Tag Archive: Amanah Ikhtiar Malaysia Wilayah Sabah


PELUANG KERJAYA DI AMANAH IKHTIAR MALAYSIA

AMANAH IKHTIAR MALAYSIA, sebuah badan Amanah Persendirian di bawah The Trustee (Incorporation) Act 1952 (Revised 1981) bertujuan mengurangkan kemiskinan di Malaysia melalui Skim Pembiayaan Ikhtiar mempelawa calon yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan berikut :

1.      Nama Jawatan : PELATIH EKSEKUTIF PENGURUSAN

(Calon-calon khas untuk Sabahan Sahaja)

Gaji dan Elaun : RM 3,095.00

Kelayakan :

• Lulus SPM/SPVM (5 kredit termasuk Bahasa Melayu) dan mempunyai Ijazah Sarjana Muda dengan kepujian. (CGPA 2.8 ke atas)

• Boleh menunggang motorsikal dan memiliki motorsikal sendiri.

• Mempunyai lesen memandu B2 atau sekurang-kurangnya L (statik) – lesen disertakan.

• Boleh berkomunikasi dengan baik.

• Bersedia untuk berkhidmat di daerah-daerah seluruh negeri Sabah.

• Belum berkahwin.

• Umur 25 hingga 28 tahun.

Calon yang berminat hendaklah menghantar surat permohonan ke alamat di bawah bersama-sama dengan salinan sijil-sijil berkaitan, lesen dan gambar berukuran passport (tidak dikembalikan), sampul surat ekspres berukuran 4” x 9” beralamat sendiri atau emel di alamat najmyzaz@yahoo.com. Permohonan hendaklah sampai sebelum atau pada 31hb Julai 2012.

 

PENOLONG PENGARAH PERJAWATAN

Amanah Ikhtiar Malaysia Wilayah Sabah Barat

No.23, Lot 9, Blok B, Tingkat 1

Kingfisher Plaza, Jalan Hospital Likas

88450 Kota Kinabalu, Sabah

Tel: 088-437546 Faks: 088-437506

 

 

 

PELUANG KERJAYA DI AMANAH IKHTIAR MALAYSIA

AMANAH IKHTIAR MALAYSIA, sebuah badan Amanah Persendirian di bawah The Trustee (Incorporation) Act 1952 (Revised 1981) bertujuan mengurangkan kemiskinan di Malaysia melalui Skim Pembiayaan Ikhtiar mempelawa calon yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan berikut :

1. Nama Jawatan : PELATIH PEMBANTU AMANAH

Gaji dan Elaun : RM 1473.00

Kelayakan :

• Lulus SPM/SPVM (5 kredit termasuk Bahasa Melayu). Calon yang mempunyai STPM dan Diploma digalakkan memohon.

• Boleh menunggang motorsikal dan memiliki motorsikal sendiri.

• Mempunyai lesen memandu B2 atau sekurang-kurangnya L (statik) – lesen disertakan.

• Boleh berkomunikasi dengan baik.

• Berat badan tidak melebihi 70 kg.

• Belum berkahwin

• Umur 20 hingga 28 tahun.

Calon yang berminat hendaklah menghantar surat permohonan ke alamat di bawah bersama-sama dengan salinan sijil-sijil berkaitan, lesen dan gambar berukuran passport (tidak dikembalikan), sampul surat ekspres berukuran 4” x 9” beralamat sendiri. Permohonan hendaklah sampai sebelum atau pada 31hb Mei 2011.

PENOLONG PENGARAH PERJAWATAN

Amanah Ikhtiar Malaysia Wilayah Sabah Barat

No.23, Lot 9, Blok B, Tingkat 1

Kingfisher Plaza, Jalan Hospital Likas

88450 Kota Kinabalu, Sabah

Tel: 088-437546 Faks: 088-437506

Hujung minggu lalu, Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) Wilayah Sabah 1 menganjurkan program Sahsiah Ramadhan bagi tahun ini yang berlangsung selama dua hari satu malam di Kompleks Tabung Haji Sabah. Program ini disusun sejak sebelum Ramadhan dan sahabat saya yang bertugas di sana memohon saya menyediakan senarai penceramah bagi mengisi beberapa slot yang sudah diatur. Tema sasaran penganjur adalah berkaitan dengan solat.

Saya sendiri mengisi dua slot kem solat pada pagi dan petang jumaat. Sebelah pagi saya menyampaikan ceramah berkenaan pergerakan dan bacaan dalam solat, sementara sebelah petang berkait dengan hukum hakam solat termasuk syarat wajib, syarat sah dan lain-lain. Selepas kami solat asar, sedikit masa diambil untuk latihan praktikal solat subuh yang mengambil kira pergerakan dan susunan solat secara berjamaah.

Rakan-rakan lain yang mengisi slot lain ialah Ustaz Arbaen Shawal mengimam solat maghrib, isyak, tarawih dan tazkirah; Ustaz Mohammad Suaid membimbing qiyamullail dan kuliah subuh dan Ustaz Haji Bungsu Aziz Jaafar mengisi slot motivasi solat. Tahniah kepada pengurusan AIM Sabah yang menganjurkan program seumpama ini setiap tahun khususnya dalam bulan Ramadhan.

IMG_8267

Saya seronok hadir pada pagi sabtu semalam bersama 108 orang warga Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) dalam program Sahsiah Ramadhan mereka untuk tahun ini.

Kali ini mereka mengadakannya di Kompleks Tabung Haji Sembulan selama sehari setengah bermula pagi jumaat dan berakhir tengahari sabtu.

Buat kali ketiganya saya dijemput hadir dalam program AIM Sabah. Semalam saya mengisi satu slot yang lain daripada tajuk-tajuk Ramadhan. Tajuk yang dipohon kali ini ialah huraian daripada surah al-Asr.

Sebagaimana pandangan imamuna al-imam asy-Syafie, bahawa kalau manusia bertadabbur dengan surah ini, sudah memadai.

Surah ini ringkas namun ia merangkumi perkara asas dalam kehidupan manusia serta menjelaskan golongan manusia yang beruntung.

Orang yang beriman, beramal, serta ingat mengingati dengan kebenaran dan kesabaran.

Seronoknya hadir bersama mereka berulang kali kerana ia bukan setakat ceramah demi ceramah. Mereka isi himpunan ini dengan qiyamullail, solat dhuha dan seumpamanya.

Inilah sepatutnya program yang dibuat oleh mana-mana pihak, iaitu memasukkan slot-slot kerohanian dalam majlis mereka, dan bukan membebaskan pesertanya. Siapa mahu qiyam silakan, siapa mahu tidur silakan.

Terima kasih Sdr Muharram yang mengundang, dan  juga buat Puan Nor Hayati – Pengurus Wilayah yang turut tekun mendengar ceramah bersama staf mereka yang lain.

(P/s : Tapi semalam, dahsyat betul gelak audien, baik lelaki atau perempuan. Yang penting, manfaat daripada surah al-Asr itu yang diambil, bukan kisah-kisah lucunya saja).

IMG_8268

IMG_8272

%d bloggers like this: