Archive for 24 Julai 2015


AKU, CINTA & BULAN

20150630_212925-1

Buku yang baru dibaca :

Tajuk : Aku, Cinta & Bulan
Penulis : Dr Riduan Mohamad Nor
Penerbit : Jundi Resources
Terbitan : 2015
Muka Surat : 362
Harga : RM25.00 / RM27.00

Memahami makna Islam dan kesempurnaannya bermakna aku wajib mengintima’kan diriku dengan jemaah Islam yang berselut lumpur di medan operasi dakwah, siasah dan tarbiah.

Perjalanan hidup yang berpelangi, menyentuh dinding hati yang paling tersembunyi dan pencarianku dalam kehidupan, maka aku tidak pernah berasa silap untuk berkeringat dengan gerakan Islam ini.

Aku ingin bercerita denganmu kawan, mengapa aku tidak jera memilih PAS, juga tidak menyesal mengenal sosok insan yang aku sanjungi yang turut menjadi naqib usrahku.

Sepanjang hidupnya dia diterjah musuh, namun tetap setia mendakap perjuangan. Kristal-kristal ilmu mengalir jernih daripada sumur akalnya tanpa lelah. Aku diberikan peluang bermusafir dengannya ke Afrika Utara, mengenalinya dengan dekat, tumbuh rasa sayang dan hormat.

Biar ada yang mencela mengatakan aku mengampu tokoh ini. Biarkan mulut itu mencsla kerana aku terhutang budi seumur hidupku kepada tokoh ini yang memperkenalkan aku dengan ilmu Islam dan harakah Islam. Cerita ini bermula saat umurku 13 tahun.

Sumber : Web JHEAINS

Memang manusia disuntik dengan rasa pelbagai macam keinginan terhadap dunia. Maka untuk mengawalnya, manusia perlu dididik tentang wujudnya sesuatu yang lebih baik daripada kesemua rasa kecintaan dunia, iaitu apa yang disediakan di akhirat itu adalah lebih sempurna dan abadi.

Inilah rasionalnya kita dituntut supaya turut mengimarah bulan Syawal ini dengan puasa enam yang ganjarannya adalah pahala puasa laksana setahun penuh. Perkara ini dijelaskan oleh Rasulullah SAW menerusi sabdanya yang bermaksud:

“Barang siapa yang berpuasa di bulan Ramadan kemudian mengiringinya dengan berpuasa enam hari dalam bulan Syawal, maka puasanya itu adalah menyamai setahun penuh.” (HR Muslim).

Ini bererti puasa sebulan Ramadan yang dikerjakan sama dengan sepuluh bulan. Manakala puasa enam hari dalam bulan Syawal sama dengan dua bulan. Hakikat ini dapat kita sandarkan kepada firman Allah SWT:

Yang bermaksud: “Barang siapa yang membawa amal yang baik maka baginya (pahala) sepuluh kali ganda amalnya dan barang siapa yang membawa perbuatan yang jahat, maka dia tidak diberi pembalasan melainkan seimbang dengan perbuatannya, sedang mereka sedikitpun tidak dianiaya (dirugikan).” (S. AlAn’am: 160).

Jelas di sini bahawa meskipun puasa enam hari dalam bulan Syawal adalah sunat sahaja, namun ganjaran melaksanakannya amatlah besar dan bermakna dalam rangka menambah saham akhirat. Ganjaran besar ini tidak diberikan dalam sepuluh bulan yang lain yang menjadikan Syawal begitu istimewa bagi muslim yang suka beramal khususnya puasa.

Sebagai kesimpulannya, sayugianya kita jadikan Syawal sebagai masa yang terbaik untuk berkongsi kegembiraan dengan orang lain melalui penganjuran rumah terbuka. Ia penting kerana majlis rumah terbuka boleh menjadi penghubung yang bermakna sesama umat dalam mengukuhkan ikatan persaudaraan dan persahabatan melalui amalan ziarah.

Malahan penganjuran rumah terbuka juga merupakan satu cara menzahirkan rasa syukur atas segala nikmat kurniaan Allah SWT yang meliputi rezeki, kesempatan melaksanakan puasa Ramadan dan kesempatan bersua serta bermaaf-maafan dengan sanak-saudara, sahabat-handai, rakan-taulan, jiran tetangga dan sebagainya. Dan amalan bersyukur sangatlah dituntut kerana ia mengundang tambahan nikmat dari Allah SWT:

Yang bermaksud: “Dan (ingatlah) tatkala Tuhan kamu memberi tahu: Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur nescaya Aku akan tambahi nikmat-Ku kepada kamu, dan demi sesungguhnya, jika kamu kufur ingkar, sesungguhnya azab-Ku amatlah keras.” (S. Ibrahim: 7).

%d bloggers like this: