Tag Archive: Abu Mardhiyah


PROMOSI 2 : BUKU TAJWID

buku tajwid

Lebih sebulan lalu saya ada mempromosi buku yang sama (dalam foto atas) di dalam blog ini dan melalui facebook. Ketika itu tidak sampai 20 orang menempah buku tersebut. Maka saya tempah 20 buah. Sesudah 2 kotak besar mengandungi buku ini sampai ke tangan saya sehari dua lepas, sempat saya warwarkan kepada sahabat-sahabat yang menempah.

Belum sempat lagi semua buku yang siap ditempah ini disampaikan kepada empunyanya, saya menerima lagi tempahan baru daripada berbelas orang. Ada juga yang mahukan lagi beberapa buku untuk mereka panjangkan kepada sasaran masing-masing. Di sini, saya memberi kesempatan kepada sahabat-sahabat yang berminat, untuk mereka yang berada di Sabah dan kemudian apabila buku ini sampai nanti boleh pula mengambilnya daripada saya (bukan dikirim lagi sekali ke destinasi).

Berminat boleh hubungi saya di facebook. Sebagaimana saya pernah catatkan dan diakui oleh sahabat-sahabat para ustaz yang pernah menyemaknya, buku ini merupakan buku tajwid paling lengkap dalam bahasa melayu pada saat ini.

 

PROMOSI : BUKU TAJWID AL-QURAN

TAJWID AL-QURAN

Tajuk : Tajwid al-Quran, Qiraat ‘Aashim – Riwayat Hafsh – Toriq al-Syatibi (Jilid 1 & 2)

Penulis : Abu Mardhiyah

Penerbit : Al-Jenderaki Enterprise

Muka surat : 706 

Cetakan : Pertama Januari 2012

Insya Allah dalam masa terdekat saya akan membuat tempahan sebanyak 20 buah buku ini dan akan dipos melalui kapal laut (untuk harga lebih murah). Sebelum ini saya sudah promosikan di facebook peribadi, dan saya mula mendapat respon baik daripada sahabat-sahabat. Buat masa ini sekitar 15 orang sudah bersetuju untuk menempah buku ini dan dijangka akan ada lagi dalam masa terdekat untuk mendapatkannya.

Insya Allah harganya berpatutan. Hanya RM50 (ikut harga Semenanjung) saya jual untuk membantu kawan-kawan memiliki buku ini. Jika ada untung, ia masih terlalu sedikit, dan jika rugi, saya infaqkan sebahagian wang saya untuk mendapatkan saham menyebarkan kebaikan.

Tentang buku ini, apabila saya membaca sepintas lalu, saya dapati setakat ini, ini adalah buku tajwid al-Quran terbaik dalam bahasa Melayu, lengkap dan disertai dengan matan-matan tajwid dan qiraat yang bersesuaian. Ia juga telah disemak oleh Dato’ Sheikh Sallehuddin Omar al-Qari’, Ustaz Khairul Anuar Mohamad al-Bakri dan lain-lain.

%d bloggers like this: