Tag Archive: Abu Hurairah Abdul Rahman


Kursus Kepimpinan Huffaz (Teori)

Tarikh : 14-16 Disember 2012

Tempat : Hotel Zara’s Boutique, Habour City Kota Kinabalu

Anjuran : Maahad Tahfiz al-Quran wal-Qiraat Negeri Sabah

 

Penceramah :

1) Ustaz Jafran Haji Kusin (Kepimpinan Cemerlang)

2) Ustaz Mohd Taif Kassim (Pengurusan Masa)

3) Norhasdi Hassan (Kemahiran Komunikasi)

4) Ustaz Bahtiar Hud (Kepentingan Usrah)

5) Ustaz Haji Abu Hurairah Abd Rahman (Cabaran Dakwah)

 

Penutup oleh : Puan Hiryanti Haji Tabin (Pengetua Maahad)

Tahniah kepada semua yang terlibat – para penceramah, pensyarah serta siswa-siswi maahad. Semoga program berkenaan memberi impak yang baik dan mencapai objektif yang diharapkan.

KursusKepimpinan@Butik (1) KursusKepimpinan@Butik (2) KursusKepimpinan@Butik (3) KursusKepimpinan@Butik (4) KursusKepimpinan@Butik (5) KursusKepimpinan@Butik (6) KursusKepimpinan@Butik (7) KursusKepimpinan@Butik (8) KursusKepimpinan@Butik (9) KursusKepimpinan@Butik (10) KursusKepimpinan@Butik (11) KursusKepimpinan@Butik (12) KursusKepimpinan@Butik (13) KursusKepimpinan@Butik (14) KursusKepimpinan@Butik (15) KursusKepimpinan@Butik (16)

Khatib : Ustaz Haji Abu Hurairah Abdurrahman

Lokasi : Masjid Negeri Sabah

Firman Allah SWT :

“Dan bacakanlah (wahai Muhammad) kepada mereka kisah (mengenai) dua orang anak Adam (Habil dan Qabil) yang berlaku dengan sebenarnya, iaitu ketika mereka berdua mempersembahkan satu persembahan korban (untuk mendampingkan diri kepada Allah). lalu diterima korban salah seorang di antaranya (Habil), dan tidak diterima (korban) dari yang lain (Qabil). Berkata (Qabil) : “Sesungguhnya Aku akan membunuhmu!”. (Habil) menjawab : “Hanyasanya Allah menerima (korban) dari orang-orang yang bertaqwa. “Demi sesungguhnya! Jika engkau hulurkan tanganmu kepadaku untuk membunuhku, aku pula tidak sekali-kali akan menghulurkan tanganku kepadamu untuk membunuhmu, kerana sesungguhnya aku takut kepada Allah, Tuhan yang mentadbirkan sekalian alam;

“Sesungguhnya aku mahu supaya engkau kembali dengan (membawa) dosa (membunuhku) dan dosamu sendiri, maka dengan itu engkau menjadi ahli neraka, dan itulah balasan orang-orang yang zalim”. Maka nafsu jahat (Qabil) mendorongnya (sehingga ia tergamak) membunuh saudaranya, lalu ia membunuhnya, oleh itu dia termasuk golongan orang-orang yang rugi. Kemudian Allah hantarkan seekor burung gagak (menyuruhnya) mengorek-ngorek di bumi supaya, diperlihatkan kepada (Qabil) bagaimana cara menimbus mayat saudaranya. (Qabil) berkata : “Wahai celakanya aku! Alangkah lemah serta bodohnya aku, aku tidak tahu berbuat seperti burung gagak ini, supaya aku dapat menimbuskan mayat saudaraku?” kerana itu ia termasuk golongan orang-orang yang menyesal.” (al-Maidah : 27-31)

“Daging dan darah binatang korban atau hadiah itu tidak sekali-kali akan sampai kepada Allah, tetapi yang sampai kepadanya ialah amal yang ikhlas yang berdasarkan taqwa dari kamu. Demikianlah ia memudahkan binatang-binatang itu bagi kamu supaya kamu membesarkan Allah kerana mendapat nikmat petunjuk-Nya; dan sampaikanlah berita gembira (dengan balasan yang sebaik-baiknya) kepada orang-orang yang berusaha supaya baik amalnya” (al-Hajj : 37)

“Dan (ingatlah), ketika Nabi Ibrahim diuji oleh Tuhannya dengan beberapa kalimah (suruhan dan larangan), maka Nabi Ibrahim pun menyempurnakannya. (setelah itu) Allah berfirman : “Sesungguhnya Aku melantikmu menjadi imam (pemimpin ikutan) bagi umat manusia”. Nabi Ibrahim pun memohon dengan berkata : “(Ya Tuhanku!) Jadikanlah juga (apalah jua kiranya) dari keturunanku (pemimpin-pemimpin ikutan)”. Allah berfirman : “(Permohonanmu diterima, tetapi) janji-Ku ini tidak akan didapati oleh orang-orang yang zalim.” (al-Baqarah : 124)

“Adakah patut kamu menyangka bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum sampai kepada kamu (ujian dan cubaan) seperti yang telah berlaku kepada orang-orang yang terdahulu daripada kamu? Mereka telah ditimpa kepapaan (kemusnahan hartabenda) dan serangan penyakit, serta digoncangkan (oleh ancaman bahaya musuh), sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman yang ada bersamanya : Bilakah (datangnya) pertolongan Allah?” Ketahuilah sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat (asalkan kamu bersabar dan berpegang teguh kepada ugama Allah).” (al-Baqarah : 214)

“Wahai Tuhan kami! Sesungguhnya aku telah menempatkan sebahagian daripada zuriat keturunanku di sebuah lembah (Tanah suci Makkah) yang tidak ada tanaman padanya, di sisi rumahmu yang diharamkan mencerobohinya. Wahai Tuhan kami, (mereka ditempatkan di situ) supaya mereka mendirikan sembahyang (dan memakmurkannya dengan ibadat). Oleh itu, jadikanlah hati sebahagian dari manusia tertarik gemar kepada mereka, (supaya datang beramai-ramai ke situ), dan kurniakanlah rezeki kepada mereka dari berbagai jenis buah-buahan dan hasil tanaman, semoga mereka bersyukur.” (Ibrahim : 37).

“Maka ketika anaknya itu sampai (ke peringkat umur yang membolehkan dia) berusaha bersama-sama dengannya, Nabi Ibrahim berkata: “Wahai anak kesayanganku! Sesungguhnya aku melihat dalam mimpi bahawa aku akan menyembelihmu ; maka fikirkanlah apa pendapatmu?” Anaknya menjawab : “Wahai ayah, jalankanlah apa yang diperintahkan kepadamu; insya Allah, ayah akan mendapati daku dari orang-orang yang sabar”.

“Setelah keduanya berserah bulat-bulat (menjunjung perintah Allah itu), dan Nabi Ibrahim merebahkan anaknya dengan meletakkan iringan mukanya di atas tompok tanah, (Kami sifatkan Ibrahim – dengan kesungguhan azamnya itu telah menjalankan perintah kami). Serta Kami menyerunya: “Wahai Ibrahim! Engkau telah menyempurnakan maksud mimpi yang engkau lihat itu”. Demikianlah sebenarnya Kami membalas orang-orang yang berusaha mengerjakan kebaikan.

“Sesungguhnya perintah ini adalah satu ujian yang nyata; Dan Kami tebus anaknya itu dengan seekor binatang sembelihan yang besar; Dan Kami kekalkan baginya (nama yang harum) dalam kalangan orang-orang yang datang kemudian: “Salam sejahtera kepada Nabi Ibrahim!”. Demikianlah Kami membalas orang-orang yang berusaha mengerjakan kebaikan. Sesungguhnya Nabi Ibrahim itu dari hamba-hamba Kami yang beriman. (as-Soffat : 102-111).

ADAM ABDULLAH

Ceramah selepas solat zuhur rabu di Masjid Negeri Sabah, kali ini giliran Ustaz Haji Abu Hurairah Abdul Rahman, seorang pendakwah yang terkemuka di Sabah dan di Malaysia. Tajuk yang saya cadangkan untuk beliau sampaikan ialah berkaitan dengan sejarah Masjidil Aqsa, – iaitu masih dalam slot-slot berkaitan peristiwa besar al-Isra’ wal-Mikraj.

Selesai ceramahnya yang sangat menarik itu, beliau didekati oleh seorang lelaki yang memperkenalkan dirinya sebagai Adam Abdullah berasal dari negara Itali. Di sisinya ada seorang anak lelaki yang lincah, berumur sekitar 4-5 tahun. Mereka berbual dalam bahasa inggeris, nampaknya sangat ramah dan mesra sekali.

“Ustaz kenal saya?, katanya. Ustaz terdiam.

“6 tahun lalu, ustaz telah islamkan saya di pejabat USIA”.

“Kamu adalah muslim yang baik”, kata ustaz. Adam telah berkahwin dengan seorang wanita berasal dari Inanam dan kini menetap di Itali. Beliau pulang untuk menziarahi keluarga di sini. Ustaz mempelawanya untuk datang ke pejabatnya dan berbual panjang berkenaan perkembangan Adam semenjak pengislamannya.

Khatib : Ustaz Haji Abu Hurairah Abdul Rahman

Lokasi : Masjid Negeri Sabah

Antara perkara yang berlaku setelah kepulangan Nabi SAW dari Isra’ dan Mikraj ialah terjadinya pelbagai tuduhan terhadap baginda SAW seperti Nabi SAW berbohong tentang perjalanan isra dan mikraj. Ini kerana menurut kebiasaan bangsa Arab, pelayaran dan perjalanan antara Makkah menuju ke Palestin memakan masa berhari-hari.

Namun kepada para sahabat baginda seperti Abu Bakar As-Siddiq dan lain-lain mempercayai percakapan, perbuatan dan iktikad Nabi SAW adalah suatu kewajiban kerana baginda adalah seorang Rasul tanpa mengambil kira masa itu logik atau tidak. Sementara dunia hari ini dengan teknologi moden hakikatnya boleh menerima sesuatu pergerakan dengan lebih pantas sebagaimana kenderaan hari ini dicipta oleh manusia.

Ini menunjukkan kepada kita bahawa dalam keadaan apa pun wajib kita beriman dan meyakini kebenaran Rasul SAW walaupun barangkali ia sukar diterima akal manusia. Ini kerana Allah SWT telah mengiktiraf Rasul-Nya dengan mengundang bertemu dengan-Nya, sesuatu yang tidak berlaku keatas nabi-nabi yang lain. Allah SWT juga menujukan panggilan kepada baginda dengan gelaran Nabi dan Rasul menerusi al-Quran, tidak sebagaimana nabi yang lain dipanggil dengan nama mereka sendiri, seperti Allah berfirman ‘wahai Adam’, ‘wahai Musa’, ‘wahai Isa’.

%d bloggers like this: