Tarikh : 29 Januari 2016
Lokasi : Surau ar-Rahman, MTQQNS
Kuliah maghrib setiap jumaat malam sabtu, walaupun tidak setiap minggu kerana bermacam sebab dan halangan, kali ini adalah kuliah maghrib terakhir. Tajuk yang terakhir ini membincangkan tentang munakahat (kekeluargaan) Islam, merujuk buku Indahnya Hidup Bersyariat.
Walaupun masih banyak lagi tajuk di dalam buku ini, saya mengambil sikap untuk memberhentikan kuliah di sini setakat ini sahaja. Saya juga ada kuliah bulanan atau kadang-kadang dwi bulanan di Masjid Nurul Hidayah Pekan Bongawan pada maghrib malam yang sama.
Terima kasih kepada para penyumbang buku Indahnya Hidup Bersyariat, yang saya kira mungkin sudah mencapai 100 buah buku, juga penyumbang rehal dan meja kuliah surau, kesemuanya hasil sumbangan umat Islam ke maahad ini. Mudah-mudahan menjadi pahala yang mengalir kepada semua penyumbangnya sehingga ke hari kiamat.
Terima kasih kepada semua warga maahad yang setia menghadiri kuliah ini sejak 4 tahun lalu sehingga ia berakhir pada tarikh ini.