Sumber : http://ulamasedunia.org/2016/11/08/cahaya-islam-urat-nadi-yang-tidak-boleh-dipadam/
“Cahaya Islam tidak boleh dipadam. Apabila gagalnya Komunis, Soviet Union berkecai.
Lalu Amerika melalui pemikir-pemikir khususnya Francis Hukoyama, seorang professor yang terkenal di Amerika sebagai seorang pemikir membuat telahan bahawa dunia hanya dikuasai oleh satu kuasa besar dunia, iaitu barat.”
Meneruskan penjelasan, Tuan Guru menyatakan selepas telahan itu dibuat, barat telah mengkaji semula dan mendapati Islam adalah kuasa yang lebih besar; tidak boleh dipadam mengatasi kuasa barat.
“Tiba-tiba mereka membuat penilaian semula dan mendapati bahawa disana ada suatu kuasa yang tersembunyi; iaitu Islam,” kata beliau.
Beliau menambah, kebangkitan Islam jelas dilihat di kebanyakan negara barat; bukti ajakan Islam tidak boleh dipadamkan.
“Berlaku kebangkitan Islam di barat, di England, di Amerika, di Perancis dan di seluruh dunia Islam termasuk di Soviet Union sendiri.
“Orang Islam berpuluh-puluh juta di Rusia. Manakala solat raya baru-baru ini hampir 100 ribu jemaah di Moscow.”
Naib Presiden Kesatuan Ulamak Islam Sedunia itu dipetik berkata demikian dalam salah satu rakaman video kuliah beliau seputar isu politik antarabangsa dan dunia Islam.
“Inilah kebangkitan Islam, urat nadi yang tidak boleh dimatikan.”