Tarikh : 26 Jun 2015

Lokasi : Bangkok

Sebuah restoran kecil milik orang Islam di tengah kesibukan Kota Bangkok menjadi pilihan kami untuk berbuka puasa. Kelihatannya kawasan majoriti muslim, kerana kelihatan lalu lalang muslimat yang menutup aurat atau ada yang membeli juadah berbuka puasa di gerai-gerai tepi jalan.

Pekerjanya ada yang boleh berbahasa dan memahami bahasa melayu. Maklumlah dari selatan Thailand. Juadahnya tidak banyak beza dengan apa yang ada di tempat kita. Sebaris dengan restoran ini, ada sebuah masjid, Masjid Darul Aman namanya. Jadi, selepas sungkai di Restoran Ali Selatan, kami langsung solat jamak qasr di sini saja.

IMG-20150628-WA0154IMG-20150627-WA0018IMG-20150628-WA0110IMG-20150628-WA0111 IMG-20150628-WA0113IMG-20150627-WA0020IMG-20150628-WA0102