Category: Feqah


Sumber : http://ulamasedunia.org/2016/08/29/hukum-seorang-muslim-meruqyah-orang-bukan-islam-dan-begitu-juga-sebaliknya/

Soalan:

Apakah hukumnya seorang muslim meruqyah orang bukan Islam dan begitu juga sebaliknya?

Jawapan:

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT, selawat dan salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga baginda SAW, sahabat baginda SAW serta orang-orang yang mengikuti jejak langkah baginda SAW.

Ruqyah al-Syar’iyyah

Ibn Manzur Rahimahullah menyebutkan perkataan Ibn al’Athir Rahimahullah mengenai ruqyah yang mana membawa kepada maksud: Jampi perlindungan yang dijampi kepada orang yang sakit seperti demam dan sawan (epilepsy) dan jampi di sini bermaksud memohon perlindungan daripada Allah SWT. [LihatLisan al-‘Arab. Dar Sadir, 14/332]

Ruqyah boleh dilakukan dengan menulis kemudian menggantungkannya dan boleh juga dibacakan sesuatu daripada al-Quran, al-Mu’awwizat dan juga doa-doa yang ma’thur.

Meruqyah Non-Muslim

Tiada khilaf dikalangan para  ulama’ bahawa seorang muslim boleh meruqyah orang bukan Islam. Ini berdasarkan sebuah hadith riwayat Al-Bukhari[1] dan Muslim[2] daripada Abu Sa’id al-Khudri RA yang mana secara ringkasnya terdapat sebahagian  sahabat Nabi SAW yang keluar bermusafir lalu apabila tiba di sebuah perkampungan Arab pada waktu malam, maka mereka meminta untuk bermalam namun ditolak permintaan mereka itu. Ketua kampung telah terkena patukan ular/disengat kala jengking dan orang kampung tersebut meminta bantuan dari kumpulan sahabat Nabi SAW tersebut dengan berharap mereka mempunyai sesuatu yang dapat menyembuhkan ketua kampung mereka namun ditolak sebaliknya mereka akan membantu sekiranya diberi upah. Kemudian salah seorang dari sahabat membacakan ruqyah iaitu Surah al-Fatihah dan dengan izin Allah SWT sembuhlah ketua kampung itu.

Kisah ini diceritakan kepada Rasulullah SAW sekembalinya mereka dan Rasulullah SAW tidak mengingkarinya dan ketua kampung yang dibacakanruqyah kepadanya itu adalah dari kalangan orang yang bukan Islam.

Non-Muslim Meruqyah Orang Islam

Para ulama’ telah berkhilaf  mengenai permasalahan ini. Al-Imam al-Syafi’e membenarkannya manakala al-Imam Malik memakruhkan ahli kitab meruqyah orang Islam.

Pendapat yang membenarkan menggunakan dalil riwayat yang terdapat di dalam al-Muwatto’ yang mana menyebutkan:

أَنَّ أَبَا بَكْرٍ الصِّدِّيقَ دَخَلَ عَلَى عَائِشَةَ وَهِيَ تَشْتَكِي. وَيَهُودِيَّةٌ تَرْقِيهَا. فَقَالَ أَبُو بَكْرٍ: ارْقِيهَا بِكِتَابِ اللهِ

Maksudnya: Sesungguhnya Abu Bakr RA telah menziarahi ‘Aisyah R.Anha dan beliau dalam keadaan sakit dan seorang perempuan Yahudi sedang meruqyahnya. Maka berkata Abu Bakar RA: Ruqyahlah dia dengan kitab Allah”.Riwayat al-Imam Malik di dalam al-Muwatta’ (3472)

Seterusnya daripada al-Rabi’ bin Sulaiman Rahimahullah telah berkata: Aku telah bertanyakan kepada al-Syafi’e mengenai ruqyah maka jawab al-Syafi’e: “Tidak mengapa dengan ruqyah itu sekiranya diruqyahkan dengan al-Quran dan apa yang diketahui daripada zikir”. Kemudian  aku bertanya lagi: “Adakah ahli kitab boleh meruqyah orang Muslim?”. Jawab al-Syafi’e: “Ya, sekiranya apa yang diruqyahkan itu sesuatu yang diketahui daripada al-Quran dan zikir.”[Lihat al-Umm. Dar al-Ma’rifah, 7/241]

Ini juga disebutkan oleh al-Imam al-Nawawi di dalam kitabnya al-Majmu’ Syarh al-Muhazzab sepertimana yang disebut di dalam kitab al-Umm. [Lihat al-Majmu’. Dar al-Fikr, 9/65-66]

Kesimpulan

Berdasarkan pendapat-pendapat yang ada di dalam isu ini, kami katakan bahawa hukum meruqyah orang bukan Islam adalah harus dan begitu juga harusnya untuk orang bukan Islam meruqyah orang Islam sekiranya menggunakan al-Quran dan juga zikir-zikir yang ma’thur.

Ini sepertimana yang dinukilkan melalui al-Imam al-Syafi’e Rahimahullah melalui anak muridnya al-Rabi’ bin Sulaiman Rahimahullah dan begitu juga al-Imam al-Nawawi Rahimahullah di dalam kitabnya al-Majmu’.

Namun, perlulah dipastikan bahawa ruqyah itu sepertimana yang telah dianjurkan oleh syara’ dan tidak ada sebarang unsur penghinaan terhadap kitab Allah baik dari segi menambah maknanya ataupun menukar sebutannya. Wallahu a’lam.

Akhukum fillah,

S.S Datuk Dr. Zulkifli Bin Mohamad Al-Bakri
Mufti Wilayah Persekutuan
25 Ogos 2016 bersamaan 22 Zulkaedah 1436 H

[1] Sahih al-Bukhari. Kitab al-Ijarah. Bab Ma Yu’ta fi al-Ruqyah ‘ala Ahya’ al-‘Arab bi Fatihah al-Kitab. No. Hadith: 2276

[2] Sahih Muslim. Kitab al-Salam. Bab Jawaz ‘Akhzil Ujrah ‘ala al-Ruqyah bi al-Quran wa al-Azkar. No. Hadith: 2201.

web_-nawaitu

Tajuk : Nawaitu Shauma Ghadin

Penulis : Ustaz Muhadir Haji Joll

Penerbit : Galeri Ilmu Sdn Bhd

Harga : RM15.30

Menjawab 142 Kemusykilan berkenaan puasa, antaranya:

1. Keadaan yang tidak membatalkan puasa.

2. Berniat pada setiap malam atau berniat puasa sebulan?

3. Mengorek hidung atau telinga ketika berpuasa.

4. Puasa orang yang sakit buasir.

5. Ganti fidyah puasa dengan duit.

6. Berpuasa tetapi melakukan maksiat.

7. Menggabungkan puasa qadha dengan puasa sunat.

Sumber : Web JHEAINS

Walaupun telah diketahui umum bahawa zakat adalah salah satu rukun Islam dan merupakan ibadah, tetapi sebenarnya lebih dari itu, zakat adalah satu sistem kehartaan dan ekonomi yang menjamin keadilan sosial dan mengharmonisasikan sebuah masyarakat.

Zakat bukan saja menghalang pembekuan harta, malah menggalakkan harta kekayaan itu beredar di kalangan anggota masyarakat dalam persekitaran ekonomi yang sihat.

Fenomena orang yang berada, menyempurnakan keperluan orang yang tidak berkemampuan, saling menghormati dan berkasih sayang dikalangan anggota masyarakat tanpa mengira perbezaan darjat dan keturunan adalah manifestasi penghayatan ibadah zakat dan cerminan pengurusan dana zakat yang cekap lagi berkesan. Dalam sebuah Hadith, Rasulullah SAW telah bersabda semasa mengutus Muaz bin Jabal:

فَأَعْلِمْھُمْ اَنَّ االلهَ تَعَالَى اْفتَرَضَ عَلَیْھِمْ صَدَقَةً فِي أَمْوَالِھِمْ تُؤْخَذُ مِنْ اَغْنِیَائِھِمْ، وَتُرَدُّ إِلَى فُقَرَائِھِمْ

Maksudnya: “…Maka beritahulah oleh kamu kepada mereka bahawa Allah s.w.t telah mewajibkan dari sebahagian harta-harta mereka untuk disedekahkan (sebagai zakat), diambil dari orang kaya untuk diberikan kepada mereka yang fakir.” (HR Bukhari dan Muslim)

Menurut para Ulama Ahli Sunnah Wal Jamaah, zakat terbahagi kepada dua bahagian iaitu zakat Badaniah (fitrah) dan zakat Maliah (harta). Zakat Badaniah atau Fitrah ialah zakat diri yang difardhukan dengan kadar satu gantang Baghdad makanan asasi lagi mengenyangkan bagi penduduk sesebuah negeri bersamaan 2,700 gram mengikut timbangan metrik (bagi beras sebagai makanan asasi di Malaysia) ke atas orang-orang Islam laki-laki dan perempuan, hamba sahaya atau merdeka dengan syarat-syarat berikut:

1. Masih hidup di kala matahari terbenam di hari akhir bulan Ramadan atau meninggal dunia selepas terbenam matahari pada hari akhir bulan Ramadan;

2. Anak yang lahir sebelum matahari jatuh pada akhir bulan Ramadan dan hidup selepas terbenam matahari;

3. Mempunyai sesuatu (makanan / harta / wang) yang lebih daripada keperluannya dan orang-orang yang disarainya untuk satu hari dan satu malam (raya); dan

4. Memeluk Islam sebelum terbenam matahari pada hari akhir bulan Ramadan dan berkekalan Islamnya. Dalam sebuah Hadith riwayat Imam Muslim:

إِنَّ رَسُوْلَ االلهِ صَلَّى االلهُ عَلَیْھِ وَسَلَّمَ فَرَضَ زَكَاةَ الْفِطْرِ مِنْ رَمَضَانَ عَلَى النَّاسِ صَاعًا مِنْ شَعِیْرٍ عَلَى كُلِّ حُرٍّ أَوْ عَبْدٍ ذَكَرٍ أَوْ أُنْثَى مِنَ الْمُسْلِمِیْنَ.

Maksudnya: “Sesungguhnya Rasulullah SAW telah memfardhukan zakat fitrah pada bulan Ramadan ke atas manusia dengan mengeluarkan satu gantang Baghdad kurma atau sya’er (gandum) ke atas tiap orang merdeka atau hamba, laki-laki atau perempuan yang terdiri daripada orang Islam.” (HR Muslim)

Sumber : http://www.harakahdaily.net.my/index.php/kesatuan-fikrah/41192-umpatan-di-aplikasi-media-sosial-halal-atau-haram

Imam Muslim meriwayatkan satu hadis dalam Bab *Haram Mengumpat*

“Daripada Abi Hurairah radiyallahu anhu bahawa Rasulullah SAW bertanya; “tahukah kamu apa itu mengumpat?

Para sahabat menjawab: “Allah dan RasulNya lebih mengetahui.”

Kata baginda SAW; “iaitu kamu menyebut tentang saudaramu sesuatu yang tidak disukainya.”

Hadis sahih ini secara jelas menerangkan tentang definisi *mengumpat* iaitu *menyebut tentang seseorang di belakangnya* atau di saat ketiadaannya sesuatu yang *tidak disukainya* sama ada keburukannya atau kekurangannya, sama ada ia melibatkan jasad dirinya atau agamanya atau akhlaknya.

Mungkin ada yang berkata; saya *tidak mengumpat* kerana sememangnya keburukan dan kecacatan itu ada pada dirinya.

Sebenarnya, perkara yang sama dilontarkan oleh sahabat kepada baginda SAW: “Apa pandangan kamu sekiranya pada saudaraku terdapat apa yang saya sebutkan itu?”

Baginda SAW menjawab: “sekiranya pada dirinya terdapat apa yang kamu katakan maka kamu telah mengumpat dirinya. Dan sekiranya tidak ada pada dirinya perkara itu bererti kamu telah mereka-reka cerita tentang dirinya”.

Dunia hari ini menyaksikan ruang komunikasi antara manusia yang sangat luas tanpa batasan menerusi pelbagai aplikasi internet. Ia memudahkan manusia berkomunikasi dan berbicara menerusi tulisan hanya dengan jari jemari tanpa batasan masa dan waktu.

Tanpa sedar kita telah berbicara tentang keburukan pelbagai peribadi manusia di saat ketiadaannya lalu disambut dengan penuh rancak oleh rakan-rakan yang lain.

*Mengumpat adalah HARAM*. Ia mengaib dan merosakkan maruah serta kehormatan manusia.

Apakah aplikasi whatsapp, facebook, twitter serta komen di blog berita menjadi lesen menghalalkan umpatan?

Moga Allah pelihara iman kita dan jari jemari kita daripada maksiat kepada Allah dan dosa terhadap manusia.

Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali at-Takiri
Sabtu 14 Mei 2016 – HARAKAHDAILY 14/5/2016

Sumber : http://www.harakahdaily.net.my/index.php/kesatuan-fikrah/40701-kerana-satu-huruf-makna-berbeza

Firman Allah SWT:

فويل للمصلين. الذين هم عن صلاتهم ساهون

“Maka celakalah bagi orang-orang yang bersembahyang. Iaitu mereka yang lalai dari mengerjakan sembahyang.”

Lalai di sini bukan bermaksud lalai ketika mengerjakan solat, tetapi lalai sehingga tidak mengerjakan solat, ataupun lalai sehingga solat di luar waktunya. Ini kerana ada perbezaan diantara perkataan عن dan في. Tuhan menggunakan perkataan عن bermaksud ‘daripada’ solat. Jika في barulah bermaksud ‘dalam’ solat. Terjemahan ini perlu dibetulkan dalam tafsir. Kerana satu perkataan sahaja, makna sudah berubah.

Ada kalangan ulama salaf berkata: “Segala puji bagi Allah yang berfirman الذين هم عن صلاتهم ساهون dan tidak berfirman الذين هم في صلاتهم ساهون. Kalau dia berfirman dengan في, nescaya semua akan dikira celaka termasuk orang yang bersolat.”

Lalai dalam solat maksudnya tengah-tengah solat, teringat pada benda lain. Ingat pada kampung, bukit, laut dan macam-macam. Perkara ini tidak termasuk dalam maksud ayat.

Orang yang beriman jika lalai dalam solat dia sunud sahwi. Tertinggal rakaat, syak rakaat, lupa rukun dia terus perbetulkan kemudian sujud sahwi. Ini tak jadi masalah, bahkan diberi pahala pula untuk sujud sahwi tersebut.

Teringat sesuatu yang lain dalam solat ini biasa bagi manusia. Tengah solat ingat lembu tengah padang, kerbau di baruh dan sebagainya. Kalau ingat perkara yang baik tak menjadi salah.

Pernah Nabi SAW sejurus selepas solat, terus dia bergegas lari masuk ke rumahnya. Tak sempat wirid atau apa-apa, terus langkah sahabat-sahabat yang solat bersamanya. Kenudian dia datang kembali dan berkata;

“Hal tadi kerana aku teringat semasa solat, ada barang di rumahku yang aku terlupa nak beri kepada seseorang. Takut lupa, aku pergi serta merta.”

Nabi pun begitu. Kalau ada orang yang kata dia khusyuk sampai tak ingat apa-apa langsung, lebih pada Nabi pula. Bohong semua itu.

Tuhan memang jadikan hati manusia ini melayang-layang sentiasa. Kalau teringat perkara lain, segera tumpu balik kepada solat. Kita kena sedar dalam solat ada mujahadah. Begitulah hati manusia. Diberi pahala dengan setiap mujahadah melawan gangguan khusyuk.

Yang tabie nya tak ingat pada benda lain hanyalah malaikat. Ini disebut. Nabi Ayub AS sendiri, setelah disembuhkan dari penyakit, dia diperintahkan mandi. Ketika mandi, tuhan uji datang seekor belalang emas.

Melihat belalang emas, dia terus mengejar belalang tersebut sampai tak sedar sedang bertelanjang. Tuhan tegur, “wahai Ayub. Kenapa sampai tak ingat kepada pakaian ni..” Jawab Nabi Ayub, “Kerana aku bersyukur atas nikmat-Mu Ya Allah.” Sempat lagi dia menjawab. – HARAKAHDAILY 7/4/2016

Petikan kuliah Jumaat Datuk Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang di Masjid Rusila pada 16 Jamadil Akhir 1437 bersamaan 25 Mac 2016 ini disusun oleh Alang Ibn Shukrimun.

Tarikh : 8 Januari 2016

Lokasi : Masjid ar-Ridwan Hulu Kelang

Penceramah : Sheikh Nuruddin Marbu al-Banjari al-Makki

 

Sumber : http://jomfaham.blogspot.my/2016/02/bidah-hasanah-yang-dilakukan-oleh-ahli.html

Bid’ah saat ini menjadi sebuah bahasa yang menyeramkan kerana sebahagian kelompok menilainya sebagai kesesatan, seluruhnya tanpa terkecuali. Bagi mereka, setiap amalan dalam agama yang tidak dilakukan oleh Nabi, atau menentukan waktu ibadah dengan cara-cara tertentu adalah bid’ah yang sesat dan pelakunya akan masuk neraka.

Namun pernahkah terlintas dalam fikiran bahawa para ahli hadis yang meriwayatkan hadis tentang bid’ah, ternyata juga melakukan bid’ah. Apakah ahli hadis itu melakukan bid’ahnya tanpa sedar? Tidak tahukah kalau semua bid’ah adalah sesat?

Kalaulah mereka mengaku bahawa semua bid’ah sesat, sementara para ahli hadis melakukan perbuatan bid’ah, seperti Imam Bukhari yang solat saat setiap menulis hadisnya di dalam kitab Sahih (padahal tidak ada perintah dari Nabi dan Imam Bukhari menentukan sendiri tidak berdasarkan tuntunan Syar’i), lalu mengapa sampai saat ini mereka sering memakai hadis-hadis riwayat Imam Bukhari, riwayat Imam Ahmad, Imam Malik dan sebagainya?

Jika para ahli hadis banyak yang melakukan bid’ah, bererti ada kesalahan dalam memahami semua bid’ah sesat. Sebab diakui atau tidak, para ahli hadis lebih mengetahui makna bid’ah yang mereka riwayatkan dalam hadis-hadisnya, bahwa ‘Tidak semua bid’ah sesat’.

Contohnya adalah beberapa penentuan waktu solat yang dilakukan oleh ulama Ahli Hadis, mulai yang melakukan ratusan rakaat dalam sehari, hingga yang solat sampai ribuan rakaat setiap hari :

1. Imam al-Bukhari (15126 rakaat)

وقال الفربري قال لي البخاري: ما وضعت في كتابي الصحيح حديثاً إلا اغتسلت قبل ذلك وصليت ركعتين
(طبقات الحفاظ – ج 1 / ص 48 وسير أعلام النبلاء 12 / 402 وطبقات الحنابلة 1 / 274، وتاريخ بغداد 2 / 9، وتهذيب الاسماء واللغات 1 / 74 ووفيات الاعيان 4 / 190، وتهذيب الكمال 1169، وطبقات السبكي 2 / 220، ومقدمة الفتح 490 وتهذيب التهذيب 9 / 42)

“al-Farbari berkata bahwa al-Bukhari berkata: Saya tidak meletakkan 1 hadis pun dalam kitab Sahih saya, kecuali saya mandi terlebih dahulu dan saya salat 2 rakaat”
(Diriwayatkan oleh banyak ahli hadis, diantaranya dalam Thabaqat al-Huffadz, al-Hafidz as-Suyuthi,1/48, Siyar A’lam an-Nubala’, al-Hafidz adz-Dzahabi 12/402, Thabaqat al-Hanabilah, 1/274, Tarikh Baghdad 2/9, Tahdzib al-Asma, Imam an-Nawawi, 1/74, Wafayat al-A’yan 4/190, Tahdzib al-Kamal, al-Hafidz al-Mizzi 1169, Thabaqat as-Subki 2/220, dan al-Hafidz Ibnu Hajar dalam Muqaddimah al-Fath 490 dan at-Tahdzib 9/42)

Sedangkan hadis yang tertera dalam Sahih al-Bukhari berjumlah 7563 hadis. Maka solat yang beliau lakukan juga sesuai jumlah hadis tersebut atau 15126 (lima belas ribu seratus dua puluh enam) rakaat.

وروينا عن عبد القدوس بن همام، قال: سمعت عدة من المشايخ يقولون: حول البخارى تراجم جامعه بين قبر النبى – صلى الله عليه وسلم – ومنبره، وكان يصلى لكل ترجمة ركعتين (تهذيب الأسماء – (1 / 101)

“Kami meriwayatkan dari Abdul Quddus bin Hammam, bahwa ia mendengar dari para guru yang berkata seputar al-Bukhari ketika menulis bab-bab salam kitab Sahihnya diantara makam Nabi dan mimbarnya, dan al-Bukhari salat 2 rakaat dalam tiap-tiap bab” (Tahdzib al-Asma’, an-Nawawi, 1/101)

2. Imam Malik bin Anas (800 rakaat)

حدثنا أبو مصعب و أحمد بن إسماعيل قالا مكث مالك بن أنس ستين سنة يصوم يوماً ويفطر يوماً وكان يصلي في كل يوم ثمانمائة ركعة (طبقات الحنابلة 1 / 61)

“Abu Mush’ab dan Ahmad bin Ismail berkata: Malik bin Anas berpuasa sehari dan berbuka sehari selama 60 tahun dan ia salat setiap hari 800 rakaat” (Thabaqat al-Hanabilah, Ibnu Abi Ya’la, 1/61)

3. Imam Ahmad Bin Hanbal (300 rakaat)

– قال ابو يحي وسمعت بدر بن مجاهد يقول سمعت أحمد بن الليث يقول سمعت أحمد بن حنبل يقول إنى لأدعو الله للشافعى فى صلاتى منذ أربعين سنة يقول اللهم اغفر لى ولوالدى ولمحمد بن إدريس الشافعى (طبقات الشافعية الكبرى للسبكي ج 3 / ص 194 ومناقب الشافعي للبيهقي 2-254)

“Sungguh saya berdoa kepada Allah untuk Syafii dalam salat saya sejak 40 tahun. Doanya: Ya Allah ampuni saya, kedua orang tua saya dan Muhammad bin Idris asy-Sfafii” (Thabaqat al-Syafiiyah al-Kubra, as-Subki, 3/194 dan Manaqib asy-Syafii, al-Baihaqi, 2/254)

– قال عبد الله بن أحمد: كان أبي يصلي في كل يوم وليلة ثلاث مئة ركعة. فلما مرض من تلك الأسواط أضعفته، فكان يصلي في كل يوم وليلة مئة وخمسين ركعة، وقد كان قرب من الثمانين (مختصر تاريخ دمشق لابن رجب الحنبلي ج 1 / ص 399)

“Abdullah bin Ahmad berkata: Bapak saya (Ahmad bin Hanbal) melakukan salat dalam sehari semalam sebanyak 300 rakaat. Ketika beliau sakit liver, maka kondisinya melemah, beliau salat dalam sehari semalam sebanyak 150 rakaat, dan usianya mendekati 80 tahun” (Mukhtashar Tarikh Dimasyqa, Ibnu Rajab al-Hanbali, 1/399)

جعفر بن محمد بن معبد المؤدب قال: رأيت أحمد بن حنبل يصلي بعد الجمعة ست ركعات ويفصل في كل ركعتين (طبقات الحنابلة 1 / 123)

“Jakfar bin Muhammad bin Ma’bad berkata: Saya melihat Ahmad bin Hanbal salat 6 rakaat setelah Jumat, masing-masing 2 rakaat” (Thabaqat al-Hanabilah, Ibnu Abi Ya’la, 1/123)

4. Imam Basyar bin Mufadlal (400 rakaat)

بشر بن المفضل بن لاحق البصري الرقاشي أبو إسماعيل. قال أحمد: إليه المنتهى في التثبت بالبصرة وكان يصلى كل يوم أربعمائة ركعة ويصوم يوماً ويفطر يوماً وكان ثقة كثير الحديث مات سنة ست وثمانين ومائة (طبقات الحفاظ 1 / 24)

“Imam Ahmad berkata tentang Basyar bin Mufadzal al-Raqqasyi: Kepadanyalah puncak kesahihan di Bashrah. Ia salat setiap hari sebanyak 400 rakaat, ia puasa sehari dan berbuka sehari. Ia terpercaya dan memiliki banyak hadis, wafat 180 H” (Thabaqat al-Huffadz, al-Hafidz as-Suyuthi,1/24)

5. Cucu Sayidina Ali (1000 rakaat)

ذو الثفنات علي بن الحسين بن علي بن أبي طالب زين العابدين سمي بذلك لأنه كان يصلى كل يوم ألف ركعة فصار في ركبتيه مثل ثفنات البعير (تهذيب الكمال – 35 / 41)

“Ali bin Husain bin Ali bin Abi Thalib, hiasan ahli ibadah, disebut demikian karena ia salat dalam sehari sebanyak 1000 rakaat, sehingga di lututnya terdapat benjolan seperti unta” (Tahdzib al-Asma’, al-Hafidz al-Mizzi, 35/41)

وقال مالك بلغني أنه (علي بن الحسين بن علي بن أبي طالب) كان يصلي في اليوم والليلة ألف ركعة إلى أن مات (تذكرة الحفاظ للذهبي 1 / 60)

“Malik berkata: Telah sampai kepada saya bahwa Ali bin Husain salat dalam sehari semalam 1000 rakaat sampai wafat” (Tadzkirah al-Huffadz, al-Hafidz adz-Dahabi, 1/60)

6. Maimun bin Mahran (17000 rakaat)

ويروى ان ميمون بن مهران صلى في سبعة عشر يوما سبعة عشر الف ركعة (تذكرة الحفاظ 1 / 99)

“Diriwayatkan bahwa Maimun bin Mahran salat dalam 17 hari sebanyak 17000 rakaat” (Tadzkirah al-Huffadz, al-Hafidz adz-Dahabi, 1/99)

7. Basyar bin Manshur (500 rakaat)

قال ابن مهدى ما رأيت أحدا أخوف لله منه وكان يصلي كل يوم خمسمائة ركعة وكان ورده ثلث القرآن (تهذيب التهذيب 1 / 403)

“Ibnu Mahdi berkata: Saya tidak melihat seseorang yang paling takut kepada Allah selain Basyar bin Manshur. Ia salat dalam sehari 500 rakaat, wiridannya adalah 1/3 al-Quran” (Tahdzib at-Tahdzib, al-Hafidz Ibnu Hajar, 1/403)

8. al-Harits bin Yazid (600 rakaat)

الحارث بن يزيد قال احمد ثقة من الثقات وقال العجلي والنسائي ثقة وقال الليث كان يصلي كل يوم ستمائة ركعة (تهذيب التهذيب 2 / 142)

“Ahmad berkata: Terpercaya diantara orang-orang terpercaya. Laits berkata: al-Harits salat dalam sehari 600 rakaat” (Tahdzib at-Tahdzib, al-Hafidz Ibnu Hajar, 2/142)

9. Ibnu Qudamah (100 rakaat)

ولا يسمع ذكر صلاة إلا صلاها، ولا يسمع حديثاً إلا عمل به. وكان يصلَّي بالناس في نصف شعبان مائة ركعة، وهو شيخ كبير (ذيل طبقات الحنابلة ابن رجب 1 / 203)

“Ibnu Qudamah tidak mendengar tentang salat kecuali ia lakukan. Ia tidak mendengar 1 hadis kecuali ia amalkan. Ia salat bersama dengan orang lain di malam Nishfu Sya’ban 100 rakaat, padahal ia sudah tua” (Dzail Thabaqat al-Hanabilah, Ibnu Rajab al-Hanbali, 1/203)

وكان يصلِّي بين المغرب والعشاء أربع ركعات، يقرأ فيهن السَّجدة، ويس، وتبارك والدخان. ويصلَّي كل ليلة جمعة بين العشاءين صلاة التسبيح ويطيلها، ويصلَّي يوم الجمعة ركعتين بمائة ” قل هو الله أحد ” الإخلاص، وكان يصلي في كل يوم وليلة اثنتين وسبعين ركعة نافلة، وله أوراد كثيرة. وكارْ يزور القبور كل جمعة بعد العصر (ذيل طبقات الحنابلة – 1 / 204)

“Ibnu Qudamah salat antara Maghrib dan Isya’ sebanyak 4 rakaat, dengan membaca surat Sajdah, Yasin Tabaraka dan ad-Dukhan. Beliau salat Tasbih setiap malam Jumat antara Maghrib dan Isya’ dan memanjangkannya. Di hari Jumat ia salat 2 rakaat dengan membaca al-Ikhlas 100 kali. ia salat sunah sehari semalam sebanyak 72 rakaat. ia memiliki banyak wiridan. Ia melakukan ziarah kubur setiap Jumat setelah Ashar” (Dzail Thabaqat al-Hanabilah, Ibnu Rajab al-Hanbali, 1/204)

10. Umair bin Hani’ (1000 sujud)

كان عمير بن هانئ يصلي كل يوم الف سجدة ويسبح مائة الف تسبيحة (تهذيب التهذيب 8 / 134)

“Umair bin Hani’ salat dalam sehari sebanyak 1000 sujud dan membaca tasbih sebanyak 100.000” (Tahdzib at-Tahdzib, al-Hafidz Ibnu Hajar, 8/134)

11. Murrah bin Syarahil (600 rakaat)

قلت: هو قول ابن حبان في الثقات زاد وكان يصلي كل يوم ستمائة ركعة وقال العجلي تابعي ثقة وكان يصلي في اليوم والليلة خمسمائة ركعة (تهذيب التهذيب 10 / 80)

“Ibnu Hibban menambahkan bahwa Marrah bin Syarahil salat dalam sehari 600 rakaat. al-Ajali berkata, ia tabii yang tsiqah, ia salat dalam sehari 500 rakaat” (Tahdzib at-Tahdzib, al-Hafidz Ibnu Hajar, 10/80)

12. Abdul Ghani (300 rakaat)

وسمعت يوسف بن خليل بحلب يقول عن عبد الغني: كان ثقة، ثبتاً، ديناً مأموناً، حسن التصنيف، دائم الصيام، كثير الإيثار. كان يصلي كل يوم وليلة ثلاثمائة ركعة (ذيل طبقات الحنابلة 1 / 185)

“Abdul Ghani, ia terpercaya, kokoh, ahli agama  yang dipercayai, banyak karangannya, selalu puasa, selalu mendahulukan ibadah. Ia salat dalam sehari semalam 300 rakaat” (Dzail Thabaqat al-Hanabilah, Ibnu Rajab al-Hanbali, 1/185)

13. Abu Ishaq asy-Syairazi (Tiap bab dalam kitab)

وقال أبو بكر بن الخاضبة سمعت بعض أصحاب أبي إسحاق ببغداد يقول كان الشيخ يصلي ركعتين عند فراغ كل فصل من المهذب (طبقات الشافعية الكبرى 4 / 217)

“Abu Bakar abin Khadhibah berkata: Saya mendengar dari sebagian santri Abu Ishaq di Baghdad bahwa Syaikh (Abu Ishaq) salat 2 rakaat setiap selesai menulis setiap Fasal dalam Muhadzab” (Thabaqat asy-Syafiiyat al-Kubra, as-Subki, 4/217)

14. Qadli Abu Yusuf (200 rakaat)

وقال ابن سماعة كان أبو يوسف يصلي بعد ما ولي القضاء في كل يوم مائتي ركعة (تذكرة الحفاظ للذهبي 1 / 214)

“Ibnu Sama’ah berkata: Setelah Abu Yusuf menjadi Qadli, ia salat dalam sehari sebanyak 200 rakaat” (Tadzkirah al-Huffadz, al-Hafidz adz-Dzahabi, 1/214)

15. Ali bin Abdillah (1000 rakaat)

وقال أبو سنان: كان على بن عبد الله يصلى كل يوم ألف ركعة (تهذيب الأسماء 1 / 492)

“Abu Sanan berkata: Ali bin Abdillah salat dalam sehari 1000 rakaat” (Tahdzib al-Asma’, an-Nawawi, 1/492)

16. al-Hafidz ar-Raqqasyi (400 rakaat)

الرقاشي الإمام الثبت الحافظ أبو عبد الله محمد بن عبد الله بن محمد بن عبد الملك البصري: أبو حاتم وقال: ثقة رضا وقال العجلي: ثقة من عباد الله الصالحين وقال يعقوب السدوسي: ثقة ثبت قال العجلي: يقال: إنه كان يصلي في اليوم والليلة أربعمائة ركعة (تذكرة الحفاظ للذهبي – 2 / 37)

“ar-Raqqasyi, terpercaya, ia salat dalam sehari semalam 400 rakaat” (Tadzkirah al-Huffadz, al-Hafidz adz-Dzahabi, 2/73)

17. Abu Qilabah (400 rakaat)

وقال أحمد بن كامل القاضي: حكي أن أبا قلابة كان يصلي في اليوم والليلة أربعمائة ركعة (تذكرة الحفاظ للذهبي 2 / 120)

“Qadli Ahmad bin Kamil berkata: Diceritakan bahwa Abu Qilabah salat dalam sehari semalam sebanyak 400 rakaat” (Tadzkirah al-Huffadz, al-Hafidz adz-Dzahabi, 2/120)

18. Cucu Abdullah bin Zubair (1000 rakaat)

مصعب بن ثابت بن عبد الله بن الزبير وكان مصعب يصلي في اليوم والليلة ألف ركعة ويصوم الدهر (صفة الصفوة 2 / 197- والإصابة في تمييز الصحابة 2 / 326)

“Mush’ab bin Tsabit bin Abdillah bin Zubair, ia salat dala sehari semalam 1000 rakaat” (Shifat ash-Shafwah, Ibnu Jauzi, 2/197 dan al-Ishabah, al-Hafidz Ibnu Hajar, 2/326)

19. Malik Bin Dinar (1000 rakaat)

وروى بن أبي الدنيا من طرق انه كان فرض على نفسه كل يوم ألف ركعة (الإصابة في تمييز الصحابة 5 / 77)

“Ibnu Abi Dunya meriwayatkan dari beberapa jalur bahwa Malik bin Dinar mewajibkan pada dirinya sendiri untuk salat 1000 rakaat dalam setiap hari” (al-Ishabah, al-Hafidz Ibnu Hajar, 5/77)

20. Bilal Bin Sa’d (1000 rakaat)

وقال الاوزاعي كان بلال بن سعد من العبادة على شئ لم يسمع باحد من الامة قوى عليه كان له في كل يوم وليلة الف ركعة (تهذيب التهذيب 1 / 441)

“Auzai berkata: dalam masalah ibadah tidak didengar 1 orang yang lebih kuat daripada Bilal bin Sa’d, ia salat 1000 rakaat setiap hari” (Tahdzib al-Asma’, an-Nawawi, 1/441)

Sumber  : http://www.scc-kepri.com/2016/01/ketika-ahli-hadis-melakukan-bidah.html

Tarikh : 29 Januari 2016

Lokasi : Surau ar-Rahman, MTQQNS

Kuliah maghrib setiap jumaat malam sabtu, walaupun tidak setiap minggu kerana bermacam sebab dan halangan, kali ini adalah kuliah maghrib terakhir. Tajuk yang terakhir ini membincangkan tentang munakahat (kekeluargaan) Islam, merujuk buku Indahnya Hidup Bersyariat.

Walaupun masih banyak lagi tajuk di dalam buku ini, saya mengambil sikap untuk memberhentikan kuliah di sini setakat ini sahaja. Saya juga ada kuliah bulanan atau kadang-kadang dwi bulanan di Masjid Nurul Hidayah Pekan Bongawan pada maghrib malam yang sama.

Terima kasih kepada para penyumbang buku Indahnya Hidup Bersyariat, yang saya kira mungkin sudah mencapai 100 buah buku, juga penyumbang rehal dan meja kuliah surau, kesemuanya hasil sumbangan umat Islam ke maahad ini. Mudah-mudahan menjadi pahala yang mengalir kepada semua penyumbangnya sehingga ke hari kiamat.

Terima kasih kepada semua warga maahad yang setia menghadiri kuliah ini sejak 4 tahun lalu sehingga ia berakhir pada tarikh ini.

IMG-20160129-WA0152 IMG-20160129-WA0153 IMG-20160129-WA0154 IMG-20160129-WA0155

Tarikh : 23 Januari 2016

Lokasi : Masjid Kg Kuala Mengalong

IMG-20160124-WA0136 IMG-20160124-WA0137 IMG-20160124-WA0138 IMG-20160124-WA0139 IMG-20160124-WA0141

Tarikh : 15 November 2015

Lokasi : Masjid Rusila Terengganu

Pengkuliah : Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang

%d bloggers like this: