index.php/kesatuan-fikrah/38888-kelantan-nekad-laksana-kanun-jenayah-syariah

MOHD ASRI MAT DAUD | 09 Disember 2015.

1- Sejak awal pentadbiran Membangun Bersama Islam di Kelantan 25 tahun yang lalu, perjuangan untuk melaksanakan undang-undang Islam berkait dengan hudud, qisas dan ta’zir telah diusahakan sebaik mungkin. Pada 7 Mei 1992, Almarhum Tok Guru Nik Aziz sebagai Menteri Besar ketika itu telah menulis sepucuk surat kepada Perdana Menteri Malaysia memohon untuk melaksanakan sebahagian daripada undang-undang jenayah Islam. Namun pada 15 ogos 1992 Perdana Menteri menghantar surat balas menolak permohonan tersebut.

2- Usaha diteruskan lagi dengan meluluskan Enakmen Kanun Jenayah Syariah II (1993) pada 25 November 1993. Tok Guru sekali lagi menulis surat pada 21 Mac 1994 kepada Kerajaan Persekutuan memohon untuk melaksanakan hudud, akan tetapi ditolak melalui surat yang dihantar bertarikh 15 Julai 1994.Tok Guru seterusnya menghantar lagi sepucuk surat pada 17 November 1994 bagi memberi gambaran jelas bahawa hudud yang akan dilaksanakan ini adalah tuntutan dan perundangan Allah, ianya tiada kena mengena dengan agenda politik sebagaimana yang ditohmah oleh Barisan Nasional pada masa itu. Walaupun berkali-kali ditolak, tetapi tidak timbul pada masa itu PAS yang mentadbir Kerajaan Kelantan telah ditipu oleh Umno/BN!

3- Usaha Kerajaan Negeri diteruskan lagi dengan diadakan Sambutan Hari Hududullah saban tahun sehingga ke hari ini. Sambutan ini diadakan bagi menjelaskan kepada rakyat Kelantan pelbagai kaum agar dapat memahami tentang Kanun Jenayah Syariah (KJS) yang bersifat mendidik dan bukannya semata-mata menghukum. Jika disemak melalui ucapan-ucapan Tok Guru semasa beliau menjawat jawatan Menteri Besar, terlalu kerap beliau mengaitkan ucapannya dengan kewajipan melaksanakan hukum Allah di atas muka bumi. Walaupun kompenan BN tidak berhenti menyerang usaha ini dengan tuduhan ianya agenda politik PAS, Tok Guru terus berdakwah dan menerangkan peri-penting pelaksanaan KJS. Kini, perjuangan Tok Guru telah disambung oleh YAB Ustaz Dato’ Haji Ahmad Yakob, sebagai penerus kepimpinan Kelantan Membangun Bersama Islam.

4- YAB Ustaz Dato’ dengan tegas menyebut berkali-kali dalam ucapannya bahawa KJS ini adalah agenda utama yang sentiasa diperjuangkan oleh Kerajaan Negeri dan PAS sehingga ianya terlaksana. Usaha untuk menjadikan tahun 2015 sebagai ‘tahun mula’ pelaksanaan KJS sentiasa diuar-uarkan kepada khalayak bagi mempertingkatkan persediaan dari semua sudut disamping memberi semangat kepada rakyat dalam mendokong serta menyokong penuh pelaksanaan KJS di Kelantan.

5- Beliau memandang serius usaha-usaha untuk menjayakan pelaksanaan KJS semasa diberi mandat sebagai Menteri Besar. Menurutnya, tiada guna beliau memegang jawatan tersebut tanpa mempastikan usaha pelaksanaan KJS berjaya sepenuhnya di Kelantan. Namun, malangnya sesetengah pihak yang sengaja mencari kesalahan beliau, mengambil peluang menghujum dan mendesak supaya beliau melepaskan jawatan sebagai Menteri Besar kerana dikatakan gagal untuk melaksanakan KJS pada tahun 2015 ini.

6- Pada hakikatnya, beliau beserta kepimpinan Kerajaan Negeri telah berusaha semaksima mungkin antaranya dengan memperuntukan sejumlah RM1 juta setiap tahun bermula tahun 2014 demi untuk menjayakan persiapan prasarana kearah pelaksanaan KJS. Sehingga kini, semua persediaan termasuk pindaan enakmen, tatacara, persediaan Kerajaan Negeri dan beberapa prasarana lain telah disediakan. Akan tetapi, usaha pada tahun ini belum lagi berjaya apabila usul pindaan akta 355 yang diangkat ke Dewan Rakyat masih tidak diberi laluan.

7- Kerajaan Negeri telahpun berusaha sedaya-upaya, namun pelaksanaan KJS masih terhalang. Yakinlah, Allah telah mengira usaha ini sebagai jihad dalam melaksanakan tuntutan-Nya dan Allah pasti meredhai kepimpinan Kerajaan Negeri yang tidak berputus-asa bekerja untuk menjayakannya. Soal usaha ini ditipu atau masuk perangkap Umno sebagaimana dakwaan beberapa pihak yang tidak bertanggungjawab adalah ucapan yang tiada asas bahkan tidak sepatut keluar daripada mulut seseorang muslim yang telah memahami tuntutan memperjuangkan Islam dan tribulasi yang bakal dihadapi.

8- Ketahuilah, bahawa tabiat perjuangan Islam sudah pasti akan ada ranjau dan penghalangnya. Ia adalah sunatullah dalam kehidupan pejuang yang menegakkan tuntutan agama. Jika perjuangan Rasulullah S.A.W pun pernah didustai, dipinggirkan serta dihalang, maka begitulah juga tabiat perjuangan golongan yang berada diatas landasan perjuangan Islam. Baca dan fahamilah Al-Quran yang menjelaskan tentang liku-liku pahit yang dilalui oleh generasi terdahulu, firman Allah:

وَإِذْ يَمْكُرُ بِكَ الَّذِينَ كَفَرُواْ لِيُثْبِتُوكَ أَوْ يَقْتُلُوكَ أَوْ يُخْرِجُوكَ وَيَمْكُرُونَ وَيَمْكُرُ اللّهُ وَاللّهُ خَيْرُ الْمَاكِرِينَ

Maksudnya: Dan ingatlah (wahai Muhammad), ketika orang-orang kafir musyrik (Mekah) menjalankan tipu daya untuk menahanmu, atau membunuhmu, atau mengusirmu. Mereka sememangnya menjalankan tipu daya dan Allah menggagalkan tipu daya mereka, kerana Allah sebaik-baik yang menggagalkan tipu daya. (Al-Anfal: 30)

Dalam kisah lain, Allah berfirman:

وَقَدْ مَكَرَ الَّذِينَ مِنْ قَبْلِهِمْ فَلِلَّهِ الْمَكْرُ جَمِيعًا يَعْلَمُ ما تَكْسِبُ كُلُّ نَفْسٍ وَسَيَعْلَمُ الْكُفَّارُ لِمَنْ عُقْبَى الدَّارِ

Maksudnya: Dan sesungguhnya orang-orang kafir yang sebelum mereka telah melancarkan rancangan jahat (tipu daya terhadap Nabi-Nabi mereka). Oleh itu, (janganlah engkau bimbang kerana) bagi Allah jualah kuasa menggagalkan segala jenis rancangan jahat. Dia mengetahui apa yang diusahakan oleh tiap-tiap diri dan orang-orang kafir akan mengetahui bagi siapakah balasan (yang baik dan buruk) pada hari akhirat kelak. (Al-Ra’d:42)

9- Sebilangan Mufassirin menghuraikan ayat diatas berikutan kisah Nabi Isa A.S yang dikhianati oleh pengikutnya dan orang-orang Yahudi yang telah merencana pelbagai tuduhan dan tipu daya terhadap Baginda A.S. Mereka merancang untuk membunuh Nabi Isa A.S. Namun, Allah menyelamatkan Nabi Isa daripada musibah tersebut. Terlalu banyak kisah perjuangan para Rasul yang telah didustai oleh kaum mereka sendiri daripada kalangan kuffar dan munafiqin, namun mereka tetap bersabar. Sementara para Hawari atau pengikut Rasul tetap istiqamah menyokong usaha Rasul mereka dan sama sekali mereka tidak pernah menyalahkan Rasul-Rasul diatas tipu daya yang telah dilakukan oleh musuh mereka.

10- Umat Islam perlu sedar bahawa tipu daya daripada pihak musuh ketika memperjuangkan Islam, adalah perkara yang sudah pasti. Baki lagi kita hendaklah berwaspada dan selebihnya diserahkan kepada kuasa Allah. Perlu diingat, bahawa kita sebagai umat Islam memperjuangkan tuntutan agama adalah bukan kerana wadah politik dan kerana habuan tertentu. Kita berhempas-pulas berjuang adalah semata-mata kerana Allah. Kita juga telah menimbang baik atau buruk serta mafsadah dan maslahahnya sebelum melaksanakan sesuatu agenda.

11- Maka atas dasar inilah, pimpinan PAS dan juga Kerajaan Negeri Kelantan telah membincangkan agenda pelaksanaan KJS secara syura dan keputusan yang dibuat adalah keputusan sepakat! Apa sahaja halangan dan risiko selepas ini, kita serahkan kepada Allah. Jika musuh Islam atau musuh politik ingin menipu usaha ini, sesungguhnya mereka bukanlah menipu PAS atau Kerajaan Kelantan, sebaliknya mereka menipu dan menafikan hak Allah! Renunglah sebuah penegasan dan motivasi Allah SWT kepada kekasih-Nya, Nabi Muhammad SAW dikala menghadapi tipu daya musuh dan pelbagai halangan:

قَدْ نَعْلَمُ إِنَّهُ لَيَحْزُنُكَ الَّذِي يَقُولُونَ  فَإِنَّهُمْ لَا يُكَذِّبُونَكَ وَلَٰكِنَّ الظَّالِمِينَ بِآيَاتِ اللَّهِ يَجْحَدُونَ. وَلَقَدْ كُذِّبَتْ رُسُلٌ مِّن قَبْلِكَ فَصَبَرُوا عَلَىٰ مَا كُذِّبُوا وَأُوذُوا حَتَّىٰ أَتَاهُمْ نَصْرُنَا  وَلَا مُبَدِّلَ لِكَلِمَاتِ اللَّهِ  وَلَقَدْ جَاءَكَ مِن نَّبَإِ الْمُرْسَلِينَ.

Maksudnya: Sesungguhnya, Kami mengetahui bahawasanya apa yang mereka katakan itu menyedihkan hatimu, (Maka janganlah kamu bersedih hati) karena mereka sebenarnya bukan mendustakan kamu, akan tetapi orang-orang yang zalim itu mempertikaikan ayat-ayat Allah. Sesungguhnya Rasul-Rasul sebelum kamu juga telah didustai, akan tetapi mereka sabar terhadap penipuan dan penganiayaan yang dilakukan, sehingga datang pertolongan Kami kepada mereka. Tiada seorangpun yang dapat merubah janji-janji Allah dan sesungguhnya telah datang kepadamu sebahagian daripada berita Rasul-Rasul itu. (Al-An’am:33-34)

12- Usahlah orang-orang PAS khususnya dan penganut agama Islam dalam parti lain mengambil posisi menyerang Kerajaan Negeri Kelantan dalam hal pelaksanaan KJS. Ianya sangat rugi kerana akan menjejaskan ‘mood’ rakyat yang sudah bersemangat untuk melihat pelaksanaan KJS benar-benar terlaksana. Islam sama-sekali tidak membenarkan seseorang muslim untuk bertindak mengelirukan masyarakat apatah lagi menyebabkan umat Islam ‘undur ke belakang’ dalam memahami tuntutan Allah. Hargailah usaha pejuang-pejuang terdahulu yang telah berjaya memperlihatkan kepada ummah bahawa KJS adalah tuntutan Allah dan ianya pada hari ini tidak lagi diratib sebagai agenda politik kepartian. Sokongan padu yang telah diberikan dan perbincangan secara meluas berkaitan hudud, qisas dan ta’zir adalah merupakan kemenangan yang insya-Allah kemenangan lebih besar akan dikurniakan oleh Allah peringkat demi peringkat, yakinlah! – HARAKAHDAILY 9/12/2015

Penulis ialah Setiausaha Akhbar kepada Menteri Besar Kelantan.

Tarikh : 16 Oktober 2015

Lokasi : Medan Ilmu Kota Bharu Kelantan

Pengkuliah :

  1. Ustaz Asri Mat Daud
  2. YB Ustaz Dato’ Nassuruddin Daud

KULIAH PAGI JUMAAT 18 SEPT 2015

Tarikh : 18 September 2015

Lokasi : Medan Ilmu Kota Bharu Kelantan

Pengkuliah :

  1. Ustaz Asri Mat Daud
  2. YB Ustaz Dato’ Nassuruddin Daud

Tarikh : 3 Julai 2015

Lokasi : Medan Ilmu Kota Bharu Kelantan

Pengkuliah :

  1. Ustaz Asri Mat Daud
  2. YB Dato’ Dr Johari Mat

Sumber : http://m.harakahdaily.net/index.php/kesatuan-fikrah/36475-kenali-jamaah-muslim-dan-kewajipan-baiah-terhadapnya

MOHD ASRI DAUD | 16 Julai 2015.

Terdapat banyak hadis Nabi yang membicarakan tentang Jama’ah Muslimin ini seumpama hadis Huzaifah Ibnu Al-Yaman yang panjang terdapat sabdaan Nabi menegaskan:

….تلزم جماعة المسلمين وإمامهم
“Hendaklah kamu bersama dalam Jama’ah Muslimin dan ketuanya” (Riwayat Bukhari Muslim)

Dalam hadis lain:

من فارق الجماعة قيد شبر فقد خلع ربقة الإسلام عن عنقه

“Barangsiapa yang memisahkan diri daripada Jama’ah walaupun sejengkal, maka bererti dia telah melepaskan ikatan Islam daripada tengkuknya.” (Riwayat Abu Daud)

Kata Imam Syathibi dalam kitabnya Al-I’thishom, kalimah Jama’ah dalam hadis ini membawa maksud:

– Kumpulan yang besar daripada kalangan umat Islam
– Jama’ah Para Ulama mujtahidin
– Para Sahabat Nabi
– Sebuah organisasi umat Islam yang dipimpin oleh seorang Amir

Setelah itu, Imam Syathibi membuat kesimpulan bahawa Jama’ah Muslimin ini pada hakikatnya merujuk kepada sebuah organisasi yang dipimpin oeh seorang Amir yang menjalankan dasar Al-Quran dan Al-Sunnah manakala organisasi selain itu tidak dikira sebagai Jama’ah Muslimin.

Jama’ah Muslimin terdahulu yang dipimpin oleh Rasulullah S.A.W dan pengikutnya adalah dikalangan Sahabat merupakan sebuah Jamaah yang hanya beriman kepada Allah, berakidahkan Islam sebagai agama dan cara hidup, mempertahankan Rasulullah dan dakwah Islam dan berbaiah untuk berjihad mempertahankan agama sehingga tertegak. Inilah kesempurnaan Jama’ah Muslimin suatu ketika dahulu. Justeru, Jama’ah Muslimin mengikut kehendak hadis ialah seperti berikut:

– Jama’ah yang diasaskan berdasar tuntutan Syahadah dan menegakkan panji Islam.

– Jama’ah yang terdiri daripada kalangan umat Islam yang teguh berpegang kepada syariat Allah dan saling tolong-menolong antara ahli Jama’ah

– Jama’ah yang menjayakan agenda Islami bagi memberi kemuliaan kepada umat Islam

– Jama’ah yang tetap istiqamah dalam menegakkan perjuangan Islam dan mengeluarkan manusia daripada perhambaan terhadap thaghut

– Jama’ah yang berjuang tanpa sempadan bahkan perjuangannya adalah syumul meliputi seluruh ummah

Berdasarkan ciri-ciri Jama’ah Muslimin tersebut, jelas bahawa Jama’ah Muslimin bukan sahaja hanya tertumpu kepada Jama’ah Rasulullah S.A.W bahkan ia terpakai kepada Jama’ah Muslimin yang diasaskan pada zaman ini. Mengikut Syeikh Said Hawwa dalam kitabnya Min Ajli Khuthwah ilal Amam ‘Ala Thariq Al-Jihad Al-Mubarak menegaskan bahawa kenyataan Rasulullah pada kalimah ‘Dakhanun’ adalah merujuk kepada fahaman sesat dan menyeleweng dizaman kita pada hari ini.

Justeru, wajib umat Islam menggabungkan diri dalam Jama’ah Muslimin yang diketuai oleh pemimpin yang beriman. Sayugianya, umat Islam hanya perlu diwakili oleh sebuah Jama’ah Muslimin sahaja bagi mengukuhkan ikatan dan menguatkan pertahanan. Pada zaman kita ini telah berlaku ‘Ghiyab Fikratil Jama’ah’ iaitu hilangnya pemikiran untuk menyatukan umat Islam dalam satu Jama’ah demi membangunkan kembali khilafah Islamiyah. Apa yang telah diusahakan oleh Imam Al-Syahid Hasan Al-Banna itu adalah langkah kearah kesatuan yang diimpikan ini.

Manakala baiah kepada Jama’ah Muslimin ini adalah wajib dizaman berlakunya ‘Dakhanun’ bagi mengembalikan kesejagatan ummah.Syeikh Fathi Yakan memberi penegasan bahawa baiah kepada Jama’ah pada hari ini adalah wajib bagi mendisiplinkan anggota Jama’ah dalam satu kekuatan. Baiah bermaksud janji setia untuk memberi ketaatan seumpama pemberi baiah berjanji dengan ketuanya untuk menerima pandangan dan arahan sama ada ketika senang atau susah (Ibnu Khaldun:Al-Mukadimah)

Baiah juga bermaksud memberi janji setia untuk dengar dan taat kepada ketua dalam keadaan selesa atau hadapi masalah, ketika susah atau senang dan tidak akan canggah arahan ketua serta menyerahkan apa jua perkara berlaku kepada kebijaksanaannya. (Dr Muhammad Abdul Qader Abu Faris: Al-Nizhom Al-Siyaasi Fil Islam)

Jadi, baiah ini tidak hanya berkait dengan sebuah kerajaan Islam sahaja akan tetapi ianya adalah berkait juga dengan Jama’ah Islam yang diasaskan bagi menegakkan ketuanan Islam diatas muka bumi dengan syarat Jama’ah ini ialah Jama’ah yang berobjektifkan membangun khilafah yang telah dimusnahkan. Baiah yang diberikan oleh anggota kepada ketua atau presiden, pada hakikatnya bukanlah baiah kepada ketua, ianya adalah baiah kepada amal Islami dan atas dasar laksana suruhan Islam.

Oleh yang demikian, baiah yang diberikan tersebut adalah kepada Allah. Maka, pelanggaran baiah adalah haram dan berdosa. Sekiranya dalam sighah baiah dilafazkan sumpah dengan nama Allah serta disandarkan kepada beberapa perkara yang disepakati oleh pembaiah dan pemberi baiah, maka perkara tersebut adalah terpakai. Kenyataan ini boleh dirujuk dalam kitab Al-Baiah Fi Al-Nizham Al-Siyaasi Al-Islami Wa Tatbiiqaatuha Fil Hayah Al-Siyasiyah Al-Muasirah karya Ahmad Shiddiq Abdul Rahman.

Sedikit huraian terhadap perkembangan berkaitan Jama’ah Muslimin yang diperbincangkan pada hari ini, penulis melihat Parti Islam Se-Malaysia (PAS) adalah sebuah Jama’ah yang menepati ciri-ciri Jama’ah Muslimin. Dasar yang terkandung dalam perlembagaan PAS adalah jelas dan menjunjung syariat. Maka, baiah dengan sighah yang telah ditentukan sama ada ianya baiah khas untuk memikul jawatan sebagai pemimpin kepada rakyat atau ianya baiah am dalam menganggotai Jama’ah sebagai jentera yang menggerakkan Jama’ah tersebut adalah syarie dan bukan ijtihad semata-mata. Segala pelanggaran baiah ini sudah tentu akan mengakibatkan kesan hukum yang jelas, maka hati-hatilah dalam beriltizam dengan Jama’ah Islam ini dan jangan sesuka hati memilih Jama’ah yang ragu-ragu dibangunkan atas dasar tidak puas hati.

والله يهدي من يشاء إلی صراط مستقيم

Penulis ialah Bendahari Dewan Ulamak PAS Pusat

Rakaman tazkirah Madinah Ramadhan 1436H yang disampaikan oleh Ustaz Asri Daud, Setiausaha Akhbar Menteri Besar Kelantan di khemah Madinah Ramadhan pada malam ke-11 Madinah Ramadhan 1436H. (Jumaat) 10 Ramadhan 1436H/ 27 Jun 2015M

%d bloggers like this: