Tag Archive: Amalan menyambut kelahiran


BATRISYIA QURRATUAIN

Barangkali jarang benar orang mengadakan kenduri kesyukuran seawal 7.30 pagi seperti yang dilakukan oleh Tuan Haji Zawawi dan keluarganya pada pagi ahad lalu di Sembulan. Namun menariknya, tetamu yang hadir hampir 200 orang, kebanyakannya jamaah Masjid Negeri Sabah dan Surau Riyadhus Solihin, Taman Austral.

Saya difahamkan kenduri seawal itu turut mengambil kira kehadiran jamaah dan kuliah subuh ahad yang berakhir sekitar jam 7 di Masjid Negeri Sabah yang disampaikan oleh Ustaz Haji Muchlish Ali Kasim. Kuliah subuh ahad oleh Ustaz Muchlish di masjid berkenaan sudah berlangsung lebih 15 tahun dan menghuraikan pelbagai kitab.

Batrisyia Qurratuain binti Mohd Noor Akhwan yang dilahirkan 30 Disember 2010 saya kira beruntung kerana didoakan oleh ramai tetamu pada ahad lalu, ditahnik serta dirasmikan namanya oleh Ustaz Haji Muchlish. Khabarnya seekor kambing turut dikorbankan sebagai aqiqah untuk cucu kedua Haji Zawawi ini.

Tahniah buat keluarga Noor Akhwan dan semoga bayi berkenaan menjadi anak yang solehah.


NAMANYA PUN DIISYTIHARKAN

IMG_6483

Alhamdulillah, malam tadi kami sekeluarga selamat mengadakan kenduri kesyukuran diatas kelahiran anak yang ke-5.

Kenduri yang diadakan tepat seminggu isteri saya bersalin, dihadiri oleh rakan-rakan seusrah saya dan dipimpin oleh Tuan Guru Ust Hj Muchlish Ali Kasim.

Majlis dimulakan dengan sedikit tazkirah oleh Tuan Guru Ustaz, upacara merasmikan nama, tahnik, bergunting rambut, doa dan jamuan.

Tuan Guru Ust Hj Muchlish menyentuh tentang kaedah, fadhilat dan hikmah amalan menyambut kelahiran, bermula dengan azan, iqamah, aqiqah, tahnik, memberi nama yang baik, bergunting & bercukur juga pendidikan yang baik kepada anak-anak.

Kami juga memberi ruang kepada seluruh yang hadir untuk mengambil fadhilat menggunting rambut si anak, sebelum saya akan menyelesaikannya dengan mencukur botak sekejap lagi.

Terima kasih kepada ahli-ahli usrah yang hadir. Mohon maaf tidak dapat menjemput kesemua rakan dan sahabat yang lain. Majlisnya sederhana saja dan bajet pun cukup makan..

“Wahai anak, kami namakan kamu dengan nama yang diberikan oleh Allah SWT : ‘AINA’ SALSABILA. Mudah-mudahan nama ini sesuai dengan dirimu, menjadi anak yang solehah, menjadi pejuang kepada agama ini, berbakti kedua orang tuamu, keluarga dan masyarakat”.

IMG_6471

IMG_6473

IMG_6477

IMG_6481

IMG_6490

IMG_6496

Mudah-mudahan jadi doktor...

Mudah-mudahan jadi doktor...

%d bloggers like this: