Sumber : http://ulamasedunia.org/2016/11/10/usah-terpedaya-strategi-dan-slogan-liberalis/

Pilihanraya Presiden Amerika Syarikat 2016 telah menentukan kemenangan berpihak kepada Donald Trump sekaligus menobatkan Presiden Amerika Tertua dalam sejarah Amerika.

Trump yang mewakili Parti Republican turut memenangi sebahagian besar dalam keanggotaan senat Amerika. Kemenangan ini menunjukkan kemenangan besar berpihak kepada Trump yang bertentangan dengan jangkaan media-media utama Amerika yang menjangkakan kemenangan berpihak kepada Hillary Clinton.

Pilihanraya Presiden 2016 ini menyaksikan media sangat cenderung memberi gambaran buruk terhadap Trump yang digambarkan sangat rasis dan anti-agama. Trumph diperlihatkan sangat tradisionalis dan konservatif kerana bertentangan idea-idea liberalisme terutamanya dalam isu LGBT dan pengguguran anak. Beliau juga diperlihatkan anti-wanita dan perogol yang paling dikehendaki.

Malah, Trump digambarkan media sebagai bercanggah dari tokoh-tokoh politik terdahulu di kalangan Republican terutamanya George Bush dan George W. Bush. Begitu juga, jeneral-jeneral tentera, penjawat-penjawat awam dan bekas-bekas tentera dilihat tidak sebulu dengan Trump.

Semuanya adalah permainan media. Namun, permainan ini dapat dipatahkan dengan bantuan media alternatif yang sangat memberi kesan iaitu Wikileaks. Ramai orang sudah muak dengan pemberitaan media. Wikileaks menjadi sumber alternatif yang sangat berperanan dalam pilihanraya presiden.

Antara bukti-bukti Wikileaks ketengahkan adalah:

1. Dana Amerika kepada gerakan terrorisme antarabangsa.

2. Hillary terlibat berbincang dan memberi sokongan terhadap terroris termasuk Ikhwan Muslimin.

3. Skandal Hillary Clinton dengan pegawainya. Sikap Hillary tak jauh dari suaminya Bill Clinton yang mempunyai skandal seks.

4. Hillary Clinton terlibat dengan kongsi gelap dan perniagaan haram terutamanya pemerdagangan manusia.

5. Ketirisan kewangan Hillary Clinton dapat dibuktikan. Clinton dianggap menggelapkan duit rakyat.

6. Penyalahgunaan jabatan dan institusi-instusi kerajaan dalam pilihanraya presiden.

7. Penipuan Hillary dalam memberi dana kerajaan kepada pusat-pusat kajian persepsi pilihanraya. Keyakinan Trump dengan maklumat ini menghambat penyokong Trump berkerja keras tanpa mengambil peduli laporan-laporan kajian persepsi.

8. Wikileaks juga mendedahkan penipuan Hillary Clinton dalam tiga acara debat calon presiden. Wikileaks juga mendedahkan bahawa Hillary Clinton telah dimaklumkan soalan-soalan yang bakal dikemukakan dalam debat.

Dengan kesedaran bukti-bukti dari Wikileaks ini, para penyokong Parti Republican tidak putus memberi sokongan sehingga mereka sangat yakin dengan kemenangan calon mereka dalam pilihanraya ini. Malah, seminggu sebelum pilihanraya, Parti Demokrat sudah tahu bahawa Hillary Clinton bakal kalah.

Banyak bukti dapat diketengahkan kesedaran Parti Demokrat terhadap kekalahan Clinton. Bukti paling besar besar adalah kesedaran perhimpunan Republican adalah sangat besar berbanding perhimpunan Demokrat. Oleh demikian, media mula memainkan jarum dengan mendakwa perhimpunan demokrat yang tidak ramai adalah disebabkan tokoh-tokoh yang menyokong Clinton terlalu ramai.

Bukti kedua, Parti Demokrat terdesak menerbitkan gambar bogel isteri Trump yang bakal menjadi wanita pertama negara sebanyak empat (4) muka surat penuh dalam New York Post pada hari Ahad lepas. Strategi ini menampakkan strategi terdesak Demokrat membunuh karekter Trumph.

Bukti ketiga, Presiden Obama terpaksa menjadi fighter a.k.a penggempur yang masuk di tengah-tengah perhimpunan Republican dan terus berdebat. Barrack Obama semacam tidak yakin dengan sokongan yang sedia ada. Beliau terpaksa terjah ke kawasan Republican untuk memacing undi di kalangan Republican.

Kesemua ini menjadi iktibar dan petunjuk cara paling ampuh menghadapi golongan Liberalis Demokrat yang sangat bergantung kepada media dengan memanipulasi persepsi. Caranya adalah dengan tidak mempedulikan tohmahan dan slogan mereka. Hendaklah menumpukan kepada gerak kerja dan hujah sehingga kemenangan tercapai. Kerja keras dan percaya dengan pengangan dan prinsip parti tanpa larut dalam permainan media dan permainan persepsi.

Dr. Muhammad Atiullah bin Othman
Akademi al-Ghazali

Advertisements