Semalam saya mengisi satu slot ringkas bersama anak-anak remaja di Dewan Serbaguna Flat Persekutuan KM5 Likas dalam program Khidmat Masyarakat Bersama Komuniti anjuran bersama Rukun Tetangga Kompleks Sukan Likas dan Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK).

Slot yang diamanahkan berkenaan ‘Persediaan Ke Alam Remaja’, menyentuh tentang beberapa perkara seperti usia aqil baligh, mandi hadath, istinja’, menutup aurat, mendirikan solat, doa-doa harian dan sebagainya. Terima kasih kepada penganjur yang memberikan kepercayaan saya mengisi slot berkenaan.