Tarikh : 25-26 September 2015

Kami berhajat untuk pulang ke Zamboanga pada petang 25hb itu juga. Ini memandangkan jadual penerbangan kami pada tengah hari dari Zamboanga ke Manila sebelum balik ke Kota Kinabalu pada penerbangan awal pagi 27 September (ahad).

Cuaca pada petang 25hb agak tidak menentu. Hujan lebat dan Abdul Ghani memaklumkan feri tidak datang ke Pulau Basilan atas faktor cuaca tersebut. Kami memutuskan untuk bermalam di sebuah hotel kecil di Bandar Isabella ini. Terdahulu, kami dibawa makan di rumah Tuan Haji Hani dengan jamuan yang bukan alang-alang juga.

Malam itu kami tidur awal di bilik penginapan.

*****

Jam 6 pagi, kami sudah keluar hotel. Rupanya kedudukan hotel ke terminal feri dekat sahaja berjalan kaki kurang 10 minit. Manusia agak ramai dan terminal agak sesak termasuk mereka yang tersekat tidak dapat belayar ke Zamboanga pada hari sebelumnya.

Kami tidak tau apa yang berlaku sebenarnya. Orang ramai menunggu seawal jam 5 pagi atau mungkin lebih awal lagi. Walaubagaimanapun, kami hanya dapat menaiki feri ekspress hampir jam 12 tengah hari. Feri yang penuh sesak belum dapat belayar lagi atas sebab yang kami tidak ketahui.

Akhirnya, pada jam 3 petang feri tiba di Zamboanga dan kami terlepas penerbangan menuju ke Manila. Tuan Haji Akriah mengatur pembelian tiket baharu untuk kami meneruskan penerbangan ke Manila pada malam tersebut juga. Kumpulan Ustaz Wan Azhar dari Terengganu juga terlepas penerbangan. Mereka datang lebih awal ke Pulau Basilan dan kami terserempak di Kg Tambulig.

Pagi ahad, kami meneruskan penerbangan dari NAIA ke KKIA. Alhamdulillah selamat tiba di Kota Kinabalu sebelum tengah hari ahad.

Demikianlah perjalanan musafir yang penuh pengajaran aqidah dan ukhuwah. Semoga ada kesempatan lain berziarah ke lokasi Basilan yang penuh dengan kisah perjuangan.


20150925_155507 20150925_162811 20150925_163047 20150925_165527 20150926_062414 20150926_062501 20150926_112052 20150926_112212IMG_877920150926_151153 20150926_165225IMG-20150927-WA0034

Advertisements