Tag Archive: Aduan


SURAU AN-NUR SK KEM LOK KAWI

Sebagaimana pernah saya coretkan sebelum ini, anak sulung kami Nuha memasuki dunia barunya dalam darjah 1 di SK Kem Lok Kawi. Sabtu semalam adalah hari pendaftaran dan pembayaran yuran. Alhamdulillah, cuma RM25 sahaja.

Oleh kerana ini pengalaman pertama anak naik darjah 1, saya agak teruja. Kesempatan datang beberapa kali, saya ada juga bertanya itu dan ini kepada beberapa orang guru, melihat dan meninjau bilik demi bilik termasuk surau sekolah.

Surau an-Nur menurut yang dimaklumkan bermula sejak 1996. Lokasinya sangat strategik, di tengah-tengah kawasan sekolah. Masuk saja kawasan sekolah, suraulah yang pertama dilalui.

Saya mengambil sedikit masa untuk melihat dan meninjau surau itu dari dalam. Ramai rakan ustaz dipelbagai sekolah yang mempunyai kemudahan surau pernah bercerita, surau biasanya menjadi lokasi mengadakan program yang dipanggil pengajaran dan pembelajaran (p&p).

Dari luar, surau ini nampak biasa saja. Saya sedikit kecewa apabila menyentuh dindingnya yang kebanyakan reput dimakan anai-anai. Sedikit tekanan atau hentakan, dindingnya pasti patah. Siling bocor, cermin tingkap banyak yang lopong. Hanya lantainya saja yang lawa.

Kembali ke luar, baru saya perasan atapnya yang mulai uzur. Bangunan di kiri dan kanan surau ini, agak baik dan tersergam sementara suraunya nampak terbiar.

Ketika mula-mula hadir pada isnin lalu, saya melihat banyak anjing berkeliaran di sekeliling sekolah. Sepatutnya kawasan surau mempunyai pagar sendiri agar tidak dimasuki haiwan berkenaan.

Sudah tentu saya agak cerewet dalam hal ini, kerana mungkin saja anak saya akan terbabit dalam aktiviti surau ini nanti. Lagipun, kalau pihak sekolah dan jabatan pelajaran boleh memperuntukkan untuk bangunan lain, untuk surau sudah tentu juga boleh.

Khabarnya di sekolah ini ada 14 guru agama, harap dapat bersatu memperjuangkan masalah surau ini secara kolektif. Bahkan semua guru yang beragama Islam sepatutnya memperjuangkannya termasuk guru besarnya.

Surau ini adalah rumah Allah SWT. Sebagai seorang Islam, semua guru muslim bertanggungjawab ke atasnya. Komentar saya ini adalah berdasarkan saya sebagai bapa dan sebagai seorang muslim.

TAR

Saya pernah mendengar ada pihak tertentu berjanji secara hitam putih hendak menurap jalan dari awal simpang menuju ke surau dan kawasan sekolah.

Tetapi setakat ini, hanya sekerat dan sejemput itu saja yang ditar mereka. Harap janji itu dapat ditunaikan dalam masa terdekat.

CARI NAHAS

Aksi yang dirakam pada jam 9.20 pagi tadi di Lebuhraya Lintas, berdekatan dekat Likas-Inanam. Kata orang, beringat sebelum kena..

TAMAN BURUNG LABUAN

Antara yang menggembirakan anak-anak apabila balik bercuti di kampung ialah kepuasan mereka berjalan dan bermain.

Kalau di KK, kesempatan itu amat terhad sekali, kerana saya biasanya penuh dengan jemputan kuliah, kerja dan sebagainya, walaupun pada hujung minggu.

Taman Burung Labuan, yang terletak dalam kawasan kampung kami menjadi salah satu sasaran percutian kali ini. Terakhir kami datang ke taman ini ialah lebih 2 tahun lalu.

Tidak banyak berubah di taman ini kecuali satu kawasan untuk burung helang dan enggang yang terletak di  kawasan belakang. Begitu juga peraturan yang tidak lagi membenarkan kereta pengunjung masuk ke kawasan taman seperti dahulu.

Ternyata agak menyusahkan sekiranya ketika itu pengunjung ramai datang. Ini kerana pihak berkuasa tempatan (PBT) Labuan tidak menyediakan kawasan meletak kereta yang khusus.

Para pengunjung terpaksa meletak kereta agak jauh memanjang di tepi jalan sekiranya pengunjung ramai dalam satu-satu masa. Harapnya Perbadanan Labuan dapat melakukan sesuatu bagi keselesaan pengunjung.

Selain itu, anak-anak dan kami sekeluarga gembira sekali, selepas letih berjalan mengelilingi kubah-kubah burung, menyambung kembali dengan permainan-permainan yang disediakan.

***

Taman Burung Labuan terletak di Tanjung Kubung, utara Labuan kira-kira 15km dari pusat bandar.

DALAM ALMARI

Walaupun di Beringgis Beach Resort ini ada disediakan surau, saya mencari-cari juga tanda arah kiblat di dalam bilik tempat kami menginap. Orang bilang, asyik melangui-langui ke siling mencari tanda arah, tapi tidak ketemuan.

Rupa-rupanya ia bersembunyi di dalam almari. Kenapakah?

TIANG APAKAH INI

Berbulan sudah rasanya tiang ini terpacak di situ tanpa ada fungsi apa-apa. Ada sesiapa boleh jawab?

Lokasi : Pekan Kundasang, belakang gerai sayur-sayuran.

Kami singgah sebentar di pekan sebelum berangkat naik ke Pusat Latihan Islam, Kundasang, 7km dari pekan.

img_1940

img_1942Di lorong ini, sebenarnya, jika diperhati, sangat berbahaya kepada kenderaan dan pejalan kaki. Harap-harap rakyat didahulukan, benar seperti yang sibuk diperkatakan.

YB Datuk Masidi yang baik hati dan Pegawai Daerah harap mendengar rintihan rakyat. Harapnya, ia tidak mengambil masa yang lama untuk dipulihkan. Rasanya, hanya sekitar 1 meter saja pun kerosakan itu.

img_1738Lokasi : Jalan masuk ke Kg Timbua, Ranau

Jumaat dan sabtu, bersama beberapa rakan, kami ke Kg Timbua mengisi program untuk pelajar sekolah dan orang kampung. Ini kali kedua hadir ke sana, dan kali pertama hujung tahun lalu.

Memang ada projek untuk membuat jalanraya aspal, tetapi nampaknya terlalu lambat. Apakah ia semata-mata beralasan struktur muka bumi tempat berkenaan, atau masalah wang pendahuluan projek menjadi halangan, wallahu a’lam.

Khabarnya jalan yang ada sudah berusia puluhan tahun, mungkin sejak 60an atau 70an lagi. Itu yang disebutkan oleh beberapa penduduk kampung kepada saya sendiri.

Selain masalah jalanraya, kampung-kampung di dalam ini sehingga ke hujung yang memakan masa berjam-jam lagi perjalanan darat, juga punya masalah bekalan air yang sering terputus, bekalan elektrik sekadar guna generator 6-12 malam yang dibekalkan oleh SESB, juga masalah coverage talian telefon bimbit yang hampir 100% tiada dan telefon talian sendiri.

img_1734Cuba sekali, PM Najib duduk semalam bersama rakyat dengan keadaan begitu, tanpa tilam yang empuk, bekalan air dan api yang tidak sempurna.

Jangan lupa, pergi ke sana guna kenderaan marhaen seperti perodua kancil, kelisa atau proton wira yang dipandu sendiri tanpa eskot. Jangan pula naik helikopter.

Bukankah PM Najib hendak mendahulukan rakyat?

Saya ada idea baik untuk menyambut slogan PM Najib ini. Oleh kerana sesekali saya keluar daerah, dan kamera biasanya ada di samping, maka saya persembahkan gambar-gambar daripada masa ke masa untuk perhatian semua.

Bukan saja untuk PM Najib, tetapi mereka yang berkenaan, khususnya kepada mereka yang beriman dengan slogan ini.

Kalau mereka menjawab, slogan ini baru dilancarkan oleh PM Najib yang baru mengangkat sumpah, dan beliau tidak wajar dipersalahkan,  ertinya pemimpin lalu tidak mendahulukan rakyat tetapi mendahulukan suku sakat mereka.

Pemimpin lalu, bukan daripada jenis lain daripada BN. Ertinya spesis dan parti yang sama juga dengan PM yang sekarang.

img_1589Lokasi : Kg Tarangkapas, Kota Marudu.

img_1602Keluarga berbangsa dusun ini memeluk Islam pada pertengahan 80an. Punya dua anak, namanya Md Azli (11 tahun) dan Norlina (8 tahun).

Ketika kami tiba, kedua-dua mereka baru pulang daripada kelas mengaji, tidak jauh dari rumah. Saya diberitahu nama guru mereka disebut sebagai Ustaz Ikhwan dan Ustazah Suriati.

Lihatlah rumah mereka. Sekali pandang, sudah tahu, basah dan tempias hujan pasti mengena tubuh mereka sekeluarga.

img_1592Lihatlah tangga rumah mereka, bagai tangga di kandang atau di reban rupanya. Duduk di rumah, saya diingatkan agar berhati-hati menyandar ke dinding. Takut-takut dinding roboh. Memang rapuh teratak mereka ini.

Saya berharap ada kesempatan PM Najib, jenguk-jenguklah rumah mereka. Bukan jauh di luar negara, dalam bumi sendiri juga. PM ada pesawat khas, datanglah. Buktikan rakyat didahulukan, bukannya slogan semata-mata.

img_1618Kami sempat hadir, sekadar membawa dan menyampaikan kiriman orang-orang Islam yang prihatin di Kota Kinabalu untuk saudara mereka di Kota Marudu. Bantuan yang tidak seberapa, hamper dan beberapa pakaian untuk mereka.

KISAH S,A,M

Petang semalam, saya menerima satu emel. Kisah hidup seseorang, tetapi ia bukan eksklusif kepada dirinya. Mungkin kisah yang sama berlaku kepada orang lain juga. Kepada pembaca, saya pohon dapat membantu empunya kisah ini.

Dia mengizinkan jika saya hendak memaparkan catatan ini di dalam blog Abu Nuha Corner. Dengan sokongan moral, cadangan dan pendapat saudara, saya yakin empunya kisah akan membaca dan meneliti pendapat yang tertera nanti, kerana dia salah seorang pengikut harian blog ini.

Saya POHON dengan sesungguhnya dan pulangkan pembaca sekalian agar tidak sekadar membacanya saja, tetapi mengiringi bacaan itu dengan mengomentari secara membina, jujur dan berhikmah terlebih dahulu, sebelum saya mencatat komen sendiri.

Kepada Allah kita bermohon semoga penghujung kisah ini berakhir dengan baik.

اللهم أحسن عاقبتنا في الأمور كلها، وأجرنا من خزى الدنيا وعذاب الأخرة

“Ya Allah, perelokkan akibat semua urusan kami, dan hindari kami daripada kehinaan dunia dan azab api neraka”

Ini ada satu cerita…

Ada seorang guru (S) yang hidup sewaktu zaman universitinya banyak dihabiskan dengan perkara yang sia-sia. Walaupun datang dari keluarga yang punya fikrah Islam, nyata tarikan perkara yang berlawanan banyak juga mempengaruhinya.

Ditakdirkan S ditugaskan mengajar di Sabah. Di sini, beliau bertemu sahabat-sahabat yang menyedarkannya tentang perjuangan Islam & betapa indahnya hidup dalam sinar yang haq.

S seorang guru yang sangat komited dalam mendidik & punya hubungan yang rapat dengan pelajar-pelajarnya.

Ditakdirkan, di antara ramai pelajarnya, beliau rapat dengan seorang pelajar perempuannya (A) yang selalu meluahkan masalah melalui buku journal (yang sememangnya menjadi satu cara untuk beliau meningkatkan penguasaan bahasa di kalangan pelajarnya.)

Semakin lama beliau menjadi semakin rapat dengan A & mula sedar yang pelajar tersebut sebenarnya datang dari keluarga yang bermasalah…samada dari segi sosialnya ataupun dari segi pegangan Islam.

Kemudian, berlaku satu peristiwa di mana kerana peristiwa tersebut guru tersebut mengambil keputusan untuk mengahwini A, kerana baginya waktu itu itulah satu-satunya cara untuk dia menyelamatkan A dari menjadi semakin hanyut, apatah lagi sememangnya guru tersebut tidak dapat menipu dirinya sendiri yang dia memang sayangkan A.

p3210039Akhirnya mereka pun berkahwin. Menjalani hidup seperti pasangan lain, kadangnya ok, kadangnya dilanda badai, tapi semua diharungi dengan baik.

Dari perkahwinan itu, A menjadi semakin baik. A bertekad untuk berubah & tidak mahu lagi kembali menjadi dirinya yang sosial dahulu. Dia mula mengenali solat, mengaji & semakin dekat dengan Islam.

Kemudian mereka dilanda ujian lagi. S nyata punya kelemahannya sendiri & kelemahannya membawa kepada isterinya juga. Rumahtangga mereka dilanda badai yang besar. Kali ini sangat teruk & hampir membawa kepada penceraian.

Namun, berkat dari pertolongan sahabat-sahabat, & inisiatif S yang membawa mereka berjumpa kaunselor, akhirnya mereka bersatu kembali.

Alhamdulillah, mereka kemudiannya dikurniakan Allah seorang bayi lelaki yang comel; (M). Kemudian, A melanjutkan pelajaran ke sebuah institut pengajian di sini. Masing-masin mulai sibuk, tapi masih hidup dengan tenteram.

Tapi kemudian, mereka dilanda masalah yang hampir sama seperti sebelumnya. S cuba untuk menyelesaikan masalah mereka, tapi kali ini walaupun masalahnya tidak seberat dahulu, A tiba-tiba nekad untuk berpisah. A meninggalkan rumah meninggalkan S & M di rumah itu.

S sangat terkejut & tidak menjangkakan A akan bertindak demikian kerana masalah mereka sebenarnya masih boleh diselesaikan. Waktu itulah S mula sedar yang A sebenarnya mula berubah sejak dia belajar.

Pun begitu, S cuba sedaya upaya untuk menyelamatkan rumahtangga mereka tapi segalanya terlerai bila satu hari A memberikan surat perintah mahkamah untuk bercerai. S amat sedih & terkejut kerana dia tidak pernah menyangka akan sesuatu sepert itu datang dari A.

Kerana tekanan & untuk memberi waktu berfikir kepada masing-masing, S pulang ke negeri asalnya U di semenanjung di waktu cuti sekolah, membawa M bersama, yang sudah dipersetujui oleh A untuk dijaga di negeri U kerana A sendiri tahu dia tidak mampu memberi persekitaran Islam yang baik kepada anaknya kerana keadaan di rumahnya yang sangat jauh dari Islam.

Di negeri U di semenanjung, S tetap saling berhubung dengan A & hubungan mereka tetap baik sebagai kawan, apatah lagi ada anak yang menghubungkan mereka. Pada waktu yang sama, selain dari kerana tekanan, S memohon untuk bertukar ke Semenanjung untuk membina hidup baru, terutamanya memikirkan masa depan M.

Cuti pun tamat & S kembali ke Sabah kerana pertukarannya masih tidak diterima. Di masa yang sama, dia masih lagi berhubung baik dengan A walaupun cuma melalui telefon.

Malam sebelum mereka ke mahkamah, S tidak putus asa cuba memujuk A untuk mengubah fikirannya, tapi A tetap berkeras walaupun airmata S sudah banyak yang mengalir.

Keesokannya, walaupun ia bukan sesuatu yang direlakan, kerana tidak mahu membebankan A, apatah lagi A sudah lama meninggalkan rumah, S akhirnya menceraikan A secara baik di depan hakim. waktu itulah S memahami kenapa cerai adalah perkara halal yang paling dibenci Allah.

Masa berlalu. Tekanan S semakin berat. Walaupun sahabat-sahabat ramai yang cuba menceriakan, tapi berat bahu memandang, berat lagi bahu memikul. Pun begitu, S cuba bertahan. Kerinduannya kepada M di negeri U semakin menebal.

Pun begitu, dia bersyukur kerana M dididik dengan baik oleh ibubapa & keluarganya yang punya nilai Islam yang teguh. Dia terus memohon untuk pertukaran walaupun jawapannya sering mengecewakan.

Masa berlalu, A semakin tidak mempedulikan S. SMS & telefon tidak lagi dibalas. Hinggalah pada satu hari, S secara kebetulan berjumpa dengan seseorang yang mengenali A. Perkara yang dibimbangi oleh S selama ini sudahpun berlaku.

p2170732S kini sudah berubah. Pelajarannya sudah tidak diambil berat. A kini sudah punya boyfriend yang ditayangkannya di wallpaper laptopnya.

Yang paling menyedihkan, S tidak lagi menutup aurat di luar. Tudungnya entah kemana, pakaiannya semakin ketat…

Bila mengetahui perkara itu, S cuba bercakap dengan A melalui telefon. Kini bahasanya dengan S cuma ‘aku’ ‘kau’ sahaja. Tiada lagi hormat…

S redha sekiranya dia tiada jodoh lagi dengan A. Tapi S sangat sedih & terkilan dengan perubahan A. Nyata boyfriendnya itu hanya membuatkan diri A menjadi semakin teruk. A juga memberitahu S bahawa dia akan ke negeri U untuk berjumpa M di waktu dia sudah habis edah.

Sebenarnya S & A sudah bersetuju dengan pengiliran mereka dalam menjaga M dimana M akan bersama ibunya di waktu A bercuti. Tapi keadaan sekarang sudah berubah. A bukan A yang dulu. Tak dapat digambarkan perasaan S bila mengetahui tentang perubahan A.

Dia teringat pada A dahulu yang sering solat bersamanya, mengaji & seorang yang cukup baik & menjaga dirinya. S bimbang A akan berubah fikiran & ingin mengambil hak penjagaan M. Dalam keadaan sekarang, S sangat bimbang dengan masa depan akidah anaknya itu. Mungkin ini balasan & ujian Allah di atas dosa-dosanya selama ini…

S tidak boleh menipu dirinya & menyatakan yang dia tidak lagi sayangkan A. Tapi yang lebih penting dari itu, dia amat berharap berdoa agar A kembali ke pangkal jalan.

Agar A dilindungi Allah dari mereka yang berniat jahat & sekadar ingin menggunakan kelemahan A untuk kepentingan diri mereka. Agar A mendapat petunjuk & hidayahNya.

Doanya biarlah kalau memang A bukan jodohnya, tapi dia berharap orang yang bersamanya biarlah bukan orang yang akan merosakkannya. S juga mendoakan agar dia dapat bersama kembali dengan M & menjaga M dengan sebaik-baiknya.

Agar M boleh menjadi anak yang soleh yang satu hari nanti bisa menjaga & mendidik ibu kandungnya…

(Gambar yang dipaparkan tiada kaitan dengan kisah ini. Hanya sebagai untuk memahamkan cerita).

%d bloggers like this: