Archive for Julai, 2015


Ustaz Ahmad Dusuki Abd Rani | Tazkirah Madinah Ramadhan- 26 Ramadhan 1436H

Rakaman tazkirah Madinah Ramadhan 1436H yang disampaikan oleh Ustaz Ahmad Dusuki Abd Rani, Pendakwah Bebas di khemah Madinah Ramadhan pada malam ke-27 Madinah Ramadhan 1436H.

Isnin, 26 Ramadhan 1436H/ 13 Julai 2015M

Tarikh : 2 Julai 2015 (Khamis)

Lokasi : Taman Kingfisher Ujana, Likas

20150702_181548 20150702_181557 20150702_183242 20150702_183252 IMG-20150702-WA0114

staz Hj Nasir Mohamad | Tazkirah Madinah Ramadhan- 25 Ramadhan 1436H

Rakaman tazkirah Madinah Ramadhan 1436H yang disampaikan oleh Ustaz Hj Nasir Bin Mohamad, Penolong Kanan Maahad Amir Indra Petra, Bachok di khemah Madinah Ramadhan pada malam ke-26 Madinah Ramadhan 1436H.

Ahad, 25 Ramadhan 1436H/ 12 Julai 2015M

Tarikh : 2 Julai 2015

Lokasi : Menara Tun Datu Mustapha, Teluk Likas

20150702_175306 20150702_175320 20150702_175358 20150702_175437 20150702_180323

AKU, CINTA & BULAN

20150630_212925-1

Buku yang baru dibaca :

Tajuk : Aku, Cinta & Bulan
Penulis : Dr Riduan Mohamad Nor
Penerbit : Jundi Resources
Terbitan : 2015
Muka Surat : 362
Harga : RM25.00 / RM27.00

Memahami makna Islam dan kesempurnaannya bermakna aku wajib mengintima’kan diriku dengan jemaah Islam yang berselut lumpur di medan operasi dakwah, siasah dan tarbiah.

Perjalanan hidup yang berpelangi, menyentuh dinding hati yang paling tersembunyi dan pencarianku dalam kehidupan, maka aku tidak pernah berasa silap untuk berkeringat dengan gerakan Islam ini.

Aku ingin bercerita denganmu kawan, mengapa aku tidak jera memilih PAS, juga tidak menyesal mengenal sosok insan yang aku sanjungi yang turut menjadi naqib usrahku.

Sepanjang hidupnya dia diterjah musuh, namun tetap setia mendakap perjuangan. Kristal-kristal ilmu mengalir jernih daripada sumur akalnya tanpa lelah. Aku diberikan peluang bermusafir dengannya ke Afrika Utara, mengenalinya dengan dekat, tumbuh rasa sayang dan hormat.

Biar ada yang mencela mengatakan aku mengampu tokoh ini. Biarkan mulut itu mencsla kerana aku terhutang budi seumur hidupku kepada tokoh ini yang memperkenalkan aku dengan ilmu Islam dan harakah Islam. Cerita ini bermula saat umurku 13 tahun.

Sumber : Web JHEAINS

Memang manusia disuntik dengan rasa pelbagai macam keinginan terhadap dunia. Maka untuk mengawalnya, manusia perlu dididik tentang wujudnya sesuatu yang lebih baik daripada kesemua rasa kecintaan dunia, iaitu apa yang disediakan di akhirat itu adalah lebih sempurna dan abadi.

Inilah rasionalnya kita dituntut supaya turut mengimarah bulan Syawal ini dengan puasa enam yang ganjarannya adalah pahala puasa laksana setahun penuh. Perkara ini dijelaskan oleh Rasulullah SAW menerusi sabdanya yang bermaksud:

“Barang siapa yang berpuasa di bulan Ramadan kemudian mengiringinya dengan berpuasa enam hari dalam bulan Syawal, maka puasanya itu adalah menyamai setahun penuh.” (HR Muslim).

Ini bererti puasa sebulan Ramadan yang dikerjakan sama dengan sepuluh bulan. Manakala puasa enam hari dalam bulan Syawal sama dengan dua bulan. Hakikat ini dapat kita sandarkan kepada firman Allah SWT:

Yang bermaksud: “Barang siapa yang membawa amal yang baik maka baginya (pahala) sepuluh kali ganda amalnya dan barang siapa yang membawa perbuatan yang jahat, maka dia tidak diberi pembalasan melainkan seimbang dengan perbuatannya, sedang mereka sedikitpun tidak dianiaya (dirugikan).” (S. AlAn’am: 160).

Jelas di sini bahawa meskipun puasa enam hari dalam bulan Syawal adalah sunat sahaja, namun ganjaran melaksanakannya amatlah besar dan bermakna dalam rangka menambah saham akhirat. Ganjaran besar ini tidak diberikan dalam sepuluh bulan yang lain yang menjadikan Syawal begitu istimewa bagi muslim yang suka beramal khususnya puasa.

Sebagai kesimpulannya, sayugianya kita jadikan Syawal sebagai masa yang terbaik untuk berkongsi kegembiraan dengan orang lain melalui penganjuran rumah terbuka. Ia penting kerana majlis rumah terbuka boleh menjadi penghubung yang bermakna sesama umat dalam mengukuhkan ikatan persaudaraan dan persahabatan melalui amalan ziarah.

Malahan penganjuran rumah terbuka juga merupakan satu cara menzahirkan rasa syukur atas segala nikmat kurniaan Allah SWT yang meliputi rezeki, kesempatan melaksanakan puasa Ramadan dan kesempatan bersua serta bermaaf-maafan dengan sanak-saudara, sahabat-handai, rakan-taulan, jiran tetangga dan sebagainya. Dan amalan bersyukur sangatlah dituntut kerana ia mengundang tambahan nikmat dari Allah SWT:

Yang bermaksud: “Dan (ingatlah) tatkala Tuhan kamu memberi tahu: Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur nescaya Aku akan tambahi nikmat-Ku kepada kamu, dan demi sesungguhnya, jika kamu kufur ingkar, sesungguhnya azab-Ku amatlah keras.” (S. Ibrahim: 7).

Dr Yusnan Hj Yusof | Tazkirah Madinah Ramadhan- 23 Ramadhan 1436H

Rakaman tazkirah Madinah Ramadhan 1436H yang disampaikan oleh YB Dr Yusnan Hj Yusof, ADUN Melor di khemah Madinah Ramadhan pada malam ke-24 Madinah Ramadhan 1436H.

Jumaat, 23 Ramadhan 1436H/ 10 Julai 2015M

Ustaz Nassuruddin Daud | Tazkirah Madinah Ramadhan- 22 Ramadhan 1436H

Rakaman tazkirah Madinah Ramadhan 1436H yang disampaikan oleh YB Ustaz Dato’ Hj Nassuruddin Daud, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam, Dakwah, Penerangan dan Hubungan Seranta Kelantan di khemah Madinah Ramadhan pada malam ke-23 Madinah Ramadhan 1436H.

Khamis, 22 Ramadhan 1436H/ 9 Julai 2015M

Tarikh : 30 Jun 2015

Lokasi : Kg Lumat Membakut

Sempat berziarah dan menyampaikan sumbangan sahabat-sahabat di Kg Lumat Membakut untuk mangsa kebakaran.

20150630_180126 20150630_180635 20150630_180826 20150630_180952 20150630_181008 20150630_181123 20150630_181156

Safiuddin Kadundung

إن لله ما أخذ وله ما أعطى وكل شىء عنده بأجل مسمى

Telah kembali ke rahmatullah guru yang dihormati, Cikgu Safiuddin Kadundung sebelum asar 29 Jun 2015. Allahyarham dikenali sebagai guru matematik yang penyayang dan berdedikasi, meninggalkan nama yang harum, anak murid yang ramai serta jasa yang panjang selama puluhan tahun khususnya dalam dunia pendidikan di JHEAINS.

Sekolah dan masjid adalah kehidupannya baik zaman berkhidmat sebagai penjawat awam atau selepasnya. Selepas bersara dalam perkhidmatan awam, Allahyarham bersama keluarga menguruskan Madrasah Tahfiz di rumahnya sendiri yang pelajarnya dikhususkan kepada pelajar muslimat. Anak-anak Allahyarham yang cemerlang dalam pendidikan bukti keluarga ini boleh dicontohi.

Sebagai catatan penting, dua hari sebelum tiba ramadhan tempohari, Allahyarham dianugerahkan Tokoh Guru JHEAINS 2015 yang disampaikan sendiri oleh YB Datuk Mohd Arifin Arif.

Semoga keluarga Allahyarham bersabar dengan ujian ini. Bersama kita mendoakan yang terbaik untuk ruh Allahyarham. Insya Allah jasanya menjadi pahala yang berpanjangan sehingga ke hari kiamat.

Foto ini adalah kenangan istimewa saya bersama Allahyarham ketika kunjungan kami sekeluarga pada hari raya eidul fitri tahun 2013 ke rumah beliau di Kg Tg Aru Kota Kinabalu.

اللهم اغفر له وارحمه وعافه واعف عنه واكرم نزله ووسع مدخله واغسله بالماء والثلج والبرد ونقه من الخطايا كما نقيت الثوب الابيض من الدنس وابدله دارا خيرا من داره…

20150630_100158 20150630_101200IMG-20150630-WA0053 IMG-20150630-WA006320150630_103557

%d bloggers like this: