Tarikh : 14 November 2014

Lokasi : Surau ar-Rahman Maahad Tahfiz al-Quran Negeri Sabah

Penceramah : Tuan Abdul Razak Mohamed, Penolong Setiausaha Pertubuhan Muslim Care Malaysia

Alhamdulillah, sahabat saya Tuan Abdul Razak dapat berziarah ke maahad untuk berkongsi pengalaman Muslim Care sebuah NGO Islam di Malaysia merantau ke seluruh dunia dalam misi kemanusiaan termasuk ke Timur Tengah. Selain di luar negara, aktivis Muslim Care juga bergerak ke pelusuk dalam negara tidak ketinggalan ke pedalaman Sabah sendiri.

Point paling penting pada pemerhatian saya ialah sikap orang Islam yang mesti peduli kepada saudara seaqidah mereka sendiri, juga kepada sesama manusia secara umum, kerana manusia yang terbaik ialah mereka yang memberi manfaat kepada orang lain. Inilah yang mesti ditanam ke dalam jiwa pelajar maahad. Terima kasih atas perkongsian yang baik..

Muslim Care @ MTQQNS  (1) Muslim Care @ MTQQNS  (2) Muslim Care @ MTQQNS  (3) Muslim Care @ MTQQNS  (4)