Tarikh : 24 Januari 2016
Lokasi : Pejabat ABIM Sabah Grace Square Sembulan
Saya tidak menyedari bahawa JK Waqaf Masjid Penampang ini sudah bertahan selama 9 tahun. Demikian dimaklumkan oleh Ustaz Suhaili Paiman salah seorang AJK Waqaf. Catatan pertama saya dalam blog ini berkenaan program waqaf masjid ialah pada April 2009, saya kongsikan ketika itu foto solat hajat sempena pembinaan masjid di Surau Taman Austral. Sudah tentu penubuhan JKnya lebih awal daripada itu.
Namanya bangunannya pun sudah bertukar daripada Masjid Penampang kepada Pusat Komuniti Islam Penampang. JK ini masih bertahan dan semoga satu hari cita-cita melihat masjid ini tertegak akan menjadi kenyataan. Mohon doanya.