Archive for Julai, 2016


Tarikh : 23-25 Julai 2016

Lokasi : Putatan, Kepayan

img-20160723-wa007720160723_1232260 20160723_123325 20160723_131352img-20160601-wa0095img-20160801-wa0078 20160723_135220 20160723_143308 20160723_143527 20160723_143625 20160723_1439360 20160723_144001 20160723_144047img-20160723-wa0128 20160723_151621 20160723_175359img-20160723-wa0159 20160723_21135520160724_15104620160724_20583120160724_22100720160724_22193520160725_204940

Sumber : http://www.harakahdaily.net.my/index.php/kesatuan-fikrah/41946-roh-keluar-ketika-tidur

PETIKAN KULIAH JUMAAT AYAH CHIK

Firman Allah SWT:

“اللَّهُ يَتَوَفَّى الْأَنْفُسَ حِينَ مَوْتِهَا وَالَّتِي لَمْ تَمُتْ فِي مَنَامِهَا ۖ فَيُمْسِكُ الَّتِي قَضَىٰ عَلَيْهَا الْمَوْتَ وَيُرْسِلُ الْأُخْرَىٰ إِلَىٰ أَجَلٍ مُسَمًّى ۚ إِنَّ فِي ذَٰلِكَ لَآيَاتٍ لِقَوْمٍ يَتَفَكَّرُونَ

Allah (Yang Menguasai Segala-galanya), Ia mengambil dan memisahkan satu-satu jiwa dari badannya, jiwa orang yang sampai ajalnya semasa matinya, dan jiwa orang yang tidak mati: dalam masa tidurnya; kemudian Ia menahan jiwa orang yang Ia tetapkan matinya dan melepaskan balik jiwa yang lain (ke badannya) sehingga sampai ajalnya yang ditentukan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi tanda-tanda yang membuktikan kekuasaan Allah bagi kaum yang berfikir (untuk memahaminya).” [Az-Zumar: 42]

Ayat ini menunjukkan bahawa orang yang tidur juga umpama mati. Masa tidur roh dipegang oleh Allah. Allah berkuasa melakukan apa sahaja waktu itu. Sekiranya ajalnya bukan pada waktu tidur maka akan dikembalikan ke jasad pada waktu jaga. Jika ajalnya pada waktu itu, akan terus dipegang dan tidak akan dikembalikan.

Tujuanya supaya manusia sedar tidur mereka adalah mati yang kecil. Mereka sudah tidak sedar. Mereka tidak boleh melakukan apa-apa. Mereka mengambil pengajaran daripada tidur.

Allah menunjukkan walaupun seseorang tidur di rumah buruk, atap bocor, beralas lantai kayu tetapi bermimpi berada dalam istana, makan sedap, terasa nikmatnya. Tetapi ada yang tidur dalam tempat mewah, hotel 10 bintang, tilam yang empuk namun mimpi dikejari harimau tak boleh nak lari. Alangkah seksanya. Maka ini semua adalah contoh kematian, lain dari alam dunia.

Masjid Rusila
17 Syawal 1437 / 22 Julai 2016

Tarikh : 16 Julai 2016

Lokasi : Kg Kobuni Inanam

20160716_131616 20160716_132416 20160716_132425 20160716_132458 20160716_132615 20160716_132632 20160716_132644 20160716_132702 20160716_143156 20160716_143315

Sumber : http://m.harakahdaily.net/index.php/presiden/41830-selamatkan-negara-bersama-islam

Firman Allah:

فَٱسۡتَقِمۡ كَمَآ أُمِرۡتَ وَمَن تَابَ مَعَكَ وَلَا تَطۡغَوۡاْۚ إِنَّهُۥ بِمَا تَعۡمَلُونَ بَصِيرٞ  وَلَا تَرۡكَنُوٓاْ إِلَى ٱلَّذِينَ ظَلَمُواْ فَتَمَسَّكُمُ ٱلنَّارُ وَمَا لَكُم مِّن دُونِ ٱللَّهِ مِنۡ أَوۡلِيَآءَ ثُمَّ لَا تُنصَرُونَ

“Oleh itu, hendaklah engkau (wahai Muhammad) beristiqamah (sentiasa tetap teguh di atas jalan yang betul) sebagaimana yang diperintahkan kepadamu dan hendaklah orang-orang yang rujuk kembali kepada kebenaran (bertaubat) serta mengikutmu berbuat demikian dan janganlah kamu melampaui batas hukum-hukum Allah; sesungguhnya Allah Maha Melihat akan apa yang kamu kerjakan. Dan janganlah kamu cenderung kepada orang-orang yang berlaku zalim maka (kalau kamu berlaku demikian), api neraka akan membakar kamu, sedang kamu tidak ada sebarang penolong pun yang lain dari Allah. Kemudian (dengan sebab kecenderungan kamu itu) kamu tidak akan mendapat pertolongan. (Surah Hud, ayat 12-13)

Ramai yang membuat kenyataan mahu selamatkan negara yang bermasalah ini, tanpa membuat muhasabah bahawa sebabnya ialah kerana pemimpin dan rakyat yang memilih pemimpin. Semua masalah yang membebankan negara sehingga terkini wajib dipikul bersama, serta wajib juga menegaskan penyelesaiannya yang diimani secara ikhlas, bukan kerana merebut peluang dan kesempatan yang mengulangi jahat dan zalimnya pula.

PAS mempunyai pendekatan tersendiri bersama Islam dan wajib beristiqamah dengannya, sehingga istiqamah dijadikan perkataan penting kepada tema beberapa kali muktamar, sehingga mereka yang tidak beristiqamah keluar PAS atau dipecat. Mereka bersama PAS wajib bersyukur kerana mencipta rekod ketahanan jadi diri para pemimpin yang dipilih memerintah negeri, sehingga tidak ada ruang untuk bertindak kerana rasuah, salah laku dan sebagainya. Adapun kejatuhan di Perak, contohnya kerana salah laku rakan dalam pakatan (DAP dan PKR) yang menjual kerusi.

PAS terus sedia berpakat dengan semua pihak dan tidak akan bersama dengan sesiapa sahaja yang tidak setia dan bersedia bersama acuan PAS, berpandukan konsep yang ditunjuk oleh Al-Quran, Kalam Allah dan Ilmunya:

وَتَعَاوَنُواْ عَلَى ٱلۡبِرِّ وَٱلتَّقۡوَىٰۖ وَلَا تَعَاوَنُواْ عَلَى ٱلۡإِثۡمِ وَٱلۡعُدۡوَٰنِۚ وَٱتَّقُواْ ٱللَّهَۖ إِنَّ ٱللَّهَ شَدِيدُ ٱلۡعِقَابِ

“Dan hendaklah kamu bertolong-tolongan untuk membuat kebajikan dan bertakwa dan janganlah kamu bertolong-tolongan pada melakukan dosa (maksiat) dan pencerobohan dan bertakwalah kepada Allah, kerana sesungguhnya Allah maha berat azab seksaNya (bagi sesiapa yang melanggar perintahNya).” (Surah Al-Maidah, ayat 2)

Al-Quran dan Sunnah menunjukkan dua pendekatan kerjasama Islam bersama pihak yang lain, berasaskan konsep wajib berpegang teguh tanpa berganjak dan tidak ada tawar menawar dalam perkara aqidah perjuangan, dasar dan matlamat yang ditetapkan oleh Allah, sehingga menjual atau mengadai atau memberi percuma dalam perkara tesebut demi kesetiaan kepada pihak lain semata-mata kerana kemenangan dunia tanpa akhirat sehingga memberi wala’ kepada musuh Islam atau pengkhianat.

Firman Allah:

يَٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ لَا تَتَّخِذُواْ بِطَانَةٗ مِّن دُونِكُمۡ لَا يَأۡلُونَكُمۡ خَبَالٗا وَدُّواْ مَا عَنِتُّمۡ قَدۡ بَدَتِ ٱلۡبَغۡضَآءُ مِنۡ أَفۡوَٰهِهِمۡ وَمَا تُخۡفِي صُدُورُهُمۡ أَكۡبَرُۚ قَدۡ بَيَّنَّا لَكُمُ ٱلۡأٓيَٰتِۖ إِن كُنتُمۡ تَعۡقِلُونَ

“Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu mengambil orang-orang yang bukan dari kalangan kamu menjadi orang yang bersama(yang dipercayai)  dalam perjuangan . Mereka tidak akan berhenti-henti berusaha mendatangkan bencana kepada kamu. Mereka sukakan apa yang menyusahkan kamu. Telahpun nyata (tanda) kebencian mereka pada pertuturan mulutnya dan apa yang disembunyikan oleh hati mereka lebih besar lagi. Sesungguhnya telah kami jelaskan kepada kamu keterangan-keterangan itu jika kamu (mahu) memahaminya.” (Surah Ali-Imran, ayat 118)

Allah juga berfirman:

لَّا يَنۡهَىٰكُمُ ٱللَّهُ عَنِ ٱلَّذِينَ لَمۡ يُقَٰتِلُوكُمۡ فِي ٱلدِّينِ وَلَمۡ يُخۡرِجُوكُم مِّن دِيَٰرِكُمۡ أَن تَبَرُّوهُمۡ وَتُقۡسِطُوٓاْ إِلَيۡهِمۡۚ إِنَّ ٱللَّهَ يُحِبُّ ٱلۡمُقۡسِطِينَ *إِنَّمَا يَنۡهَىٰكُمُ ٱللَّهُ عَنِ ٱلَّذِينَ قَٰتَلُوكُمۡ فِي ٱلدِّينِ وَأَخۡرَجُوكُم مِّن دِيَٰرِكُمۡ وَظَٰهَرُواْ عَلَىٰٓ إِخۡرَاجِكُمۡ أَن تَوَلَّوۡهُمۡۚ وَمَن يَتَوَلَّهُمۡ فَأُوْلَٰٓئِكَ هُمُ ٱلظَّٰلِمُونَ

“Allah tidak melarang kamu daripada berbuat baik dan berlaku adil kepada orang-orang yang tidak memerangi kamu kerana agama (kamu) dan tidak mengeluarkan kamu dari kampung halaman kamu; sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berlaku adil. Sesungguhnya Allah hanyalah melarang kamu daripada menjadikan teman rapat orang-orang yang memerangi kamu kerana agama (kamu) dan mengeluarkan kamu dari kampung halaman kamu, serta membantu (orang lain) untuk mengusir kamu dan (ingatlah), sesiapa yang menjadikan mereka teman rapat, maka mereka itulah orang-orang yang zalim.” (Surah Al-Mumtahinah, ayat 8-9)

Rasulullah SAW adalah contoh manusia pilihan Allah SWT menghayati petunjuk Allah, termasuk aspek politik di peringkat Makiyyah ketika paling lemah dizalimi dan di peringkat Madaniyyah ketika berkuasa memerintah negara dalam kedudukan paling kuat.

Ketika Marhalah Makiyyah, apabila bapa saudaranya Abu Talib yang disegani mengemukakan tawaran para pemimpin Mekah supaya berdakwah tanpa kuasa politik, paling mudah tanpa gangguan, sabdanya dengan tegas:

يا عم، والله لو وضعوا الشمس في يمينى والقمر في يسارى على أن أترك هذا الأمر ـ حتى يظهره الله أو أهلك فيه ـ ما تركته.

(الرحيق الختوم ـ صفي الرحمن المباركفوري) (ص :69)

“Wahai bapa saudara kesayanganku! sekiranya diletakkan matahari dikananku  dan bulan dikiriku,dengan syarat aku meninggalkan urusan menegakkan Islam ini, sehinggalah Allah memenangkannya atau aku mati didalam perjalanannya nescaya aku tidak sekali-kali meningalkannya).”

Adapun bertahaluf (berkerjasama) dengan berbagai pihak bukan Islam termasuk yang munafik ketika menegakkan negara di Madinah pula beristiqamah bersama dasar dan matlamat yang dinyatakan di dalam Piagam (Perjajian).

وإنه ما كان بين أهل هذه الصحيفة من حدث أو اشتجار يخاف فساده فإن مرده إلى الله عز وجل، وإلى محمد رسول الله صلى الله عليه وسلم الرحيق (الختوم ـ صفي الرحمن المباركفوري) (ص: 148)

“Dan apa-apa sahaja perkara atau pertelingkahan yang berlaku dikalangan mereka yang terlibat didalam perjanjian ini yang ditakuti boleh merosakkannya. Hendaklah dikembalikan penyelesaianya kepada Allah (Al Quran) dan Muhammad Rasulullah SAW (Sunnah).”

Maka mereka yang menubuhkan Parti Islam Se-Malaysia (PAS) telah menetapkan dalam Undang-Undang Tubuh (Perlembagaan) PAS. Hukum tertinggi ialah Al-Quran, Sunnah, Ijmak dan Qias yang nyata. Bagi memelihara perjalanan PAS maka ditubuhkan Majlis Syura Ulamak.

Matlamatnya ialah menegakkan Islam dalam masyarakat dan pengurusan negara.

Maka PAS wajib beristiqamah dan bertegas dalam perkara asas tersebut. Bahawa semua pihak yang melanggar sempadan ini jangan cuba mengheret PAS terkeluar daripada landasannya.

Maka sesiapa yang menyertai PAS hanya memandang sebelah mata aspek wawasan keduniaannya sahaja tidak boleh bertahan bersama PAS. Ketahuilah bahawa perjuangan ini memandang dua belah mata, ke arah kemenangan akhirat yang paling besar dan kemenangan dunia yang diuji menjadi jambatan ke akhirat juga.

Allah menegaskan kepada mereka yang hanya inginkan kesempatan kemenangan yang cepat:

لَوۡ كَانَ عَرَضٗا قَرِيبٗا وَسَفَرٗا قَاصِدٗا لَّٱتَّبَعُوكَ وَلَٰكِنۢ بَعُدَتۡ عَلَيۡهِمُ ٱلشُّقَّةُۚ وَسَيَحۡلِفُونَ بِٱللَّهِ لَوِ ٱسۡتَطَعۡنَا لَخَرَجۡنَا مَعَكُمۡ يُهۡلِكُونَ أَنفُسَهُمۡ وَٱللَّهُ يَعۡلَمُ إِنَّهُمۡ لَكَٰذِبُونَ

“Kalau apa yang engkau serukan kepada mereka (wahai Muhammad) sesuatu yang berfaedah yang sudah didapati adanya terlalu dekat dan satu perjalanan yang dapat dilihat pencapaiannya, nescaya mereka (yang munafik itu) akan mengikutmu; tetapi tempat yang hendak dituju itu jauh bagi mereka dan mereka akan bersumpah dengan nama Allah dengan berkata: Kalau kami sanggup, tentulah kami akan pergi bersama kamu. (Dengan sumpah dusta itu) mereka membinasakan diri mereka sendiri, sedang Allah mengetahui bahawa sesungguhnya mereka itu orang-orang yang berdusta (tentang tidak sanggupnya mengikutmu).” (Surah At-Taubah, ayat 42)

Perjuangan ini juga tidak boleh disertai oleh mereka yang menjaga hubungannya dengan manusia, harta dan sebagainya, kerana Allah berfirman:

قُلۡ إِن كَانَ ءَابَآؤُكُمۡ وَأَبۡنَآؤُكُمۡ وَإِخۡوَٰنُكُمۡ وَأَزۡوَٰجُكُمۡ وَعَشِيرَتُكُمۡ وَأَمۡوَٰلٌ ٱقۡتَرَفۡتُمُوهَا وَتِجَٰرَةٞ تَخۡشَوۡنَ كَسَادَهَا وَمَسَٰكِنُ تَرۡضَوۡنَهَآ أَحَبَّ إِلَيۡكُم مِّنَ ٱللَّهِ وَرَسُولِهِۦ وَجِهَادٖ فِي سَبِيلِهِۦ فَتَرَبَّصُواْ حَتَّىٰ يَأۡتِيَ ٱللَّهُ بِأَمۡرِهِۦۗ وَٱللَّهُ لَا يَهۡدِي ٱلۡقَوۡمَ ٱلۡفَٰسِقِينَ

“Katakanlah (wahai Muhammad): Jika bapa-bapa kamu dan anak-anak kamu dan saudara-saudara kamu dan isteri-isteri (atau suami-suami) kamu dan kaum keluarga kamu dan harta benda yang kamu usahakan dan perniagaan yang kamu bimbang akan merosot, dan rumah-rumah tempat tinggal yang kamu sukai, (jika semuanya itu) menjadi perkara-perkara yang kamu cintai lebih daripada Allah dan RasulNya dan (daripada) berjihad untuk agamaNya, maka tunggulah sehingga Allah mendatangkan keputusanNya (azab seksaNya); kerana Allah tidak akan memberi petunjuk kepada orang-orang yang fasik (derhaka). (Surah At-Taubah, ayat 24)

Demikiankan kalangan mereka yang punya apa-apa yang disenaraikan oleh Allah pasti keluar daripada PAS cara sekarela atau dipecat, dan mencari atau mencipta bahtera yang lain, menjadi si luncai yang terjun bersama labunya.

Belajar dan faham daripada Al-Quran dan Sirah Nabawiyyah dan para salaf soleh, jangan sekali-kali terpengaruh dengan pandangan jalanan atau ilmu daripada syaitan yang meredah langit terbuka tidak mengira dosa dan pahala, serta tidak yakin kepada janji Allah.

Sila baca firman Allah kepada generasi Al-Quran:

وَعِبَادُ ٱلرَّحۡمَٰنِ ٱلَّذِينَ يَمۡشُونَ عَلَى ٱلۡأَرۡضِ هَوۡنٗا وَإِذَا خَاطَبَهُمُ ٱلۡجَٰهِلُونَ قَالُواْ سَلَٰمٗا

“Dan hamba-hamba (Allah) Ar-Rahman (yang diredhaiNya), ialah mereka yang berjalan di bumi dengan sopan santun dan apabila orang-orang yang jahil bercakap terhadap mereka , hadapkan kata-kata menjawab; dengan perkataan:  Selamat sejahteralah (dari perkara yang tidak diingini).” (Surah Al-Furqan, ayat 63)

Teruskan Istiqamah, jangan diheret oleh musuh atau kawan yang berpura-pura, tangan kiri yang bergelumang memegang kita, tangan kanannya bergantung kepada lawan yang  juga mengheret kita daripada “Al-Siratol Mustaqim”. Jadikan cahaya Islam ini lampu penyuluh jalan mencapai matlamat walau pun jauh dan panjang, namun tetap selamat dan inilah juga cara mengenal kawan dan lawan secara berhemat.

BERISTIQAMAH HINGGA KEMENANGAN

ABDUL HADI AWANG
Presiden PAS
9 Syawal 1437 / 14 Julai 2016 – HARAKAHDAILY 14/7/2016

Tarikh : 18 – 22 Julai 2016

Lokasi : Kota Kinabalu & Putatan

img-20160708-wa014920160718_211100 20160720_125923 20160720_141611 20160720_142357 20160721_13134720160721_17345920160721_180518 20160722_134220 20160722_134632 20160722_160415

web_-nawaitu

Tajuk : Nawaitu Shauma Ghadin

Penulis : Ustaz Muhadir Haji Joll

Penerbit : Galeri Ilmu Sdn Bhd

Harga : RM15.30

Menjawab 142 Kemusykilan berkenaan puasa, antaranya:

1. Keadaan yang tidak membatalkan puasa.

2. Berniat pada setiap malam atau berniat puasa sebulan?

3. Mengorek hidung atau telinga ketika berpuasa.

4. Puasa orang yang sakit buasir.

5. Ganti fidyah puasa dengan duit.

6. Berpuasa tetapi melakukan maksiat.

7. Menggabungkan puasa qadha dengan puasa sunat.

Tarikh : 22 Julai 2016

Lokasi : Masjid Rusila Terengganu

Pengkuliah : Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang

Tarikh : 22 Julai 2016

Lokasi : Medan Ilmu Kota Bharu Kelantan

Pengkuliah :

  1. Ustaz Mansor Daud
  2. YB Ustaz Dato’ Hassan Mahmood

Sumber : Web JHEAINS

Bertuah, beruntung dan berbahagialah, orang yang hidupnya bertaqwa. Kerana hamba Allah SWT yang bertaqwa itu teramat istimewa dan mulia di sisi Allah SWT. Sesungguhnya Allah SWT menjanjikan segala rahmat, kebaikan, keberkatan dan limpah kurnia-Nya untuk hamba-hamba-Nya yang bertaqwa, beriman dan beramal soleh, antara keutamaan orang yang bertaqwa dan juga sifat taqwa itu, ialah:

1. Orang yang bertaqwa adalah hamba Allah paling mulia. Firman Allah SWT: Maksudnya: “…Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih taqwanya di antara kamu (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mendalam Pengetahuan-Nya (akan keadaan dan amalan kamu)”. (Surah Al-Hujuraat, ayat 13)

2. Bertaqwalah dengan memerhati apakah amal-amal soleh untuk hari esok, iaitu hari akhirat nanti. Firman Allah SWT bermaksud : “Wahai orang yang beriman! Bertaqwalah kepada Allah (dengan mengerjakan suruhan-Nya dan meninggalkan larangan-Nya) dan hendaklah tiap-tiap diri melihat dan memerhatikan apa yang dia telah sediakan (dari amal-amalnya) untuk hari esok (hari akhirat). Dan (sekali lagi diingatkan); Bertaqwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Amat Meliputi Pengetahuan-Nya akan segala yang kamu kerjakan”. (Surah Al-Hasyr, ayat 18)

3. Sebaik-baik bekalan ialah taqwa, yakni memelihari diri daripada keaifan meminta-minta sedekah. Firman Allah SWT bermaksud : “…Dan apa jua kebaikan yang kamu kerjakan adalah diketahui oleh Allah dan hendaklah kamu membawa bekal dengan secukupnya, kerana sesungguhnya sebaik-baik bekal itu ialah memelihara diri (dari keaifan meminta sedekah dan bertaqwalah kepada-Ku wahai orang yang berakal (yang dapat memikir dan memahami”. (Surah Al-Baqarah, ayat 197).

4. Beruntung sungguh orang yang bertaqwa dikurniakan jalan keluar daripada kesusahan dan rezeki yang tidak disangka-sangka. Firman Allah SWT bermaksud :  “…dan sesiapa yang bertaqwa kepada Allah (dengan mengerjakan suruhan-Nya dan meninggalkan larangan-Nya), nescaya Allah akan mengadakan baginya jalan keluar (dari segala perkara yang menyusahkannya). Serta memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas di hatinya. Dan (ingatlah), sesiapa berserah diri bulat-bulat kepada Allah, maka Allah cukuplah baginya (untuk menolong dan menyelamatkannya). Sesungguhnya Allah tetap melakukan segala perkara yang dikehendaki-Nya. Allah telahpun menentukan kadar dan masa bagi berlakunya tiap-tiap sesuatu”. (Surah At-Talaaq, ayat 2-3)

5. Orang bertaqwa dipermudahkan oleh Allah SWT segala urusannya. Firman Allah SWT bermaksud : “…Dan (ingatlah), sesiapa yang bertaqwa kepada Allah, nescaya Allah memudahkan baginya segala urusannya”. (Surah At-Talaaq, ayat 4)

6. Orang bertaqwa diampuni dosanya dan mendapat pahala yang besar di sisi Allah SWT. Firman-Nya di dalam Al-Quran maksudnya: “…dan (ingatlah), sesiapa yang bertaqwa kepada Allah, nescaya Allah menghapuskan kesalahan-kesalahannya dan akan membesarkan pahala balasannya”. (Surah At-Talaaq, ayat 5)

7. Sifat taqwa dan bertaqwa dalam menjaga zuriat keturunan serta anak yatim. Firman Allah SWT bermaksud : “Dan hendaklah takut (kepada Allah daripada melakukan aniaya kepada anak-anak yatim oleh) orang (yang menjadi penjaganya), yang jika ditakdirkan mereka pula meninggalkan anak-anak da’if (yatim) di belakang mereka, (tentulah) mereka akan merasa bimbang terhadap (masa depan dan keselamatan) anak-anak mereka, oleh itu hendaklah mereka bertaqwa kepada Allah dan hendaklah mereka mengatakan perkataan yang betul (menepati kebenaran)”. (Surah An-Nisaa’, ayat 9)

8. Sifat taqwa dan bertaqwa dalam melaksana perintah berlaku adil dalam kehidupan bermasyarakat, firman Allah SWT bermaksud : “Wahai orang yang beriman, hendaklah kamu semua sentiasa menjadi orang yang menegakkan keadilan kerana Allah, lagi menerangkan kebenaran dan jangan sekali-kali kebencian kamu terhadap sesuatu kaum itu mendorong kamu kepada tidak melakukan keadilan. Hendaklah kamu berlaku adil (kepada sesiapa jua) kerana sikap adil itu lebih hampir kepada taqwa. Dan bertaqwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui dengan mendalam akan apa yang kamu lakukan”. (Surah AlMaidah, ayat 8)

9. Sifat taqwa dalam membina bangunan seperti masjid, surau, sekolah dan lain-lain dengan asas taqwa. Firman Allah SWT bermaksud : “Maka apakah orang yang membangunkan masjid yang didirikannya di atas dasar taqwa kepada Allah dan (untuk mencari) keredhaan Allah itu lebih baik, ataukah orang yang membangunkan masjid yang didirikannya di tepi jurang yang (hampir) runtuh, lalu runtuhlah ia dengan orang yang membangunkannya ke dalam api neraka? Dan (ingatlah) Allah tidak akan memberi hidayah petunjuk kepada orang yang zalim”. (Surah At-Taubah, ayat 109)

10. Sifat taqwa dan bertaqwa dalam pakaian dan pakaian taqwa sebaik-baik pakaian. Firman Allah SWT: bermaksud: “Wahai anak-anak Adam! Sesungguhnya Kami telah menurunkan kepada kamu (bahan-bahan untuk) pakaian menutup ‘aurat kamu dan pakaian perhiasan dan pakaian yang berupa taqwa itulah yang sebaik-baiknya. Yang demikian itu adalah dari tanda-tanda (limpah kurnia) Allah (dan rahmat-Nya kepada hamba-hamba-Nya) supaya mereka mengenangnya (dan bersyukur)”. (Surah Al-A’raaf, ayat 26)

11. Sifat taqwa dan bertaqwa dalam membentuk anak isteri dan ahli keluarga, sebagaimana doa di dalam Al-Quran. Firman Allah SWT bermaksud : “Dan juga mereka (yang diredhai Allah itu ialah orang) yang berdoa dengan berkata: ‘Wahai Tuhan kami, berilah kami beroleh isteri-isteri dan zuriat keturunan kami, perkara-perkara yang menyukakan hati melihatnya dan jadikanlah kami imam ikutan bagi orang yang (mahu) bertaqwa”. (Surah Al-Furqaan, ayat 74).

12. Hidup bermasyarakat dengan nilai-nilai taqwa. Firman Allah SWT bermaksud : “…Dan hendaklah kamu bertolong-tolongan untuk membuat kebajikan dan bertaqwa dan janganlah kamu bertolong-tolongan pada melakukan dosa (maksiat) dan pencerobohan. Dan bertaqwalah kepada Allah, kerana sesungguhnya Allah Maha Berat azab siksa-Nya (bagi sesiapa yang melanggar perintah-Nya)”. (Surah Al-Maidah, ayat 2)

Sumber : http://m.harakahdaily.net/index.php/presiden/41923-turki-berselindung-di-sebalik-topeng-yang-koyak

Allah SWT berfirman di dalam Al-Quran:

وَلَن تَرۡضَىٰ عَنكَ ٱلۡيَهُودُ وَلَا ٱلنَّصَٰرَىٰ حَتَّىٰ تَتَّبِعَ مِلَّتَهُمۡۗ قُلۡ إِنَّ هُدَى ٱللَّهِ هُوَ ٱلۡهُدَىٰۗ وَلَئِنِ ٱتَّبَعۡتَ أَهۡوَآءَهُم بَعۡدَ ٱلَّذِي جَآءَكَ مِنَ ٱلۡعِلۡمِ مَا لَكَ مِنَ ٱللَّهِ مِن وَلِيّٖ وَلَا نَصِيرٍ (١٢٠ البقرة)

“Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepada kamu hingga kamu mengikut agama mereka. Katakanlah: “Sesungguhnya petunjuk Allah itulah petunjuk (yang benar)”. Dan sesungguhnya jika kamu mengikut kemahuan mereka setelah pengetahuan datang kepadamu, maka Allah tidak lagi menjadi pelindung dan penolong bagimu.” (Surah Al-Baqarah: ayat 120)

Sebaik sahaja gagalnya rampasan kuasa di Turki oleh segelintir tentera yang mengaturnya, keseluruhan negara barat, termasuk negara Islam yang berada di bawah ketiaknya yang busuk itu membuat kenyataan menyokong kerajaan Turki yang dipilih secara demokrasi, dengan peringatan supaya menghormati undang-undang dan hak asasi manusia, termasuk tidak menjatuhkan hukuman bunuh terhadap mereka yang nyata terlibat dengan rampasan kuasa yang telah terkorban dibunuh dan cedera ditembak.

Beberapa minggu dan bulan sebelum rampasan kuasa, beberapa media barat menyiarkan penulisan yang menyatakan kebimbangan dan keraguan terhadap Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan yang dianggap melakukan perubahan yang dikira ancaman dan bahaya oleh mereka khususnya kembali kepada Islam dan mengubah kiblat politiknya dalam hubungan antarabangsa.

(merujuk kepada Foreign Afairs 30 Mei, Foreign Policy 15 Jun, New Yorks Times 5 Julai)

Perlu diketahui senario dahulu yang diulang lakonannya, betapa kuasa besar barat yang berjaya menumbangkan kerajaan Uthmaniyyah di awal abad yang lalu, setelah berjaya mengkhadamkan pemerintah umat Islam yang berpeluang mendapat kerusi berkuasa memerintah negara tanpa hala tuju Islamnya, di samping Kerajaan Uthmaniyyah yang sangat uzur itu berjaya ditumbangkan, sehingga tanah air umat Islam dijajah, dipecah dan diperintah, rakyatnya diabdikan, hartanya rompak.

Setelah berjaya meletakkan Kamal Atartuk yang ditabalkan sebagai “Bapa Turki” moden dengan menyingkirkan Islam dan melanyaknya habis-habisan, sehingga dimasukkan ke dalam buku teks di seluruh negara jajahan termasuk negara kita supaya mengagungkan Kamal Atarturk.

Kamal Atartuk seorang ketua tentera diktator disanjung oleh barat sebagai seorang yang paling demokrasi dengan perlindungan istimewa melalui perlembagaan Turki yang dipilih anggotanya secara pilihan raya bebas dan demokratik, telah meletakkan di dalam perlembagaan Turki, prinsip dan konsep sekularisme yang mengharamkan politik Islam dengan apa cara sekalipun.

Sesiapa sahaja pemimpin yang hanya mencuba untuk memasukkan agenda Islam dalam kerajaannya mewajibkan tentera mengambil alih kuasa dengan perlindungan perlembagaan, inilah demokrasi ala Turki. Maka, sesiapa yang mahu memakai jenama Erdogan di Malaysia mesti membaca dan memahaminya.

Di  awal tahun 50-an, Ali Adnan Menderes, seorang tokoh ilmuan Turki (peguam) keluar daripada Parti Kamal Atarturk (Parti Republik Rakyat) dan menubuhkan Parti Demokrat berdasarkan sekularisme mengikut undang-undang Turki.

Parti ini mencapai majoriti besar dalam Pilihanraya Umum 1954 dan Adnan dilantik menjadi Perdana Menteri, beliau berjaya meningkatkan ekonomi Turki dalam aspek pertanian sehingga menjadi negara pengeksport pertanian besar ke pasaran Eropah, dengan mendapat sokongan besar daripada rakyat.

Tiba-tiba tentera dipimpin oleh General Jamal Jorsel merampas kuasa Adnan bersama Menteri Luar Potin Rusydi Zoghlo dan Menteri Kewangan Hasan Pulatkan dijatuhkan hukuman bunuh, kerana dituduh mengheret Turki kepada Islam. Semua negara barat berdiam diri apabila Islam menjadi mangsanya.

Selepasnya, muncul pula  Profesor Najmuddin Erbakan tokoh jurutera, pencipta jentera berat di Jerman, khususnya menggunakan diesel. Beliau pulang ke Turki pada tahun 1960, sehingga berjaya melahirkan 300 orang pakar jentera dan Turki dapat mengeluarkan 30,000 buah jentera diesel setahun, menjadikannya tokoh yang sangat dihormati di Turki.

Seterusnya, beliau masuk ke alam politik menubuhkan Parti Kebangsaan Turki. Selepas sembilan bulan parti ini diharamkan kerana amaran panglima tentera General Muhsin Batur disebabkan lantangnya bersuara Islam.

Tahun 1972, Profesor Erbakan menubuhkan Parti Selamat Negara dan berkerjasama dengan Parti Artaturk, sehingga dilantik menjadi Timbalan Perdana Menteri, sehingga juga berjaya mengheret Turki menyerang Cyprus bagi menyelamatkan umat Islam yang dibunuh oleh Kristian Ortodok Greece dan memulihkan hubungan Turki dengan negara Islam, serta berjaya mengharamkan Pertubuhan Fremasson yang mendukung perjuangan yahudi, seterusnya menyokong perjuangan Rakyat Palestin. Akhirnya, Jeneral Kanan Ivreen merampas kuasa kerana menyelamatkan sekularisme Turki. Profesor Erbakan ditahan dan diharamkan berpolitik.

Ketika beliau masih dikenakan tahanan rumah pada tahun 1983, saya berkesempatan berkunjung ke rumahnya dan mengenali Profesor Erbakan, selepasnya terjalin hubungan yang sangat akrab dan sering kali mengajak saya mengiringinya dalam lawatan antarabangsa.

Pada tahun 1992, Profesor Erbakan yang masih diharamkan berpolitik menubuhkan Parti Refah (kemakmuran) dengan dipimpin oleh Profesor Ahmad Tekdal.

Pada tahun 1996, Parti Refah mencapai kemenangan bersama Parti Toreliq Qawim (Jalan Betul). Kerjasama yang mencapai kemenangan menubuhkan Kerajaan Campuran, akhirnya Profesor Erbakan dilantik menjadi Perdana Menteri.

Beliau mengambil langkah menubuhkan D-8, iaitu gabungan lapan buah negara umat Islam bersama Iran, Mesir, Pakistan, Nigeria, Indonesia, Malaysia dan Bangladesh. Mewujudkan kerjasama ekonomi dan lain-lain.

Adapun Recep Tayyip Erdogan berjaya menang sebagai Datuk Bandar Istanbul, dan akhirnya tentera memaksa Profesor Erbakan meletakkan jawatan dan Parti Refah diharamkan juga, akibatnya juga Profesor Erbakan dan beberapa pemimpin termasuk Erdogan dipenjarakan. Setelah dibebaskan, Profesor Arbakan tidak dibenarkan berpolitik sehingga meninggal dunia pada 27 Februari 2011.

Pengikut tegar Profesor Erbakan menubuhkan Parti Saadat dengan meneruskan pendekatannya. Adapun Recep Tayyip Erdogan dan Abdullah Gol menubuhkan Parti Adalat dengan dasar yang lebih ekstrem berterus-terang sekularnya sehingga mengadakan perjanjian tidak melaksanakan Islam di hadapan para jeneral tentera, meneruskan hubungan dengan Israel dan barat, sehingga memenuhi segala syarat untuk menjadi anggota Kesatuan Eropah (EU) namun tidak diluluskan juga.

Langkah yang dimarahi oleh gurunya Profesor Erbakan, namun Erdogan memekakkan telinga terhadap gurunya tanpa menjawab. Langkah Erdogan membebaskan dakwah dan kegiatan masjid, serta berterus-terang menyokong Palestin, dalam masa yang sama mencipta keadaan memulihkan hubungan dengan Israel, sehingga mendedahkan diri kepada kritikan yang keras daripada dalam dan luar, tetapi tidak mendapat kepercayaan barat dan sekutu-sekutunya.

Bahkan, polisi barat mengepung Turki terlibat dengan krisis negara jirannya, dan sekutu barat menguatkan ancaman pemberontak komunis Kurdis, dan mencipta tembakan Turki ke arah pesawat Rusia dan lain-lain.

Barang kali kerana Erdogan dan rakan-rakan yang akrab dengannya tetap bersolat dan beramal dengan cara hidup seorang Islam, isteri-isteri mereka berjilbab dalam majlis rasmi pun tetap menjadi teguran yang keras daripada golongan sekular, walaupun di atas konsep demokrasi dan hak-hak asasi manusia terhadap masing-masing.

Akhirnya merobekkan topeng barat yang menipu dan berpura-pura terhadap umat Islam di sepanjang masa, menunjukkan  prejudis, oportunis, “double-standard”, hasad dan lain-lain sifat lagi yang sangat negatif terhadap Islam, walaupun Islam dan penganutnya sangat berbudi dan berbahasa terhadap mereka, sejak zaman keemasan tamadun Islam sehinggalah zaman menjadi sasaran kezaliman mereka, dengan penjajahan, perhambaan, sehinggalah dijadikan mangsa pembunuhan perebutan kuasa dan ujian senjata.

Umat Islam terus menjadi sasaran fitnah kerana agamanya. Demokrasi, hak asasi manusia, kebebasan yang sebenar, keadilan yang saksama hanya ungkapan manis yang tidak dirasa kalau berbau Islam sahaja. Semua kemenangan parti yang berteraskan Islam atau ada tanda-tanda menuju ke arah Islam tanpa mengira bangsa dan mazhab tetap dinafikan.

Sejarah kemenangan Masyumi di Indonesia di tahun 50-an diguling dan diharamkan, kemenangan Mujahidin Afghanistan menghalau Soviet dikacaubilaukan sehingga mencetuskan huru-hara yang tidak padam sehingga kini, begitu juga kemenangan Parti Islam FIS di Algeria hanya dalam pilihan raya Majlis Perbandaran dirampas kuasa dan diharamkan secara terbuka, menjatuhkan Presiden Mursi di Mesir dengan dramanya yang tersendiri, sikap barat terhadap Revolusi Islam bermazhab Syiah di Iran juga dipulau dengan fatwa negara barat sehingga menyekat segala usahanya menyatukan umat menentang Israel dan lain-lain.

Kini giliran Turki dengan pendekatan Erdogan yang dinafikan Islamnya secara undang-undang yang merumitkan, dilakukan rampasan kuasa tentera yang diulang senarionya tiba-tiba menemui kagagalan. Sebaik sahaja beritanya tersebar, dapat disaksikan betapa negara penjajah dan sekutunya menunggu dan lihat siapa yang menang.

Kecuali Mesir yang menyokong rampasan kuasa gagal itu secara berani kerana mengikut sunnahnya, sehingga lebih ke hadapan daripada Israel yang membisu.

Semua negara barat terkini mendesak supaya Turki menghormati undang-undang tidak menjatuhkan hukuman mati oleh mahkamahnya nanti ke atas mereka yang nyata terlibat dalam rampasan kuasa yang gagal itu, sedangkan mereka boleh melakukan pembunuhan kerana perbezaan warna kulit membunuh beramai-ramai menyerang Afghanistan dan Iraq kerana khabar angin adanya senjata merbahaya atau adanya seorang sahaja yang diburu seperti Osama bin Laden, Saddam Hussin, Muammar Ghadafi atau Ayatullah Khomeini dan sebagainya, sebaliknya melindungi Salman Rusydi dan rakan-rakannya tanpa mahkamah dan bukti yang kukuh.

Mereka juga memejam mata terhadap pembunuhan rakyat Palestin, Rohingya dan terakhirnya hukuman mati ke atas para pemimpin Jamaat Islami di Bangladesh kerana kesalahan tidak menyokong perpecahannya daripada Pakistan setelah berlalunya masa lebih empat puluh tahun.

Perlu diperkenalkan tiga tokoh yang menggagalkan rampasan kuasa Turki, mereka bersama Erdogan, mereka ialah, Perdana Menterinya Binali Yildirim, Pemangku Penglima tentera yang memimpin operasi menentang pemberontakan, Jeneral Omet Dawardar dan Ketua Perisikan, Jeneral Dr Hakan Fidan.

Kali ini diharapkan jeratnya tidak mengena, laksana ayamnya terlepas, tangan berbau najis.

Benarlah firman Allah SWT di dalam Surah Al-Baqarah, ayat 109:

وَدَّ كَثِيرٞ مِّنۡ أَهۡلِ ٱلۡكِتَٰبِ لَوۡ يَرُدُّونَكُم مِّنۢ بَعۡدِ إِيمَٰنِكُمۡ كُفَّارًا حَسَدٗا مِّنۡ عِندِ أَنفُسِهِم مِّنۢ بَعۡدِ مَا تَبَيَّنَ لَهُمُ ٱلۡحَقُّۖ فَٱعۡفُواْ وَٱصۡفَحُواْ حَتَّىٰ يَأۡتِيَ ٱللَّهُ بِأَمۡرِهِۦٓۗ إِنَّ ٱللَّهَ عَلَىٰ كُلِّ شَيۡءٖ قَدِيرٞ  (١٠٩البقرة.)

“Banyak di antara ahli kitab menginginkan sekiranya mereka dapat mengembalikan kamu kepada kekafiran setelah kamu beriman, kerana rasa dengki dalam diri mereka, setelah kebenaran jelas bagi mereka. Maka maafkanlah dan biarkanlah mereka, sampai Allah mendatangkan perintah-Nya. Sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas segala sesuatu.”

“BERISTIQAMAH HINGGA KEMENANGAN”

ABDUL HADI AWANG
Presiden PAS
16 Syawal 1437 / 21 Julai 2016 – HARAKAHDAILY 21/7/2016

%d bloggers like this: