Tarikh : 26 Jun 2015
Lokasi : Masjid Darul Aman Bangkok
Masjid yang makmur, kami solat maghrib dan isyak jamak qasr di sini selepas berbuka puasa di Restoran Ali Selatan tidak jauh dari masjid ini. Di sini juga ada iftar jamaie disediakan dan umat Islam di sekitar sini berbuka puasa sekali. Kelihatan meriah sekali!
Kebersihan dan keindahan masjid di bahagian dalaman juga terjaga rapi. Keadaannya selesa dengan penghawa dingin yang agak lengkap di seluruh masjid. Bahagian mihrabnya pula seperti pentas pelaminan yang menarik perhatian saya. Semoga masjid ini tetap dan terus makmur.