Sumber : http://ulamasedunia.org/2016/08/10/perang-pasca-perang-dingin-siri-1-instrumen-perang-di-halakan-ke-arah-negara-negara-islam/

Kejatuhan Kesatuan Soviet Rusia (USSR) pada tahun 1991 menunjukkan perang dingin antara dua blok berakhir. Dua blok ini merujuk kepada blok Barat yang merujuk kepada pro-Amerika dan Kesatuan Atlantik Utara (NATO) san blol Timur iaitu blok Timur yang diketuai Rusia dan negara-negara Sosialis.

Amerika merupakan kunci utama kemenangan perang dingin ini. Kejayaannya ditunjangi dengan badan-badan perisikan seperti Pusat Perisikan Amerika (CIA) dan Perisikan Birokrasi Persekutuan (FBI) dan pusat-pusat penyelidikan antarabangsa seperti Research and Devolopment Corporation (RAND), Foreign Affair (FA) dan Brookings.

Walaupun perang dingin sudah berakhir, badan-badan perisikan dan penyelidikan Amerika masih lagi bergerak aktif sebagai badan yang bertanggungjawab memberi laporan dan cadangan perisikan dan penyelidikan untuk kepentingan Amerika. Badan-badan perisikan dan penyelidikan ini masih wujud sehingga ke hari ini.

Paling menarik adalah FA yang menerbitkan majalah peringkat antarabangsa berjudul Foreign Affair. Majalah ini pernah beberapa kali memaparkan tulisan Huntington berjudul The Clash of Civilization dengan mengetengahkan saranan kepada Amerika agar menyasarkan tumpuan terhadap Timur Tengah selepas perang dingin berakhir.

Tulisan Huntington sangat memberi kesan kepada pihak kerajaan Amerika yang menyahut saranan dengan mensasarkan serangan demi serangan di Timur Tengah. Bermula dengan kempen perang terhadap Iraq, kempen perang terhadap pengganas antarabangsa terutamanya di Afghanistan dan kini perang proksi di Syria, Libya dan Yaman.

Begitu juga saranan dari RAND Corporation yang menyasarkan perang pemikiran terhadap umat Islam. Lebih-lebih lagi RAND menyasarkan perang pemikiran terhadap fundamentalis yang merujuk kepada gerkaan Islam yang ingin melaksanakan Syariat.

Laporan penting RAND adalah Civil Democratic Islam karya Charles Bernand. Tulisan ini mencadangkan pemberian bantuan kepada musuh-musuh Fundamentalis seperti Traditionalis dan Modenis yang tiada hasrat menegakkan Syariat. Tulisan ini juga mencadang berlawan fundamentalis secara berdepan dengan meragukan prinsip-prinsip fundamentalis. Akibatnya, gerakan Islam yang mempunyai semangat menegakkan Syariat Islam menjadi sasaran utama perang pemikiran Amerika.

Peristiwa Kebangkitan Arab juga diambil peluang oleh Amerika untuk menggantikan pemimpin-pemimpin Arab kepada pemimpin-pemimpin Islam yang lebih Liberal. Bermula dengan Tunisia kemudian Mesir, Bahrain, Libya, Yaman dan Syria. Semua dalam negara-negara ini sudah disediakan pemimpin-pemimpin yang moderate dan liberal bagi menggantikan pimpinan Arab sedia ada. Namun, tiada kejayaan ketara di negara-negara tersebut kerana perancangan yang dianggap separuh masak.

Perang pemikiran di negara-negara umat Islam masih berjalan seperti biasa. Namun, perancangan Amerika agar mewujudkan pemimpin-pemimpin liberal mengikut acuan Amerika tidak dapat dilaksanakan sepenuhnya. Malah, Erdogen yang pernah diangkat oleh Wall Street Jurnal tidak mengikut haluan Amerika. Bahkan, selepas kegagalan kudeta Turki 2016, Amerika menjadi musuh Turki kerana dituduh berkomplot menjatuhkan kerajaan Turki dan melindungi Gulen yang dianggap musuh belakang tabir Turki.

Di Mesir juga tidak berjaya. Bekas Presiden Mesir iaitu Mohamad Morsi bukanlah pemimpin moderat dan bukan liberal. Oleh itu, Mohamad Morsi digulingkan apabila cuba melaksanakan Syariat Islam melalui penggubalan Perlembagaan Mesir yang baru.

Di Tunisia pun tidak berjaya kerana bekas Presiden Tunisia iaitu Rashid Ghannoushi tidak berjaya mendapat sokongan rakyat Tunisia dan kecundang dalam piliharanraya umum yang lepas.

Mungkin, perancangan Amerika paling berjaya adalah di Iraq dengan kejayaan menjatuhkan regim Saddam Hussein. Namun, kejayaan ini juga bukan kejayaan sepenuhnya kerana kejatuhan Iraq mengakibatkan banyak penentangan kumpulan-kumpulan militan yang membenci Amerika.

Di Afghanistan pun tidak berjaya sepenuhnya. Walaupun Amerika berjaya melumpuhkan gerakan militan al-Qaedah di peringkat antarabangsa, Amerika tidak dapat menghapuskan gerakan Taliban di Afghanistan. Oleh demikian, gerakan Taliban masih wujud di Afghanistan.

Dalam kejayaan separuh masak di Iraq dan Afghanistan, Amerika Syarikat menarik keluar tentera-tenteranya daripada Iraq dan Afghanistan. Hanya sebilangan kecil tentera Amerika yang sekadar memantau perkembangan di sana. Amerika juga tidak terlibat secara langsung di kawasan-kawasan bergolak di Yaman, Syria dan Libya. Penglibatan Amerika hanya dianggap perang proksi kerana Amerika hanya memberi bantuan kepada kumpulan-kumpulan yang Amerika sokong dengan pemberian senjata dan kewangan sahaja.

Mengapakah Amerika bertindak sedemikian? Mengapakah Amerika seolah-olah sudah mengalih perhatiannya di Timur Tengah? Jawapan kepada soalan ini boleh diketahui melalui strategi Pacific Pivot yang mencadangkan Amerika perlu berperang segera terhadap China. Peperangan ini adalah sangat perlu bagi keseimbangan dan dominasi ekonomi Amerika di peringkat antarabangsa terutamanya ekonomi Asia-Pasific. Jikalau terlambat, Amerika akan melalui jalan yang sukar untuk berhadapan dengan China. Justeru, Amerika perlu menarik keluar tenteranya dan bersedia dengan perang besar yang digelar Sino-American War.

Dr. Muhammad Atiullah bin Othman
Akademi al-Ghazali

Advertisements