Sumber : https://www.facebook.com/permalink.php?story_fbid=1440243779335288&id=177786515581027

Ustaz Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz

Tazkirah Ramadhan (2)

Saatnya anda terasa lapar, itu tanda Allah mahu ingatkan anda akan pahala bertali arus yang sedang dikurniakan-NYA kerana andakan berlapar kerana-NYA.

Saatnya anda terasa letih, itu tanda Allah mahu ingatkan anda akan dosa-dosa kita yang banyak yang sedang digugurkan-NYA kerana andakan sedang bersabar kerana-NYA.

Saatnya anda mengira-ngira pahala yang dikurniakan-NYA, itu tanda Allah mahukan anda tahu bahawa anda mampu berubah jauh lebih baik dan lebih soleh daripada diri anda hari ini.

Saatnya anda membilang-bilang dosa yang berguguran, itu tanda Allah mahukan anda sedar dan insaf bahawa anda sedang menyembah ALLAH, tuhan yang haq, yang maha mengasihani, maha menerima taubat dan maha berkuasa atas segala sesuatu.

Berpuasalah anda. Sesungguhnya tiadalah ganti bagi ibadah hebat ini selain syurga yang menanti.

#TazkiahNafs
#SalamRamadhan

Advertisements