Archive for 11 Julai 2015


MASJID NAHANAK, BANGKOK

Tarikh : 26-27 Jun 2015

Masjid ini dahulunya dibina dengan kayu dan dengan beberapa kali pengubahsuaian, kini berusia lebih 100 tahun dan boleh memuatkan sekitar 2000 jamaah pada satu-satu masa. Antara masjid yang makmur di Bangkok.

Kami berkenalan dengan beberapa tonggak pimpinan masjid ini. Antaranya Tuan Imam Siddiq yang fasih berbahasa Arab. Beliau mengimamkan solat beberapa kali kami singgah di sini.

Kami juga sempat berkenalan dengan Ustaz Abdul Karim, guru al-Quran yang boleh berbahasa melayu siam. Menurutnya beliau mempunyai keluarga hubungan jauh di Kuala Krai Kelantan. Daripada maklumat beliau juga, terdapat 2 ribu rumah penduduk muslim di sekitar Mahanak ini, dan mungkin sejuta (atau lebih) umat Islam di Bangkok.

Di masjid ini, kami sempat menunaikan solat fardhu jumaat, iftar jamaie (berbuka puasa beramai-ramai dan solat jamaah maghrib, isyak dan tarawih. Tidak banyak berbeza dengan Malaysia, level kelajuan tarawihnya pun boleh tahan. Begitu juga di perkarangan masjid ada diadakan bazar Ramadhan.

20150626_13211520150626_132533 20150626_132602IMG-20150628-WA015220150627_18025520150627_18222720150627_18223320150627_18231220150627_18343720150627_18344420150627_18441320150627_18494420150627_18510720150627_19051420150627_19173320150627_192826IMG-20150628-WA0100IMG-20150628-WA0098IMG-20150628-WA0099IMG-20150628-WA0119IMG-20150628-WA0105

Sumber :  http://m.harakahdaily.net/index.php/kesatuan-fikrah/36292-seorang-pak-cik-tua-berdiri-di-hadapan-bank

DR AZMAN IBRAHIM | 07 Julai 2015.

Dalam perjalanan balik dari Jabi ke Kota Bharu pagi ini, saya singgah singgah di sebuah bank di bandar Jerteh untuk mengambil sedikit duit buat belanja dalam perjalanan.

Kelihatan seorang pak cik tua berusia lewat 60-an sedang berdiri di hadapan bank. Saya ingatkan dia peminta sedekah lalu sedikit wang dihulurkan. Rupanya tidak. Pemberian saya ditolaknya dengan baik.

“Awe boleh tolong tengok pitih pok cik. Anak pok cik masuk ko dok lagi…” pintanya perlahan. Rupanya pak cik ni tak pandai nak guna mesin ATM.

“Ooo… boleh saja,” jawab saya.

Kad ATM BSN miliknya saya masukkan di mesin ATM. Kali pertama dia tersalah bagi nombor PIN yang dicatatkan pada satu kertas. Alhamdulillah, kali kedua baru betul.

Muka pak cik ni berubah sayu bila tengok baki akaunnya hanya ada RM12.60.

“Dok masuk lagi…. hari ni 7 haribulan doh…” rungutnya dengan nada kesal.

Saya terkedu sambil bertanya sepatah, di mana tempat anaknya bekerja.
“Kuala Lumpur,” jawabnya sayu.

Kepada mereka yang bernama anak. Apakah kita juga pernah membiarkan seorang insan yang bergelar ayah ternanti-nanti sebegini?

Sepatutnya sebelum kita peruntukan bajet bulanan untuk bayar kereta, bayar bil, bayar sewa rumah, belanja dapur, belanja sekolah anak-anak dan sebagainya lagi, jangan kita lupa nun jauh di desa kelahiran kita ada seorang ayah atau ibu tua yang menunggu dan mengharap sedikit wang belanja dari anaknya. Kalau kita juga dalam kesempitan, apa salahnya telefon mereka sepatah. Cakap baik-baik…

“Mak… ayah… minta maaf banyak-banyak, bulan ni saya lewat sikit masukkan duit. Nanti dah masuk saya telefon mak, ayah…” Tentu sekali tiada orang lain yang memahami kesukaran seorang anak lebih dari seorang ibu atau ayah. Jangan biarkan mereka menunggu dalam kehampaan.

Kesukaran dan tekanan lantaran peningkatan kos hidup akibat kenaikan harga minyak yang berterusan, GST dan segala macam mak nenek lagi natijahnya boleh merenggankan hubungan keluarga dan ikatan kasih sayang.

Satu hari yang menginsafkan di klinik. Kehadiran seorang lelaki berusia 40-an membawa ibunya yang telah berusia 73 tahun ke klinik petang ini amat menyentuh hati.

Ibunya mengalami masalah mental sejak lebih 40 tahun lalu ketika melahirkan beliau, apa yang diistilahkan dalam masyarakat kita sebagai ‘gila meroyan’. Penyakit yang menimpa ibu ini tak sembuh semenjak lebih 40 tahun lalu sehingga sekarang.Tahapnya agak kronik sehingga tak mampu menguruskan diri sendiri.

Lelaki budiman ini adalah anak yang terakhir dilahirkan oleh ibunya sebelum ditimpa tragedi yang menyedihkan ini.

Saya tersentuh bagaimana beliau melayan ibunya dengan penuh kelembutan dan kasih sayang walau bagaimana sekalipun keadaan ibu tua ini.

Saya juga terfikir, bagaimana besarnya pengorbanan seseorang ibu untuk melahirkan seseorang zuriat sehingga terpaksa mengorbankan dirinya sendiri walaupun hakikatnya beliau masih bernyawa, tetapi keadaannya… Ya Allah!

Kita mungkin mempunyai ramai adik beradik, rakan dan teman. Tetapi kita hanya mempunyai seorang ibu dan bapa di dunia ini.

Amat malang bagi seseorang yang masih mempunyai ibu bapa yang telah menginjak usia tua tetapi ibu bapanya yang masih hidup itu tak mampu menjadi penyebab baginya untuk masuk syurga dengan makna dia tidak berbakti kepadanya. – HARAKAHDAILY 7/7/2015

%d bloggers like this: