Tarikh : 3 Oktober 2015
Lokasi : Kolej Komuniti Beaufort
Segmen : Kursus Pengurusan Janazah
Hey there! Thanks for dropping by ABU NUHA CORNER! Take a look around and grab the RSS feed to stay updated. See you around!
Tarikh : 3 Oktober 2015
Lokasi : Kolej Komuniti Beaufort
Segmen : Kursus Pengurusan Janazah
Sumber : http://m.harakahdaily.net/index.php/presiden/37873-semoga-1437h-janjikan-masa-depan-lebih-baik-untuk-islam
PERUTUSAN MAAL HIJRAH 1437H
Allah SWT berfirman di dalam Al-Quran:
إِنَّ الَّذِينَ تَوَفَّاهُمُ الْمَلَائِكَةُ ظَالِمِي أَنْفُسِهِمْ قَالُوا فِيمَ كُنْتُمْ ۖ قَالُوا كُنَّا مُسْتَضْعَفِينَ فِي الْأَرْضِ ۚ قَالُوا أَلَمْ تَكُنْ أَرْضُ اللَّهِ وَاسِعَةً فَتُهَاجِرُوا فِيهَا ۚ فَأُولَٰئِكَ مَأْوَاهُمْ جَهَنَّمُ ۖ وَسَاءَتْ مَصِيرًا * إِلَّا الْمُسْتَضْعَفِينَ مِنَ الرِّجَالِ وَالنِّسَاءِ وَالْوِلْدَانِ لَا يَسْتَطِيعُونَ حِيلَةً وَلَا يَهْتَدُونَ سَبِيلًا * فَأُولَٰئِكَ عَسَى اللَّهُ أَنْ يَعْفُوَ عَنْهُمْ ۚ وَكَانَ اللَّهُ عَفُوًّا غَفُورًا *
“Sesungguhnya orang-orang yang diambil nyawanya oleh malaikat semasa mereka sedang menganiaya diri sendiri (kerana enggan berhijrah untuk membela Islam dan rela ditindas oleh kaum kafir musyrik), mereka ditanya oleh malaikat dengan berkata: “Apakah yang kamu telah lakukan mengenai ugama kamu?” Mereka menjawab: “Kami dahulu adalah orang-orang yang tertindas di bumi”. Malaikat bertanya lagi: “Tidakkah bumi Allah itu luas, yang membolehkan kamu berhijrah dengan bebas padanya?” Maka orang-orang yang sedemikian itu keadaannya, tempat akhir mereka ialah neraka jahanam, dan neraka jahanam itu adalah seburuk-buruk tempat kembali. Kecuali orang-orang yang lemah (lagi uzur) dari kaum lelaki dan perempuan serta kanak-kanak, yang tidak berdaya upaya mencari helah (untuk melepaskan diri) dan tidak pula mengetahui sesuatu jalan (untuk berhijrah). Maka mereka (yang demikian sifatnya), mudah-mudahan Allah maafkan mereka. Dan (ingatlah), Allah Maha Pemaaf, lagi Maha Pengampun.” [Surah Al-Nisa’, ayat 97 – 99]
Parti Islam Se-Malaysia (PAS) merakamkan ucapan selamat menyambut Maal Hijrah kepada seluruh Ummat Islam, khususnya di bumi Malaysia ini. Hijrah adalah suatu peristiwa besar dalam Islam yang memberikan pengajaran yang sangat bermakna kepada kita semua sebagai ummat Islam.
Hari ini umat Islam seluruh dunia sedang menghadapi suasana dan ujian yang sukar. Umat Islam di negara kita sedang diuji dengan usaha-usaha untuk menafikan kedudukan Islam seperti yang dijamin perlembagaan bahkan terdapat usaha ketara untuk menghalang umat Islam daripada hak untuk melaksanakan tuntutan Islam.
Umat Islam di rantau Arab sedang diuji dengan perpecahan dan perang saudara, manakala di Eropah umat Islam sedang diuji dengan Islamophobia yang sedang dicanang oleh musuh-musuh Islam untuk menggambarkan umat Islam sebagai pengganas dan perlu diperangi. Lebih menyedihkan Maal Hijrah tahun ini disambut dalam suasana umat Islam sedang dibunuh di tanah air mereka seperti di Palestin, Burma, Afghanistan, Iraq dan beberapa negara lain.
Antara kunci penting peristiwa Hijrah ialah kesatuan dan perpaduan ummah, kesatuan muhajirin mendukung perjuangan Islam dan semangat perpaduan ansar menerima saudara-saudara muhajirin yang tidak mereka kenali. Kunci penting inilah yang membawa kepada terbinanya Madinah yang menjadi model Kerajaan Islam terbaik yang dipenuhi rahmat dan penuh keadilan kepada semua penduduknya samada penganut Islam dan bukan Islam.
Oleh yang demikian, marilah bersama kita mengambil semangat dan pengajaran daripada peristiwa hijrah untuk kita bina kesatuan dan perpaduan ummah sehingga terbinanya sebuah negara yang menjamin keadilan dan rahmat untuk semua penduduknya. Semoga tahun hijrah 1437 akan menjanjikan masa depan yang lebih baik untuk Islam di Malaysia khasnya dan seluruh dunia amnya.
“BERISTIQAMAH HINGGA KEMENANGAN”
ABDUL HADI AWANG
Presiden PAS
01 Muharram 1437H / 14 Oktober 2015
– HARAKAHDAILY 14/10/2015
1) Darussyifa' Bandar Sierra Kota Kinabalu
Setiap Rabu, Jumaat & Sabtu
8.30-11.00 malam
2) Darussyifa' Lok Kawi
Taman Pantai Lok Kawi, Kinarut Papar
Setiap Rabu, Khamis & Jumaat
8.30-11.00 malam
3) Darussyifa' Tawau
Taman UniVilla, Tawau
Setiap Ahad
2.00 petang
4) Darussyifa' Kota Kinabalu
Surau Taman Sempelang, Sembulan
Setiap Ahad
9.00 pagi - 12.00 tengahari
Hubungi : 013-8510199
Aktiviti :
1) Mengaji Iqra' dan al-Quran
2) Menghafaz al-Quran dengan pilihan surah tertentu
Hari :
1) Rabu Malam Khamis
2) Khamis Malam Jumaat
Masa : 8.00-9.30 malam
Hubungi : 013-8510199
Isnin - Kitab Mauizatul Hasanah, Masjid as-Sobirin Kg Sipanggil Putatan
Selasa - Kitab Huru Hara Hari Kiamat,
Masjid al-Mahabah Kg Muhibbah Petagas Putatan
Rabu - Talaqqi al-Quran & Terjemahan,
Surau Taman Austral Kepayan
Khamis - Tafsir Surah al-Baqarah,
Surau al-Hijrah Apartment Platinium Putatan (Bulanan)
Jumaat - Kitab Hadith 40,
Masjid Nurul Hidayah Pekan Bongawan
Sabtu - Kitab Asmaul Husna,
Masjid Daerah Putatan
Ahad - Kisah dan Teladan Salafussoleh,
Masjid Jamek, Kg Ulu Putatan
Hulurkan sumbangan untuk program dakwah seluruh Sabah 100 160 100 607 17 (Bank Islam)
Membawa sedikit bantuan di sebuah kampung di Kota Marudu
Perjalanan menempuh ombak mencari kebenaran di sebuah pulau di Semporna.
Perjalanan memantapkan aqidah kepada anak-anak muda di Pedalaman
Mendaki puncak tertinggi, mengisi program bersama saudara kita di daerah yang dingin mencengkam!
Kenangan di daerah pedalaman, bertemu dan berfikrah bersama anak muda Tenom
Bertemu dan berbincang bersama imam-imam Kota Belud, menyatukan fikrah dan amal
Kembara ke daerah termiskin, menyampai sumbangan untuk saudara kita.
Bersama anak-anak muda SMKA Mohammad Ali, Ranau membincang soal aqidah dan perbandingan agama Islam-Kristian
Meninjau negara jiran, Filipina yang muslimnya sangat minoriti. Bergambar di sisi sebuah masjid di Angeles di mana kami bermalam di sana
Zailan bt Yussoff bagi PROMOSI : BUKU TAJWID AL-… | |
Noorsuziyana Mohamed… bagi TINTA ILMU | |
RIMI BINTI JAFRI bagi LAWATAN MAAHAD TAHFIZ AL-QURAN… | |
Ummu Aishah bagi MADRASAH DARUL MUSTOFA CAWANGA… | |
yijuin bagi ISTANA NEGARA BARU |