Archive for 15 November 2016


 

Sumber : http://ulamasedunia.org/2016/11/10/risalah-berbilang-jamaah-dato-seri-tuan-guru-haji-abdul-hadi-awang/

Persoalan tentang berbilang-bilangnya jemaah (taaddud jamaah) suatu ketika dahulu agak hangat diperbahaskan di bumi Mesir. Maka, suka untuk saya memetik daripada sebuah buku karangan Dato’ Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang pada tahun 1993 lagi yang bertajuk Tafsir Surah As-Saff. Artikel ini bukanlah berniat untuk mengeruhkan keadaan, sebaliknya menjelaskan penyelesaian.

[1] Alasan Menubuhkan Jemaah Baru

Terdapat di dunia ini bermacam-macam jemaah yang menamakan jemaah mereka sebagai gerakan Islam. Ia tertubuh walaupun gerakan Islam sudah sedia ada. Matlamat dan tujuannya sama sahaja. Maka akan terbentuklah jemaah yang berbilang-bilang. Selain itu, ia tertubuh disebabkan beberapa faktor, antaranya ialah;

– Gerakan Islam yang sedia ada didakwa telah kehabisan matlamat dan tujuannya sedangkan matlamat dan cita-cita untuk menegakkan Islam belum kesampaian. Maka, hasilnya ramai yang berjuang separuh jalan, kemudian mencari perjuangan lain, kerana bosan dengan gerakan yang sedia ada, tidak istiqamah dengan perjuangan tersebut.

– Gerakan Islam yang telah wujud didakwa tidak lengkap dan tidak menyeluruh, maka mereka menubuhkan jemaah lain, semata-mata untuk mempamerkan manhaj yang lengkap. Sedangkan mereka sepatutnya berusaha untuk melengkapkan gerakan yang sedia ada.

– Gerakan Islam yang sedia ada didakwa mempunyai kekeliruan. Maka, dengan mewujudkan jemaah lain akan menyelamatkan mereka daripada sebarang tuduhan dan kekeliruan tersebut. Mereka tidak yakin dengan perjuangan asal, lalu mereka menubuhkan jemaah baru kononnya mereka lebih yakini dengannya.

– Gerakan yang sedia ada didakwa telah banyak melakukan kesilapan, maka mereka menubuhkan jemaah baru kononnya untuk melepaskan diri daripada kesilapan tersebut. Walhal penubuhan jemaah baru itulah sebenarnya kesilapan dan mereka tergesa-gesa menghukum.

[2] Persoalan

Di atas ini adalah antara alasan untuk menubuhkan jemaah baru, sedangkan gerakan yang sedia ada sudah tertubuh. Maka, persoalan yang dilontarkan di sini ialah;

– Adakah pertubuhan baru tersebut telah mencapai matlamatnya?

– Adakah pertubuhan baru ini berjaya melepaskan diri daripada sebarang tuduhan dan kecaman?

– Adakah pertubuhan baru ini dapat melaksanakan dakwah dengan selesa setelah keluar daripada gerakan Islam asal yang penuh dengan dugaan?

– Adakah pertubuhan baru ini benar-benar lengkap sepertimana yang diharapkan setelah keluar daripada gerakan asal? Alasan-alasan untuk menubuhkan jemaah baru adalah penyebab hancurnya sistem berjemaah sepertimana yang telah disebutkan di dalam Surah As-Saff, ayat 4;

إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الَّذِينَ يُقَاتِلُونَ فِي سَبِيلِهِ صَفًّا كَأَنَّهُم بُنْيَانٌ مَّرْصُوصٌ

“Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berperang untuk membela agama-Nya, dalam barisan yang teratur rapi, seolah-olah mereka sebuah bangunan yang tersusun kukuh.”

[3] Realiti Penubuhan Jemaah Baru

Penubuhan jemaah baru ini, pastinya tidak dapat berhadapan dengan realiti kerana beberapa perkara berikut:-

– Mereka menyangka kesalahan, tuduhan dan kecaman tidak akan mereka terima dengan tertubuhnya jemaah baru, sedangkan mereka lebih banyak menerimanya setelah penubuhan jemaah baru. Bahkan mereka tidak sedar, apa yang mereka tentang itu adalah Islam sendiri.

– Kesalahan yang mereka lihat pada Gerakan Islam yang sedia ada, lalu mereka menubuhkan jemaah lain, hakikatnya kesalahan tersebut terpalit kepada mereka pula. Bahkan mencetuskan perpecahan sesama umat Islam.

– Hasilnya, jemaah baru ini hanya mengulangi apa yang telah dilakukan oleh Gerakan Islam yang sedia ada, dan mereka baru sahaja memulakan langkah itu, sedangkan Gerakan Islam yang sedia ada sudah lama maju ke hadapan.

– Selain itu, pertubuhan-pertubuhan yang baru ini seolah-olah memberi gambaran buruk kepada masyarakat, meragui kemampuan Islam dalam menyelesaikan masalah ummah. Mereka melihat Islam mengajak kepada kesatuan, tetapi apabila melihat jemaah yang berbilang, mereka akan hilang kepercayaan terhadap Islam dalam menyatukan ummah.

[4] Anologi Penubuhan Jemaah Baru

Contoh yang paling sesuai, apabila seorang doktor melihat klinik sahabatnya kekurangan tenaga pakar, peralatan dan kelengkapan, lalu doktor ini menubuhkan pula klinik baru di kawasan yang sama, dengan harapan kliniknya dapat menyediakan perkhidmatan yang lengkap, dan cukup dengan tenaga pakar.

Akhirnya doktor ini telah menyebabkan klinik milik sahabatnya itu akan terus dengan kekurangannya, dan klinik miliknya juga akan mengalami masalah yang sama. Bayangkan sekiranya doktor-doktor lain juga berfikiran yang sama sepertinya. Maka, semua klinik akan mengalami kekurangan tenaga pakar, disebabkan bilangan klinik melebihi bilangan tenaga pakar.

Maka, jalan yang sepatutnya ialah, doktor tadi perlu bergabung dengan sahabatnya untuk memperbaiki dan meningkatkan tahap kliniknya, sehinggalah kliniknya benar-benar pulih, barulah dia merancang untuk membuka cawangan sekiranya perlu, dan mempunyai kelengkapan yang cukup. Telah kita sebutkan bahawa kita adalah penyambung perjuangan Nabi-nabi, dan kita bukanlah pencipta perjuangan yang baru. Kita perlu menggabungkan diri dengan perjuangan-perjuangan yang telah dilalui oleh mereka.

*[5] Memperbetulkan Keadaan*

Untuk memperbetulkan sistem yang telah rosak disebabkan berbilangnya jemaah, maka perlunya kepada salah satu daripada dua penyelesaian ini, termasuklah;

– Jemaah yang tertubuh atas dasar tidak puas hati, benci, kritikan, tuduhan atau sebagainya yang telah disebut sebelum ini, haruslah kembali kepada jemaah yang asal, dan sama-sama memperbetulkan kesilapan masing-masing untuk menghidupkan dan membina jemaah tersebut.

– Atau menjalinkan kerjasama dengan membuat penetapan atau persetujuan. Antara perkara-perkara yang perlu diperhatikan dalam membuat kerjasama ini ialah:

Setiap jemaah boleh mengekalkan undang-undang tubuh masing-masing secara berasingan, tetapi perlu bersedia mengubah cara bekerja dari semasa ke semasa.

Setiap jemaah hendaklah bertanggungjawab dalam memastikan anggotanya sentiasa tunduk dan patuh kepada pimpinan umum.

Setiap anggota jemaah hendaklah memberikan wala’ kepada pimpinan umum selagi mana ia bertindak mengikut peraturan dan etika yang telah dipersetujui.

Setiap anggota daripada setiap jemaah hendaklah tidak boleh sama sekali memberi bantuan, sokongan atau kerjasama kepada mana-mana pihak yang menjadi musuh pakatan ini.

Setiap jemaah haruslah tidak menyerang satu sama lain, malah hendaklah sama-sama mempertahankan jemaah yang disepakatinya ketika menghadapi serangan.

Bidang kerja setiap jemaah dan anggota hendaklah diselaras dengan baik.

Untuk menyelaraskan pentadbiran dan pengurusan pakatan ini, hendaklah diwujudkan jemaah kepimpinan mengikut persetujuan bersama. Sekiranya ia terlaksana Islam pasti akan kembali bersatu.

Semoga usaha ini dapat dilakukan bagi menyelesaikan konflik berbilang jemaah. Maka, lihatlah firman Allah SWT di dalam ayat 04, Surah As-Saff ini, Allah menyuruh umat Islam supaya bersistem dan berjemaah. Maka, kembalilah kepada sistem ini, dan gabungkanlah diri anda dengan gerakan Islam. Elakkanlah perbalahan dan perpecahan yang terhasil disebabkan berbilangnya jemaah.

[BIODATA PENULIS] Muhammad Mujahid bin Ir Haji Mohammad Fadzil merupakan graduan Universiti Al-Azhar di Fakulti Usuluddin, Jabatan Akidah dan Falsafah. Melibatkan secara aktif dalam bidang dakwah dan Gerakan Islam sebagai platform melancarkan kerja-kerja memartabatkan syariat Allah SWT.

Sumber asal http://www.tarbawi.my/2015/07/risalah-berbilang-jemaah-tuan-guru.html?m=1

 

Advertisements

Sumber : http://ulamasedunia.org/2016/11/10/usah-terpedaya-strategi-dan-slogan-liberalis/

Pilihanraya Presiden Amerika Syarikat 2016 telah menentukan kemenangan berpihak kepada Donald Trump sekaligus menobatkan Presiden Amerika Tertua dalam sejarah Amerika.

Trump yang mewakili Parti Republican turut memenangi sebahagian besar dalam keanggotaan senat Amerika. Kemenangan ini menunjukkan kemenangan besar berpihak kepada Trump yang bertentangan dengan jangkaan media-media utama Amerika yang menjangkakan kemenangan berpihak kepada Hillary Clinton.

Pilihanraya Presiden 2016 ini menyaksikan media sangat cenderung memberi gambaran buruk terhadap Trump yang digambarkan sangat rasis dan anti-agama. Trumph diperlihatkan sangat tradisionalis dan konservatif kerana bertentangan idea-idea liberalisme terutamanya dalam isu LGBT dan pengguguran anak. Beliau juga diperlihatkan anti-wanita dan perogol yang paling dikehendaki.

Malah, Trump digambarkan media sebagai bercanggah dari tokoh-tokoh politik terdahulu di kalangan Republican terutamanya George Bush dan George W. Bush. Begitu juga, jeneral-jeneral tentera, penjawat-penjawat awam dan bekas-bekas tentera dilihat tidak sebulu dengan Trump.

Semuanya adalah permainan media. Namun, permainan ini dapat dipatahkan dengan bantuan media alternatif yang sangat memberi kesan iaitu Wikileaks. Ramai orang sudah muak dengan pemberitaan media. Wikileaks menjadi sumber alternatif yang sangat berperanan dalam pilihanraya presiden.

Antara bukti-bukti Wikileaks ketengahkan adalah:

1. Dana Amerika kepada gerakan terrorisme antarabangsa.

2. Hillary terlibat berbincang dan memberi sokongan terhadap terroris termasuk Ikhwan Muslimin.

3. Skandal Hillary Clinton dengan pegawainya. Sikap Hillary tak jauh dari suaminya Bill Clinton yang mempunyai skandal seks.

4. Hillary Clinton terlibat dengan kongsi gelap dan perniagaan haram terutamanya pemerdagangan manusia.

5. Ketirisan kewangan Hillary Clinton dapat dibuktikan. Clinton dianggap menggelapkan duit rakyat.

6. Penyalahgunaan jabatan dan institusi-instusi kerajaan dalam pilihanraya presiden.

7. Penipuan Hillary dalam memberi dana kerajaan kepada pusat-pusat kajian persepsi pilihanraya. Keyakinan Trump dengan maklumat ini menghambat penyokong Trump berkerja keras tanpa mengambil peduli laporan-laporan kajian persepsi.

8. Wikileaks juga mendedahkan penipuan Hillary Clinton dalam tiga acara debat calon presiden. Wikileaks juga mendedahkan bahawa Hillary Clinton telah dimaklumkan soalan-soalan yang bakal dikemukakan dalam debat.

Dengan kesedaran bukti-bukti dari Wikileaks ini, para penyokong Parti Republican tidak putus memberi sokongan sehingga mereka sangat yakin dengan kemenangan calon mereka dalam pilihanraya ini. Malah, seminggu sebelum pilihanraya, Parti Demokrat sudah tahu bahawa Hillary Clinton bakal kalah.

Banyak bukti dapat diketengahkan kesedaran Parti Demokrat terhadap kekalahan Clinton. Bukti paling besar besar adalah kesedaran perhimpunan Republican adalah sangat besar berbanding perhimpunan Demokrat. Oleh demikian, media mula memainkan jarum dengan mendakwa perhimpunan demokrat yang tidak ramai adalah disebabkan tokoh-tokoh yang menyokong Clinton terlalu ramai.

Bukti kedua, Parti Demokrat terdesak menerbitkan gambar bogel isteri Trump yang bakal menjadi wanita pertama negara sebanyak empat (4) muka surat penuh dalam New York Post pada hari Ahad lepas. Strategi ini menampakkan strategi terdesak Demokrat membunuh karekter Trumph.

Bukti ketiga, Presiden Obama terpaksa menjadi fighter a.k.a penggempur yang masuk di tengah-tengah perhimpunan Republican dan terus berdebat. Barrack Obama semacam tidak yakin dengan sokongan yang sedia ada. Beliau terpaksa terjah ke kawasan Republican untuk memacing undi di kalangan Republican.

Kesemua ini menjadi iktibar dan petunjuk cara paling ampuh menghadapi golongan Liberalis Demokrat yang sangat bergantung kepada media dengan memanipulasi persepsi. Caranya adalah dengan tidak mempedulikan tohmahan dan slogan mereka. Hendaklah menumpukan kepada gerak kerja dan hujah sehingga kemenangan tercapai. Kerja keras dan percaya dengan pengangan dan prinsip parti tanpa larut dalam permainan media dan permainan persepsi.

Dr. Muhammad Atiullah bin Othman
Akademi al-Ghazali

%d bloggers like this: