Archive for 18 September 2016


Sumber : Web JHEAINS

Nun jauh di Tanah Suci Makkah di ketika ini, sedang berkumandang ucapan talbiah:

لَبَّیْكَ اللَّھُمَّ لَبَّیْكَ، لَبَّیْكَ لاَ شَرِیْكَ لَكَ لَبَّیْكَ، إِنَّ الْحَمْدَ وَالنِّعْمَةَ لَكَ وَالْمُلْكَ لاَشَرِیْكَ لَكَ

yang bermaksud: “Aku datang kepada-Mu ya Allah, aku datang. Aku datang dengan tidak mensyirikkan Engkau, aku datang. Sesungguhnya segala kepujian kepada Engkau, segala nikmat dari Engkau dan kerajaan kepunyaan Engkau. Tiada sekutu bagi Engkau”.

Ucapan talbiah ini dikumandangkan sebagai menzahirkan penyerahan dan pengabdian diri kepada Allah SWT, selaku Tuhan yang berhak dan layak disembah. Dan, antara jutaan umat Islam yang melafazkan talbiah itu ialah para jemaah haji dari negara kita yang seramai 22,320 orang.

Mereka adalah antara jemaah dari seluruh pelusuk dunia yang diizinkan oleh Allah SWT untuk menjadi tetamu-Nya pada musim haji tahun ini mengerjakan rukun Islam kelima. Mereka memakai ihram yang sama warnanya yang melambangkan persamaan dan perpaduan dalam mengotakan niat menyahut kewajipan menunaikan rukun dan wajib haji yang telah ditatapkan.

Maksudnya: “…Dan Allah mewajibkan manusia mengerjakan ibadah Haji dengan mengunjungi Baitullah, iaitu sesiapa yang mampu sampai kepadanya. Dan sesiapa yang kufur (ingkarkan kewajipan ibadah Haji itu), maka sesungguhnya allah Maha kaya (tidak berhajatkan sesuatu pun) dari sekalian makhluk.” (S. Ali- Imran: 97).

Sehubungan itu, peluang melaksanakan kewajipan ibadah haji yang disyariatkan oleh Allah ini merupakan satu nikmat yang besar dan amat bernilai. Ini kerana, selain dapat menyempurnakan kemuncak rukun Islam, ia juga memberi ruang kepada para jemaah untuk berkenal-kenalan dan mengeratkan ukhuwah dengan para jemaah dari seluruh dunia. Ibadah yang diwajibkan hanya sekali dalam seumur hidup ini juga memberi ruang dan kesempatan kepada para jemaah untuk melihat sebahagian daripada tanda-tanda kebesaran Allah SWT di tanah suci sekali gus berpeluang melawat tempat-tempat bersejarah di sana.

Selaku saudara seagama, marilah kita doakan para jemaah haji yang menjadi tetamu Allah SWT pada musim haji tahun ini beroleh ganjaran haji mabrur, yakni darjat haji yang mulia dan tertinggi di sisi Allah SWT. Segala dosanya akan terampun seperti bayi baru dilahirkan ibunya, manakala imannya semakin kuat dan amal ibadatnya juga semakin meningkat. Mudah-mudahan, mereka dapat pula membawa cermin kemabruran itu ke dalam lingkungan keluarga masing-masing, jiran tetangga, masyarakat dan seluruh tanah air agar terhindar daripada perbuatan dosa dan maksiat.

Seterusnya, berupaya memberi contoh teladan dalam melahirkan semangat untuk melakukan perkara-perkara kebaikan sehingga berjaya mengubah sikap negatif pada diri kepada bersikap positif. Bagi yang belum lagi berpeluang menyahut panggilan Baitullah, berusaha dan berazamlah bersungguh-sungguh untuk mendapatkan haji mabrur apabila tiba giliran untuk menjadi tetamu Allah SWT kelak.

Ketahuilah bahawa Muslim yang mendapat haji mabrur akan beroleh balasan syurga. Hal ini dijelaskan oleh Rasulullah SAW dalam sabdanya yang bermaksud: “Dari umrah ke umrah adalah penghapus dosa di antara kedua-duanya. Dan haji mabrur ada balasannya iaitu syurga.” (HR Bukhari dan Muslim).

Sementara para jemaah haji mengerjakan wukuf di Padang Arafah, kita di tanah air merayakan Aidiladha dengan melakukan ibadat korban menyembelih haiwan ternakan seperti kambing, lembu, kerbau dan unta. Ia adalah sebagai memperingati, menghayati dan mencontohi sifat ketaqwaan Nabi Ibrahim AS dalam menyahut perintah Allah SWT agar ‘menyembelih’ anaknya Nabi Ismail AS. Demikian juga dengan sifat ketaatan Nabi Ismail AS yang redha menerima perintah Allah SWT itu tanpa protes juga harus dijadikan ibrah serta ikutan dalam proses mentarbiah diri menjadi insan Muslim yang muttaqin.

Walaupun kita barang kali tidak diuji dengan situasi yang memerlukan pengorbanan besar seperti Nabi Ibrahim AS dan anaknya Nabi Ismail AS, namun kisah tersebut sarat dengan pengajaran agar manusia bersedia melakukan pengorbanan dalam kerangka mencapai darjat taqwa di sisi Allah SWT bagi memastikan kehidupan di dunia dan di akhirat kelak lebih bermakna.

Dengan kata lain, pengertian ibadah korban tidak harus disempitkan hanya kepada pengorbanan menyembelih binatang pada hari raya Aidiladha dan hari-hari Tasyrik sematamata. Ibadah korban harus dilihat dalam konteks yang lebih luas dan menyeluruh sehingga mencakupi kebaktian kepada Allah SWT selaku Pentadbir seluruh alam, berbakti kepada manusia, memelihara alam sekitar dan sebagainya. Firman Allah SWT:

Maksudnya: “Dan segeralah kamu kepada (mengerjakan amal-amal yang baik untuk mendapat) keampunan dari Tuhan kamu, dan (mendapat) syurga yang bidangnya seluas seluruh langit dan bumi, yang disediakan bagi orang yang bertaqwa. Iaitu orang yang mendermakan hartanya pada masa senang dan susah, dan orang yang menahan kemarahannya, dan orang yang memaafkan kesalahan orang. Dan (ingatlah), Allah mengasihi orang yang berbuat perkara-perkara yang baik. Dan juga orang yang apabila melakukan perbuatan keji, atau menganiaya diri sendiri, mereka segera ingat kepada Allah lalu memohon ampun akan dosa mereka dan sememangnya tidak ada yang mengampunkan dosa-dosa melainkan Allah. Dan mereka juga tidak meneruskan perbuatan keji yang mereka telah lakukan itu, sedang mereka mengetahui (akan salah dan akibatnya).” (S. Ali-Imran: 133-135).

Berpandukan kepada mafhum firman Allah SWT tersebut, manusia perlu berkorban bagi mencapai darjat taqwa dan mendapat balasan syurga. Antara pengorbanan yang dituntut itu adalah:

Pertama, berkorban dari segi tenaga dan masa, yakni memanfaatkan tenaga serta masa hidup di dunia ini untuk mengerjakan amal-amal soleh.

Kedua, berkorban dari segi harta, yakni bersifat pemurah mendermakan atau membelanjakan harta pada perkara-perkara yang berkebajikan seperti membantu orang miskin dan mangsa bencana.

Ketiga, berkorban dari segi emosi, yakni menahan sifat pemarah dan bersedia memaafkan kesalahan orang.

Keempat, berkorban mengikis perasaan ego dan rasa banga diri dengan segera bermuhasabah diri dan bertaubat kepada Allah SWT.

Sumber : http://ulamasedunia.org/2016/09/22/barat-membahagi-islam-kepada-4-bahagian/

Oleh: Dr Muhammad Faisal Ashaari

Fundamentalis, Tradisionalist, Modernis dan Sekular.

Fundamentalis (menurut RAND) ialah kumpulan yang mengambil berat tentang kenegaraan, memperjuangkan undang-undang Islam dan menubuhkan negara Islam. Barat memusuhi kumpulan ini.

Tradisionalis (menurut RAND) ialah kumpulan Islam yang tidak kisah soal kenegaraan dan menumpukan kepada aspek kerohanian dan pembangunan Islam dalam diri sendiri, tanpa melibatkan kenegaraan. Barat boleh berkompromi dengan kumpulan ini.

Strategi berhadapan dengan kumpulan fundamentalis ialah dengan:

PERTAMA

Support the traditionalists against the fundamentalists

[Bantu kumpulan tradionalist menghadapi kumpulan fundamentalist dengan cara:]

– Publicizing traditionalist criticism of fundamentalist violence and extremism and encouraging disagreements between traditionalists and fundamentalists.

[Perbesarkan kritikan tradisionalis terhadap keganasan kumpulan fundamentalis dan ekstremisme dan galakkan perbezaan pendapat antara tradisionalis dan fundamentalis]

– Preventing alliances between traditionalists and fundamentalists

[Mengelak pakatan antara tradisionalis dan fundamentalis]

– Encouraging cooperation between modernists and traditionalists who are closer to that end of the spectrum, increase the presence and profile of modernists in traditionalist institutions

[Galakkan kerjasama antara modenis dan tradisionalis, dan tingkatkan kehadiran dan tokoh modenis di institusi tradisionalis]

– Discriminating between different sectors of traditionalism

[Diskriminasikan antara pelbagai sektor tradisionalisme]

– Encouraging those with a greater affinity to modernism—such as the Hanafi law school as opposed to others to issue religious opinions that, by becoming popularized, can weaken the authority of backward Wahhabi religious rulings

[Galakkan mereka yang mempunyai pertalian rapat dengan modenisme – seperti Mazhab Hanafi sebagai mazhab yang berbeza dengan mazhab lain, untuk mengeluarkan pandangan hukum sehingga menjadi pandangan yang popular. Dengan cara ini boleh untuk melemahkan autoriti kuasa wahabi dan ia akan dilihat pandangan yang kebelakang]

– Encouraging the popularity and acceptance of Sufism.

[Galakkan populariti dan penerimaan penerimaan masyarakat dengan aliran tasawuf]

KEDUA
Confront and oppose the fundamentalists, by

[Lawan dan tentang fundamentalis dengan cara]

– Challenging and exposing the inaccuracies in their views on questions of Islamic interpretation

[Cabar dan dedahkan pandangan mereka yang tidak tepat terhadap Islam]

– Exposing their relationships with illegal groups and activities

[Tonjolkan hubungan mereka dengan kumpulan yang dan aktiviti yang menyalahi undang-undang]

– Publicizing the consequences of their violent acts

[Perbesarkan akibat tindakan mereka yang menyalahi undang-undang]

– Demonstrating their inability to rule to the benefit and positive development of their communities.

[Tonjolkan ketidakmampuan mereka untuk memberikan manfaat dan pembangunan yang positif kepada masyarakat]

– Targeting these messages especially to young people, to pious traditionalist populations, to Muslim minorities in the West, and to women

[Sasarkan propaganda di atas kepada orang muda, orang kampung, Muslim minoriti di barat dan wanita]

– Avoiding showing respect or admiration for the violent feats of fundamentalist extremists and terrorists, instead casting them as disturbed and cowardly rather than evil heroes

[Elakkan dari menunjukkan hormat atau kagum terhadap keganasan yang mereka lakukan, sebaliknya tunjukkan mereka sebagai pengganggu dan pengecut bukan sebagai wira jahat]

– Encouraging journalists to investigate issues of corruption, hypocrisy, and immorality in fundamentalist and terrorist circles.

[Galakkan wartawan menyiasat korupsi, hipokrit, kegiatan tidak bermoral dalam kalangan mereka dan kumpulan terrorist]

Sumber video untuk rujukan:
https://www.youtube.com/watch?v=awvlsRcvTVs&feature=youtu.be

*tulisan ini telah dipaparkan di Laman Rasmi Facebook Dr. Muhammad Faisal bertarikh 29 Mac 2016.

%d bloggers like this: