Tarikh : 21 Februari 2016
Alhamdulillah, sebaik kepulangan dari Ipoh-KLIA-KKIA, isteri dan anak-anak meraikan saya dengan makan kek ulangtahun ke-37 walaupun sehari terlewat. Kebetulannya, majlis penutupan Majlis Menghafaz al-Quran Peringkat Kebangsaan Kali Ke-37 bertepatan dengan ulangtahun saya. Saya menyedari bahawa saya berkongsi usia dengan majlis menghafaz yang telah diadakan sejak 37 tahun lalu. Hihihi..
Selain itu di kelas semester 4, anak-anak tasmik saya juga membuat kejutan yang tidak mengejutkan. Mereka juga membawakan kek ulangtahun semasa sesi tasmik berjalan. Terima kasih semuanya. Semoga ukhuwah ini berkekalan.