20160706_125108 20160706_125137 20160706_130653

Tarikh : 6 Julai 2016

Lokasi : Tanah Perkuburan Kg Rancha-Rancha WP Labuan

* SALLEH ONG KIAT berasal dari Hong Kong, berhijrah ke Labuan, dikatakan berniaga sebagai penjual ubat. Dikatakan juga dibawa oleh British untuk bekerja buruh arang batu di Labuan. Beliau memeluk Islam dan berkahwin dengan isteri pertama suku kedayan dan mempunyai tiga orang anak. Kemudian berkahwin dengan isteri kedua suku brunai juga dikurniakan tiga orang anak.

* Daripada isteri kedua suku brunai ini, salah seorang anaknya bernama MATALI. Matali berkahwin dengan HABSAH dan mereka dikurniakan dengan tiga orang anak, salah seorangnya bernama MINAH. Minah berkahwin dengan ABDUL JALIL BIN MAIDIN. Pasangan ini mempunyai 14 orang anak termasuk dua yang gugur. Salah seorang anak mereka ialah HALIMAH iaitu mama kami.

* Kembali kepada Salleh Ong Kiat tadi. Daripada isteri keduanya yang suku brunai tadi, seorang lagi anak mereka bernama AINAH atau dipanggil Dayang Halus. Dayang Halus berkahwin dengan SULAIMAN BIN TARIP. Perkahwinan ini dikurniakan dua orang anak – MAHALI dan Bakar.

* MAHALI berkahwin dengan KAMARIAH BINTI SAHAT dan mereka dikurniakan empat orang anak. Salah seorangnya ialah OTHMAN iaitu bapa kami. Ertinya kedua bapa dan mama kami adalah pupu dua kali.

* Kami mempunyai tujuh adik beradik, termasuk seorang yang meninggal dunia dalam usia yang kecil (abang saya), tidak termasuk seorang yang gugur (adik saya). Kami yang kini tinggal berenam masing-masing sudah berkeluarga, dan sehingga kini Haji Othman dan Halimah dikurniakan 22 orang cucu. Dua lagi dalam perjalanan menjadikan 24 cucu insya Allah.

* Nama saya Muhammad Akmal bin Othman bin Mahali bin Sulaiman bin Tarip. Sulaiman berkahwin dengan Ainah @ Dayang Halus binti Salleh Ong Kiat. Atau dari salsilah mama : Muhammad Akmal bin Halimah binti Minah binti Matali bin Minah (isteri kedua Ong Kiat). Patutlah dalam keluarga kami ada yang muka iras cina seperti bermata sepet dan berkulit cerah.

* Catatan ini untuk kenangan dan ingatan keluarga dan anak-anak. Susur galur memfokuskan salsilah yang berkaitan dengan keluarga kami sahaja. Maklumat ini setelah bercerita panjang bersama bapa Haji Othman Mahali pada 7 Julai 2016. Ia mungkin akan dikemaskini dari masa ke masa.

* Foto ketiga, batu nisan Salleh Ong Kiat di Taman Perkuburan Kg Rancha-Rancha WP Labuan. Tulisan jawi yang kabur tertulis ‘orang muallaf cina’.

 

Advertisements