Sebenarnya kawasan pantainya cantik, pemandangannya indah, pokoknya redup, ada pondok-pondok, ada kawasan letak kereta dan ketika itu tadi sedang ada beberapa pengunjung yang berkelah, mandi manda dan memancing.

Cuma kawasan ini seperti tidak terurus, banyak sampah, rumput mulai panjang dan ada pagarnya yang sudah rebah. Daerah Kuala Penyu mempunyai aset jajaran pantai yang panjang dan indah yang boleh dimanfaatkan untuk pelbagai aktiviti. Sayang sekali jika ia tidak dipelihara sebaiknya.

Advertisements