Tag Archive: Ampang


RAPAT RAKYAT AMPANG

SOLAT JUMAAT DI HOTEL

IMG_4116Bagi yang belum tahu, Hotel De Palma Ampang setakat ini adalah satu-satunya hotel di negara ini yang mendirikan solat fardhu Jumaat.

Sejak 9 bulan lalu, iaitu mulai 10 Oktober 2008, Jabatan Agama Islam Selangor telah memberi kebenaran kepada hotel berkenaan mengadakan mendirikan solat fardhu Jumaat.

Dengan kapasiti lebih 500 jamaah dan ruang sebelah luar yang begitu terbuka untuk mendirikan solat Jumaat, kebenaran itu telah memudahkan ramai orang terutama pekerja, penginap hotel berkenaan dan masyarakat sekitar.

IMG_4119Sebelum berangkat balik rabu lepas, saya sempat ke surau berkenaan dan mendapati Surau Nurul Hikmah kini mempunyai 4 orang imam bertugas dan bertauliah.

Lebih menarik, pihak hotel telah mengadakan tazkirah mingguan di surau berkenaan kepada pekerja dan penginap hotel berkenaan pada setiap zuhur rabu. Saya meyakini, jika hotel-hotel di negara ini membuat aktiviti seumpama ini, sedikit sebanyak ia akan merubah pandangan negatif masyarakat awam tentang hotel.

Untuk panduan, Hotel De Palma Ampang terletak bersebelahan dengan Ampang Point. Surau berkenaan terletak di tingkat 3, bersebelahan dengan kolam renang.

IMG_39912 jam lalu, berdua bersama ketua, kami tiba untuk menyertai program berkenaan di Hotel De Palma Ampang. Program ini dianjur oleh JAKIM. Insya Allah kami akan berada di sini sehingga tengahari rabu nanti.

Dalam seminar ini, 7 kertas kerja akan dibentangkan oleh beberapa tokoh. Ia akan didahului dengan majlis perasmian oleh Menteri di JPM, Dato’ Jamil Khir Baharom pada malam ini.

Sejak berada di unit penyelidikan JHEAINS mulai mac 2008, inilah kali pertama saya terlibat dalam kursus atau seminar yang benar-benar dalam bidang yang saya berada.

Apabila dipelawa menyertai seminar ini, saya sangat gembira, mudah-mudahan ada ilmu yang boleh dibawa balik. Insya Allah, ada kesempatan, saya akan mengulas kertas-kertas kerja dan seminar ini nanti.

Sementara itu, saya memerhatikan ada keistimewaan dalam pengurusan hotel ini yang akan saya sentuh dalam artikel berikut nanti.

%d bloggers like this: