Archive for 20 Ogos 2015


Tarikh : 20 Julai 2015

Lokasi : Taman Perkuburan Kg Likas

Semoga Allah SWT merahmati guru kami Ustaz Haji Parmin Sahlan yang kembali ke rahmatullah. Mudah-mudahan Allah menerima amal soleh beliau dan menempatkan Allahyarham bersama golongan beriman.

IMG-20150720-WA0008IMG-20150720-WA0005 IMG-20150720-WA0006 IMG-20150720-WA0007IMG-20150720-WA0009 IMG-20150720-WA0010 IMG-20150720-WA0011 IMG-20150720-WA0012

Sumber : Web JHEAINS

Maha Suci Allah yang menganugerahi negara kita dengan nikmat kemerdekaan dan keamanan, yang dengannya membolehkan kita menjadi umat yang bertaqwa, menyeru kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran. Dengan nikmat kemerdekaan dan keamanan jugalah kita dapat mengecapi sistem pendidikan yang baik, kestabilan politik, kestabilan ekonomi dan kebebasan mencari rezeki di setiap inci muka bumi negara ini.

Sesungguhnya ini merupakan anugerah Allah SWT yang tidak ternilai harganya dalam suasana dunia yang diwarnai oleh kekejaman sesama manusia, keserakahan perebutan kuasa dan penjajahan minda.

Maka, setiap kali memasuki bulan Ogos, sewajarnya rasa kesyukuran yang tinggi di kalangan seluruh rakyat Malaysia disubur dan dipertingkatkan lagi kerana pada bulan yang bersejarah ini kita merayakan Sambutan Hari Kebangsaan negara kita sebagai manifestasi kemerdekaan yang kita raih dan nikmati hingga ke hari ini. Kita mensyukuri nikmat kemerdekaan yang kita kecapi kerana ia memudahkan kita beribadat serta menjalani kehidupan seharian dalam keadaan aman, selamat dan tenteram.

Jadi dalam mensyukuri nikmat Allah ini, kita semua perlu mengambil iktibar dan menginsafi pergolakan yang terus berlaku di pelosok dunia merangkumi konflik etnik, agama dan bangsa seperti di Myanmar, Afghanistan, Syria, Libya dan lain-lain lagi. Ia seharusnya mengajar kita erti kemerdekaan yang sebenar agar kita tidak lupa diri dan kufur nikmat.

Sebaliknya sentiasa mensyukuri nikmat keamanan, kedamaian, keharmonian dan kemakmuran yang dilimpah dan dianugerahkan Allah SWT kepada negara kita ini dan seterusnya bersungguh-sungguh mendekatkan diri kepada-Nya Yang Maha Esa.

Seyogianyalah kita semua insafi bahawa nikmat kemerdekaan, keamanan dan kemakmuran yang dikecapi rakyat kini bukannya datang bergolek. Ia adalah hasil perjuangan pemimpin dan pejuang terdahulu berkat inayah dan keizinan dari Allah SWT. Kemudian, perjuangan suci itu pula diteruskan oleh pemimpin-pemimpin pasca kemerdekaan.

Oleh itu, sama ada kita lahir sebelum merdeka mahupun lahir sesudah merdeka, kita semua harus sehati sejiwa mensyukuri nikmat kemerdekan, keamanan, keselamatan dan kemakmuran yang kita kecapi hingga ke hari ini. Sehati sejiwa di sini membawa maksud bersatu dan seia sekata dari segi pemikiran, tindakan dan wawasan dalam menghargai, mempertahankan dan memulihara nikmat kemerdekaan kurniaan Allah SWT. Ia boleh kita lakukan melalui tiga cara, iaitu :

Pertama, melalui hati. Bersyukur melalui hati ialah mengakui bahawa semua nikmat yang dikecapi di dunia ini adalah kurniaan Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani. Ia akan meningkatkan rasa keimanan dan ketakwaan kepada Allah SWT sekali gus berusaha menjauhi segala bentuk godaan dunia.

Kedua, melalui lidah. Bersyukur melalui lidah ialah dengan cara mengucapkan kalimah syukur seperti “Alhamdulillah”. Lafaz ini merupakan manifestasi rasa kesyukuran yang lahir daripada hati hasil daripada kesedaran bahawa kehidupan manusia ditentukan serta dikuasai oleh Allah SWT sepenuhnya.

Ketiga, melalui anggota badan. Bersyukur melalui anggota badan ialah dengan menggunakan anggota yang zahir untuk tujuan kebaikan dengan menghindari anggota badan seperti tangan, kaki, mata dan sebagainya daripada melakukan perbuatan yang boleh mendatangkan mudarat kepada diri sendiri, masyarakat dan negara. Ketahuilah bahawa sesungguhnya setiap anggota badan akan menjadi saksi atas apa yang dilakukan di dunia ini pada hari akhirat kelak.

%d bloggers like this: