IMG-20150710-WA0181

Tarikh : 10 Julai 2015

Lokasi : Restoran Maimunah Cyber City Kepayan

Ada sedikit ruang hampir tengah malam meraikan siswa-siswa kami yang terlibat sebagai imam solat tarawih di beberapa masjid dan surau sekitar Kota Kinabalu dan Putatan sepanjang Ramadhan. Ini adalah satu pengalaman berharga buat mereka sebelum berada di medan yang sebenarnya selepas zaman pengajian nanti.

Terima kasih kerana mereka memberikan khidmat menurut kemampuan mereka. Penghargaan juga buat pihak pengurusan masjid dan surau yang memberikan kepercayaan kepada siswa kami memimpin majlis tarawih di tempat masing-masing.

Advertisements