Archive for 26 Mei 2016


Sumber : http://www.harakahdaily.net.my/index.php/kesatuan-fikrah/41283-pas-teguh-kerana-islam-disemat-dalam-perlembagaan

Intipati ucapan perasmian Muktamar Dewan Ulamak PAS Terengganu Kali Ke-51 oleh Senator Datuk Dr Johari Mat

1. Ulama bagaikan bintang di langit. Bintang dijadikan panduan perjalanan pada waktu malam walaupun jumlahnya sedikit pada pandangan mata.

2. Kita bukan para Sahabat, kita bukan ulama yang hebat seperti ulama terdahulu, tetapi kita suka dan mahu bersama ulama. Ilmu kita tidak banyak. Namun apabila kita berada di kampung atau di tempat masing-masing, kita dipaggil ulama. Kita dipakaikan nama ulama. Justeru, bawalah setakat mampu (kerana kita tidak boleh tinggalkan ilmu setelah memperolehinya)

3. Kita bawa ‘barang besar’ iaitu Islam. Orang paling layak pikul tugas ini ialah ulama. Ketua seluruh orang alim ialah nabi. Kita bawa Islam setakat yang kita boleh.

4. Allah terima amal kita apabila kita ikut Islam. Kita baca ayat Quran:

Maksudnya: “Dan sesiapa yang mencari ugama selain ugama Islam, maka tidak akan diterima darinya, dan ia pada hari akhirat kelak termasuk orang yang rugi.”
Aali Imran: 85

Semua org takut rugi- penjual, pembeli, pedagang, ustaz. Peranan kita beritahu kepada orang lain supaya tidak rugi, iaitu kena ikut Islam.

5. Hadis qudsi sebut lebih terang tentang ayat di atas, iaitu pada hari kiamat nanti setiap amalan akan datang, perkenalkan ‘diri’nya, lalu diberi khabar gembira. Akhir sekali Islam datang: Engkau Tuhan bernama AsSalam dan aku Islam. Ertinya setiap aktiviti hidup mesti berlandas dan bertunjangkan Islam.

6. Parti kita bawa Islam. Kita pula berada dalam Dewan Ulama. Kita mesti ada kemahiran tinggi dalam segala keadaan dan situasi. Kebijaksanaan mesti ada. Itulah yang ditunjuk dalam budaya politik matang dan sejahtera (BPMS).

7. Dalam konteks politik Terengganu, kalau kita nak jadi kerajaan melalui jalan mudah seperti kerjasama dengan golongan yang nak jatuhkan MB, mungkin boleh tapi ia jadi seperti mee segera, begitu juga mereka yang menyokong Dr M untuk jatuhkan PM melalui Deklarasi Rakyat.

8. Umno sebenarnya sangat tenat. Kita perkukuhkan jemaah. Saya lihat ada cahaya di hujung terowong.

9. Tugas ulama mendidik. Peringkat informal, kita ada pelbagai bentuk institusi informal.

10. Kita juga kena faham Perlembagaan PAS kerana parti kita berjalan mengikut perlembagaan, walaupun kita bukan ahli perundangan.

11. Perlembagaan PAS ada 12 bab, 88 fasal. Antaranya dasar Islam. Kerana Islam kita berkawan dengan orang, kerana Islam kita tidak berkawan dengan orang.

12. Perkara ini prinsip. Ini bukan sekarang. Ia berlaku semenjak dari para nabi. Kita gagah kerana berpegang dengan Islam.

13. Walaupun.kita keseorangan, kita kuat kerana berpegamg dengan Islam. Bukalah ‘kitab’ mana-mana parti, ada tak parti lain yang letak Islam sebagai dasar? Allah berfirman: “Adapun buih itu, maka ia akan hilang.”

14. Kita tanya mereka yang melompat, tubuh parti lain: “Demo gi ke lain tu cari gapo? Isle ko gapo? Nok cari Isle, sini ado doh.’

15. Solat berjemaah dengan satu imam, tak diterima jemaah kedua.

16. Dalam hidup ada perkara berbeza, yang tak boleh ialah berpecah. Ikhtilaf tidak apa, tafarruq tidak boleh. Dalam berjemaah, akhirnya pendapat ketua sebagai pemutus diikuti.

17. Ibn Mas’ud sebut: ‘Saya sempat dengan Nabi, Abu Bakar, Umar solat qasar musim haji. Di zaman Uthman awalnya beliau solat qasar, kemudian solat tamam (sempurna 4 rakaat).’ Ibn Mas’ud ikut solat. Beliau ditanya kenapa ikut? Beliau jawab: ‘Bercanggah itu keji’. Ikut Uthman solat tamam kenapa?

18. Majlis Syura hanya ada dalam PAS. Keputusan muktamar dirujuk kepada Majlis Syura. Kita ini cermat dalam membuat keputusan supaya kita benar-benar ikut Islam.

19. Seruan PAS: ‘Allahuakbar.’ Tujuan perjuangannya pula supaya tegak dalamnya masyarakat berdasarkan nilai Islam dan mendapat redha Allah. Perkara ini ramai yang terlepas pandang. Kita nak dalam masyarakat ada nilai Islam dan redha Allah. Boleh jadi orang tak berkenan. Ini adalah penegasan kita.

20. Semua orang boleh ikut Islam, tak kira siapa. Bukan Islam pun boleh ikut. Keadilan ialah perkara yang disukai oleh semua orang. Cara realisasi Islam ialah dalam bentuk perlaksanaan melalui undang-undang. Orang akan lihat Islam itu adil.

21. Kita berpolitik sama dan seiring dengan dakwah. Dakwah nak tarik orang lain. Politik pun nak tarik orang.

22. Kalau seseorg itu Islam, sepatutnya tak ada sebab dia pilih parti yang lain.

23. Di kalangan mereka yang terlibat dengan orang yang berkuasa, ada yang berminat dengan PAS, tetapi kerana masih ada kuasa, mereka belum bersedia. Sebab itu kita lihat, bila mereka pencen baru isytihar masuk PAS.

24. Islam seperti air turun dari gunung, tidak ada yang boleh halang.

24. Dalam Dewan Negara, senator-senator selain PAS besedia sokong rang hudud. Ini kejayaan kita.

25. Dalam Perang Badar, Allah tolong dengan cara yang tak disangka. Nabi tanya pandangan Sahabat tentang tawanan perang. Ada 2 pendapat. Nabi terima pandangan tawanan ditebus. Allah tegur akhirnya, tapi keputusan ialah dengan syura dan mengambil keputusan melalui syura.

Catatan:
Ustaz Nik Muhammad Nasri Nik Malek
Timbalan 1, Jabatan Perhubungan Awam, IT Dan Media Baharu, Dewan Ulama PAS Pusat
dan Ketua Lajnah Media Baharu DUPNT

Mujamma’ AsShafie
Taman Islam Kemaman
Ahad 22 Mei 16
12.09 tengah hari

Sumber : http://www.harakahdaily.net.my/index.php/kesatuan-fikrah/41280-dedikasi-selamat-hari-guru-buat-sykes-picot

RASANYA masih belum terlambat untuk saya mencoret segugus kata sempena hari guru yang baru sahaja berlalu. Biarlah lambat, asalkan bermanfaat.

Kata orang, guru terbaik adalah pengalaman. Jadi sempena hari guru bertarikh 16 Mei, saya kira sambutannya adalah lebih bermakna jika tidak ditujukan kepada individu, sebaliknya didekasikan kepada pengalaman umat Islam yang lalu, yang banyak memberi pengajaran berguna buat kita semua.

Berkongsi tarikh hari yang sama dengan hari guru, 16 Mei tahun 1916 telah dimeterai perjanjian Sykes-Picot antara Menteri Luar British, Mark Sykes dengan Francois Georges Picot , Menteri Luar Perancis.

Perjanjian tersebut juga disertai oleh kerajaan Russia melalui maklumat sulit yang dipecahkan setelah berlaku Revolusi Bolshevik 1917.

Kandungan perjanjian ini adalah sebuah pembahagian kuasa antara kuasa besar penjajah terhadap tanah air negara-negara umat Islam apabila kerajaan Uthmaniah jatuh tidak lama selepas itu.

Sebahagian wilayah Uthmaniah diberi kepada British manakala sebahagian lagi diserahkan kepada Perancis. Dipercayai Rusia juga bakal mendapat laba hasil dari kejatuhan wilayah Islam tersebut.

Setelah Perang dunia pertama berakhir tahun 1918-1919, kerajaan Turki lumpuh apabila banyak tanah taklukannya dijajah. Ini membuka ruang kepada penjajah barat untuk menyuntik api perkauman dan mazhab terhadap umat Islam supaya keluar dari penguasaan Uthmaniah atas nama kemerdekaan.

Penduduk Iran bermazhab Syiah Imamiah dan penduduk Yaman bermazhab Syiah Zaidiah diapikan untuk menentang Turki yang bermazhab Sunni. Penduduk semenanjung arab (kini Saudi, Kuwait, Oman, Qatar, UAE) yang bermazhab salafi-wahhabi pula diapikan menentang Turki bermazhab Asyairah dan Maturidi.

Hasil dari serangan pelbagai arah, 3 Mac 1924 menyaksikan kejatuhan Uthmaniah secara total. Sehingga hari ini umat Islam menerima padah yang tidak berkesudahan. Umat Islam ibarat makhluk asing yang dianaktirikan dari mendapat hak sebenar mereka sebagai penduduk dunia.

Islam digambarkan sebagai kumpulan pengganas, menolak kemajuan, tidak layak menerima penghormatan masyarakat dunia dan harus dilenyapkan dari muka bumi. Keadilan hanya untuk manusia lain tetapi bagi Islam, menindas mereka pula adalah satu bentuk keadilan sejagat.

Pengalaman pahit inilah guru umat Islam terbaik. Pengajaran yang ditimba dari guru ini dapat kita simpul kepada:

1. Kesilapan Mentaati Orang Bukan Islam
Akibat daripada pemimpin-pemimpin umat Islam setempat yang mudah dihasut oleh musuh Islam, mereka menerima padah. Hanya kerana bencikan sedikit perbezaan atau kekurangan yang ada pada pemerintah, mereka terus percaya kepada si kuffar yang kononnya mahu membantu, tetapi sebenarnya punya perancangan jahat menumbangkan Islam.

Amaran ini telah disebut oleh Allah SWT:

وَلَا تُطِعِ الْكَافِرِينَ وَالْمُنَافِقِينَ وَدَعْ أَذَاهُمْ وَتَوَكَّلْ عَلَى اللَّهِ ۚ وَكَفَىٰ بِاللَّهِ وَكِيلًا

“Dan janganlah engkau menurut kehendak orang-orang kafir dan orang-orang munafik dan janganlah engkau hiraukan usikan dan celaan mereka, serta berserahlah kepada Allah (memelihara keadaanmu); dan cukuplah Allah menjadi Pelindung (yang menyelamatkanmu).”

2. Perbalahan Sesama Sendiri
Racun yang ditanam oleh musuh secara halus adalah membesarkan perbezaan antara kumpulan-kumpulan penganut Islam. Perbalahan antara kaum, antara mazhab dan fahaman telah menyebabkan sebahagian pihak mengisytiharkan saudara seakidah sebagai musuh yang halal darahnya.

Kesibukan berbalah sesama sendiri melekakan umat Islam dari musuh utama yang tidak pernah lalai dari menjatuhkan Islam. Malah, ada kalangan umat Islam sanggup menerima pertolongan musuh semata-mata untuk menghapuskan sesama sendiri.

Sunni bergaduh dengan Syiah. Wahabi memerangi Asyairah Maturidi. Syafie dan mazhab lain juga bermusuh. Itu tidak lagi dikira pertembungan antara kaum arab-kurdi, turki-kurdi, parsi-arab dan sebagainya.

Walaupun tidak dinafi memang ada antara umat Islam yang sesat, tetapi menerima pertolongan musuh adalah satu kesilapan besar. Kenapa perlu berubah jadi percaya kepada musuh yang telah digazetkan dalam al-Quran pula, dan menjadikan saudara seakidah sebagai musuh sedangkan ini semua tidak diajar oleh Islam.

Tuhan telah mengingatkan:

إِنَّ الَّذِينَ فَرَّقُوا دِينَهُمْ وَكَانُوا شِيَعًا لَسْتَ مِنْهُمْ فِي شَيْءٍ ۚ إِنَّمَا أَمْرُهُمْ إِلَى اللَّهِ ثُمَّ يُنَبِّئُهُمْ بِمَا كَانُوا يَفْعَلُونَ

“Bahawasanya orang-orang yang mencerai-beraikan agama mereka (dengan perselisihan-perselisihan yang berdasarkan hawa nafsu), dan mereka menjadi berpuak-puak, tiadalah engkau terkait sedikitpun dalam (perbuatan) mereka. Sesungguhnya perkara mereka hanya terserah kepada Allah. Kemudian Ia akan menerangkan kepada mereka (pada hari kiamat kelak), apa yang telah mereka lakukan (dan membalasnya).”[Al-Anaam:159]

3. Meninggalkan Ajaran Islam Sebagai Cara Hidup
Punca utama kejatuhan dan kegelapan umat Islam mutakhir ini adalah sikap umat Islam sendiri yang meninggalkan ajaran Islam dan memilih ajaran dan petunjuk lain selainnya.

Kuasa penjajah bukan sahaja mengambil langkah politik terhadap negara umat Islam, bahkan juga memerangi sistem pendidikan Islam dan memperkenalkan pendidikan sekular kononnya atas alasan kemajuan. Akibatnya Islam hanya dijadikan amalan di masjid surau dan tidak lagi menjadi panduan dalam urusan kehidupan seharian yang lain.

Inilah perkara yang diingatkan oleh Saidina Umar Al-Khattab sewaktu umat Islam mula-mula berjaya menawan Palestin daripada kuasa besar utama dunia waktu itu, Empayar Rom. Ucap Saidina Umar dengan tegas:

نحن قوم أعزنا الله بالإسلام مهما ابتغينا العزة بغير ما أعزنا الله أذلنا الله

“Kita adalah kaum yang Allah muliakan dengan Islam. Seandainya kita mencari kemuliaan selain dari Islam, nescaya Allah akan jadikan kita kembali hina.”

4. Pentingnya Umat Islam Peka Terhadap Politik
Terpengaruhnya umat Islam dengan tipudaya musuh adalah kerana ketidakpedulian mereka terhadap ilmu politik dan ketidakterlibatan mereka dalam dunia politik. Mereka jadi tidak kenal siapa kawan dan siapa musuh. Mereka tidak tahu membaca strategi lawan. Mereka tidak sedar sedang dipergunakan.

Gerakan Wahhabi yang membawa Islah dalam kehidupan beragama masyarakat waktu itu, mudah dipergunakan al-Saud untuk merealisasikan tuntutan penjajah. Kumpulan-kumpulan tarikat sufi juga banyak yang termakan dakyah musuh untuk membenci Uthmaniah kerana masalah politik yang berlaku. Ada yang tidak mempedulikan langsung apa jua kondisi kerajaan Islam, hanya mementingkan jemaah sufi mereka sahaja.

Semua ini akibat tiada kesedaran politik di kalangan umat Islam termasuk para agamawan dan jemaah Islam. Sedangkan menurut Dr Abdul Fattah Solah al-Khalidi, Dr Yusof al-Qardawi dan ramai sarjana Islam sekian lama, bahawa memisahkan dakwah dan politik adalah suatu ‘bidaah mungkar’ yang mesti diperangi.

Politik adalah mesej semua Nabi-nabi dan Rasul. Disebut oleh baginda SAW:

كانت بنو إسرائيل تسوسهم الأنبياء كلما هلك نبي خلفه نبي وإنه لا نبي بعدي وسيكون خلفاء

“Bani Israel dahulunya diuruskan politiknya oleh para Nabi. Setiap kali pergi seorang Nabi maka akan digantikan oleh Nabi yang lain. Dan tiada lagi Nabi selepasku tetapi akan ada para pengganti.”

[HR Bukhari dan Muslim] – HARAKAHDAILY 24/5/2016

%d bloggers like this: