Archive for Jun, 2015


Sumber : Web JHEAINS

Mari kita menghayati makna empat perkara yang berkaitan dengan bulan Ramadan yang penuh keberkatan ini, iaitu: Bertaqwa, Ibadah puasa, berlapar dan Qiyamullail.

Pertama: Bertaqwa.

Taqwa adalah matlamat utama daripada ibadah puasa yang disyariatkan di dalam Islam. Allah SWT mewajibkan umat Islam berpuasa supaya kita menjadi hamba-Nya yang benar-benar bertaqwa. Orang yang bertaqwa adalah orang yang paling mulia di sisi Allah SWT, firman-Nya di dalam Al-Quran bermaksud :

“Wahai orang-orang Yang beriman! kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana Diwajibkan atas orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertaqwa.” (Surah Al-Baqarah, ayat: 183)

Ketahuilah, sesungguhnya kemuliaan orang yang bertaqwa itu adalah anugerah tertinggi di sisi Allah SWT, tidak ada makhluk lain yang memperolehinya. Beruntunglah orang yang mendapat darjat dan anugerah taqwa itu. Kerana di sisi Allah SWT segala macam rahmat, nikmat dan rezeki akan diberikan oleh Allah SWT, sebagaimana firman-Nya yang bermaksudnya:

“…dan sesiapa yang bertaqwa kepada Allah (dengan mengerjakan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya), nescaya Allah akan mengadakan baginya jalan keluar (dari Segala perkara Yang menyusahkannya), Serta memberinya rezeki dari jalan Yang tidak terlintas di hatinya. dan (ingatlah), sesiapa berserah diri bulat-bulat kepada Allah, maka Allah cukuplah baginya (untuk menolong dan menyelamatkannya). Sesungguhnya Allah tetap melakukan Segala perkara Yang dikehendakiNya. Allah telahpun menentukan kadar dan masa bagi berlakunya tiap-tiap sesuatu.” (Surah Al-Talaq, ayat 2-3).

Kedua: Ibadah Puasa.

Ibadah puasa disyariatkan bukan untuk menyusahkan atau menyiksa umat Islam. Tetapi ibadah puasa ini terdapat banyak hikmah dan kelebihannya kepada umat Islam. Ada hikmah dan kelebihannya yang kita telah ketahui dan rasai.

Dalam sebuah Hadith Rasululllah SAW turut menegaskan berkenaan ramai orang yang berpuasa tetapi mereka tidak mendapat apa-apa, sabdanya yang bermaksud: “Betapa ramai orang yang berpuasa tidak mendapat apa-apa daripada puasanya kecuali lapar dan bertapa ramai orang yang berqiyamul-lail tidak mendapat apa-apa daripada qiyamnya kecuali hanya berjaga malam.” (HR Ibnu Majah)

Ibadah puasa adalah tanda syukur dan pengabdian kita yang ikhlas kepada Allah SWT. Banyak hikmah, keistimewaan dan kelebihan diberikan oleh Allah SWT kepada orang yang berpuasa sepanjang bulan Ramadan penuh keberkatan ini, antaranya:

1. Amal ibadah dan amal soleh digandakan ganjaran pahala sehingga 70 kali ganda

2. Malaikat berdoa untuk orang berpuasa sehingga berbuka

3. Allah Ta’ala hiasi Syurga-Nya setiap hari di bulan Ramadan

4. Pintu Syurga sentiasa dibuka

5. Pintu Neraka tertutup

6. Syaitan dirantai

7. Bau nafas orang berpuasa lebih harum dari kasturi disisi Allah SWT

8. Doa orang berpuasa mutajab dan lain-lain.

Ketiga: Berlapar Puasa itu menahan diri dari makan, minum dan syahwat.

Lapar untuk beribadah kepada Allah SWT. Lapar orang yang berpuasa akan dinilai dan diberikan ganjaran pahala yang besar disisi Allah SWT. Lapar kita bukan kerana tiada makanan untuk dimakan. Bukan dahaga kerana tiada air untuk diminum. Hanya orang yang berpuasa ikhlas semata-mata kerana Allah SWT akan merasai kelebihan dan hikmah lapar dan dahaga kerana berpuasa.

Lapar berpuasa adalah lapar yang mendatangkan kebaikan dan kesihatan keapda tubuh badan manusia, terutama organ dalam perut, usus, system penghazaman dan sebagainya. Rasulullah SAW pernah menyebutkan bahawa perut adalah sarang penyakit dan pencegahan itu adalah asas segala pengubatan. Saidina Umar Al-Khattab RA juga pernah berkata: ‘Hindari perut yang gendut kerana ia memberatkan semasa hidup dan busuk semasa mata.’

Oleh yang demikian, ibadah puasa dari segi kesihatan fizikal manusia amat berkesan bagi mengawal dan mencegahkan pelbagai penyakit yang berkaitan perut. Ingatlah, peringatan Allah SWT di dalam Al-Quran, Firman Allah SWT bermaksud:

“…dan makanlah dan minumlah kamu, janganlah pula kamu melampau-lampau. Sesungguhnya Allah tidak suka akan orang yang melampaui batas.” (Surah Al’Araf, ayat: 31)

Keempat: Qiyamullail Qiyamullail bermaksud bangun malam untuk mengerjakan ibadah kepada Allah SWT samada dengan mengerjakan solat, zikir, bermunajat atau membaca Al-Quran.

Perkataan “Qiyamullail” bukanlah suatu perkataan yang janggal pada telinga kita, malahan akitiviti berqiyamullail ini sudah digunakan sebagai program dikebanyakkan masjid, surau hatta di Institusi pengajian awam dan swasta. Agama Islam menggalakkan umatnya agar membersihkan jiwa dengan cara bangun malam untuk beribadah kepada Allah SWT ketika manusia yang lain tidur diulit mimpi. Banyak gesaan dari nas Al-Quran dan Hadith yang menyarankan agar kita bangun malam beribadat kepada Allah SWT seperti firman-Nya yang bermaksud:

“Dan bangunlah pada sebahagian dari waktu malam serta kerjakanlah “sembahyang tahajjud” padanya, sebagai sembahyang tambahan bagimu; semoga Tuhanmu membangkit dan menempatkanmu pada hari akhirat di tempat Yang Terpuji.” (Surah Al-Isra’, ayat: 79)

Sabda Rasulullah SAW pula dalam sebuah Hadithnya yang diriwayatkan oleh Muaz bin Jabar RA: Maksudnya: “Tidaklah bagi seorang muslim tidur malam dengan mengingati Allah dalam keadaan bersih (berwudhuk), kemudian ia bangun (dari tidur) dan meminta kepada Allah kebaikan di dunia dan di akhirat kecuali Allah akan memperkenankannya.” ( Riwayat Ahmad, Ibnu Majah dan An-Nasaie)

Tarikh : 15 Jun 2015

Lokasi : Dewan Maahad Tahfiz al-Quran Negeri Sabah

Pembimbing : Dewan Bahasa dan Pustaka. Terima kasih Cik Puan!

IMG-20150615-WA0030 IMG-20150615-WA0031 IMG-20150615-WA0034 IMG-20150615-WA0036 IMG-20150615-WA0037 IMG-20150616-WA0070 IMG-20150616-WA0073 IMG-20150616-WA0074 IMG-20150616-WA0076

IMG_7005 IMG_7010

Sumber : http://m.harakahdaily.net/index.php/kesatuan-fikrah/36092-golongan-al-maadiyyah-vs-al-ghaibiyyah

ZAHARUDIN MUHAMMAD | 24 Jun 2015.

PADA awal-awal surah al-Quran, disebutkan sifat orang yang beriman ialah mereka percaya kepada perkara Ghaib, iaitu perkara yang diceritakan, dijanjikan dan ancaman oleh al-Quran sekalipun ia tidak dapat dilihat oleh pancaindera.

Lawannya ialah golongan yang percaya kepada al-Maadiyyah, iaitu golongan yang hanya percaya kepada perkara-perkara yang dapat dilihat dan dirasai oleh pancaindera; dapat dilihat dengan mata, dilihat dengan akal, dihitung dengan logik, dirasa dengan anggota badan, didengar dengan telinga dan deria-deria lain.

Dengan kata lain, golongan beriman kadang kala mereka menerima bulat-bulat apa yang diceritakan, diberitahu dan dijanjikan al-Quran dan as-Sunnah. Syurga, neraka, dosa, pahala dan lain-lain sekalipun mereka tidak melihatnya.

Tetapi golongan yang al-Maadiyyah ini mereka hanya percaya kepada sesuatu yang hanya dapat dirasai dan dilihat oleh pancaindera. Sebab itu Bani Israel pernah meletakkan syarat untuk beriman hanya apabila melihat Allah di hadapan mata (An-Nisa’: 153). Ada di kalangan mereka yang mahu beriman hanya apabila mereka dapat melihat kitab itu turun daripada langit.

Begitulah pertembungan antara dan iman di mana orang yang beriman mereka menggunakan akal untuk memahami nas dan arahan ilahi, seterusnya meyakininya sekalipun pemberitahuan nas itu tidak masuk akal.

Tetapi golongan al-Maadiyyah, sekalipun nasnya jelas, tetapi mereka akan menggunakan akalnya itu bukan untuk memahami nas, tetapi untuk melihat nas itu dari segi kacamata Maadiyyah, jika dilihat selari dengan data, fakta, akal dan logik, maka mereka akan menerimanya. Dari segi lain, ini dinamakan sebagai Baik Buruk Diukur dengan Akal yang dipegang oleh Muktazilah.

Itu contoh yang asas apabila kita mempelajari syariat berkenaan sifat-sifat kita mukmin terhadap perkara ghaib. Tetapi di sini suka untuk saya dua bentuk contoh, contoh ekonomi, perundangan dan haraki.

Contoh ekonomi, pada zaman Umar Abdul Aziz naik menjadi Khalifah, dasar penghapusan cukai yang tiada nas telah ditentang oleh Gabenor Mesir. Beliau memberikan alasan, jika cukai itu dihapuskan, duit negara akan susut dan bagaimana mereka boleh mentadbir dalam keadaan begitu.

Gabenor tersebut bercakap berdasarkan fakta dan angka justeru itulah rekod kewangan negara sejak daripada zaman Hajjaj Yusof as-Saqafi. Saidina Umar membalas surat gabenor tersebut bukan dengan fakta, data dan angka, tetapi ia membalas dengan hujah iman.

Beliau menulis: sesungguhnya Nabi Muhammad diutuskan untuk berdakwah, bukan untuk mengutip cukai. Berlaku adillah kamu (dengan menghapuskan semua cukai-cukai itu atau (jika tidak) aku akan pecat kamu. Natijah realitinya selepas penghapusan cukai itu, harta negara melimpah tidak sampai setahun selepas perlaksanaannya.

Contoh perundangan, dalam hukuman Qisas Allah menjanjikan pelaksanaannya akan menjamin kehidupan. (Al-Baqarah: 179). Logiknya, jika dilaksanakan hukuman ini maka bertambah orang yang mati justeru pesalah dijatuhkan hukuman bunuh. Statistik pembunuhan yang tinggi dan pesalah yang ramai sepatutnya akan lebih ramai yang mati apabila hukuman itu dilaksanakan.

Tetapi realitinya, apabila dilaksanakan, kematian berkurangan disebabkan penjahat tidak berani membunuh musuh atau mangsa mereka. Sebab itu sejarah Islam mencatatkan, selepas dilaksanakan hukuman Islam, statistik jenayah turun mengejut bahkan jenayah yagn berlaku boleh dibilang dan dihitung dengan jari.

Dari segi politik, Bani Israel di dalam kisah peperangan antara Jalut dan Talut, ujian dengan air sungai menyebabkan tentera Talut seramai 80 ribu hanya berbaki seramai enam ribu sahaja akibat ujian tersebut. Logiknya, bagaimana baki enam ribu boleh berhadapan dengan tentera Jalut yang berlipat kali ganda bilangan tentera dan senjata mereka?

Akalnya mustahil mereka boleh menang. Tetapi yang sedikit ini tidak berundur sebab mereka yakin dan mengulang-ulang janji Allah, maksudnya;

“Berkata pula orang-orang yang yakin bahawa mereka akan menemui Allah: Berapa banyak (yang pernah terjadi), golongan yang sedikit berjaya menewaskan golongan yang banyak dengan izin Allah; dan Allah (sentiasa) bersama-sama orang-orang yang sabar,” – (Al-Baqarah: 249). Realiti akhir, mereka yang sedikit ini dapat kalahkan Jalut yang besar, kuat dan ramai.

Di sana terlalu banyak contoh pertembungan antara golongan Al-Maadiyyah dan Al-Ghaibiyyah.

Dalam kehidupan hari ini, kita kadang-kadang terlalu ghairah dengan data dan fakta sehingga kita lupa beberapa perkara asas dan penting yang berupa pesanan al-Quran. Data dah fakta penting, tetapi kedudukan selepas Al-Quran dan As-Sunnah.

Sekalipun data dan fakta serta culaan menunjukkan kita akan kalah dengan pendekatan politik Islam serta dakwah, pun begitu kita tetap akan meneruskan pendekatan politik dakwah ini (politik adalah alat dakwah) hatta sekalipun data, statistik, survey dan lain-lain menunjukkan kita akan kalah atau hancur lebur.

Kerana kita yakin Allah yang menjaga agama dan kumpulannya yang mempertahankan agama. Memang mungkin al-Maadiyyah (data dan fakta) tidak menyokong, tetapi kita adalah kumpulan yang percaya kepada perkara ghaib yang dijanjikan oleh nabi SAW:

لا تزال طائفة من أمتي ظاهرين على الحق لا يضرهم من خذلهم حتى يأتي أمر الله وهم كذلك

Maksudnya: Sentiasa ada di kalangan umatku satu kumpulan yang menzahirkan (mempertahankan) kebenaran. Golongan yang menentang tidak memberikan kemudaratan kepada mereka sehingga datangnya kemenangan daripada Allah dan mereka dalam keadaan demikian (mempertahankan kebenaran).

Janji nabi ini kita pegang sekalipun bercanggah dengan data, fakta, statistik dan segala bentuk al-Maadiyyah yang lain. Mereka yang menentang biarkan mereka terus menentang kerana inilah realiti dunia dan kita sekarang bukan berada di dalam syurga.

Janji dariapda nas bahawa kumpulan yang terus memperkatakan kebenaran ini akan kekal dan hidup (tidak mati) sehingga sampai masa ia akan menang. Memang kita semaksimum mungkin ingin meramaikan orang bersama kita. Tetapi ada ingatan daripada nas yang menyatakan bahawa, maksudnya;

“Maka jalankanlah hukum di antara mereka (Ahli Kitab) itu dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah (kepadamu), dan janganlah engkau mengikut kehendak hawa nafsu mereka (dengan menyeleweng) dari apa yang telah datang kepadamu dari kebenaran. Bagi tiap-tiap umat yang ada di antara kamu, Kami jadikan (tetapkan) suatu syariat dan jalan agama (yang wajib diikuti oleh masing-masing). Dan kalau Allah menghendaki nescaya Ia menjadikan kamu satu umat (yang bersatu dalam agama yang satu), tetapi Ia hendak menguji kamu (dalam menjalankan) apa yang telah disampaikan kepada kamu. – (Al-Maidah: 48).

Maka kita yang percaya kepada al-Ghaibiyyah ini yakin dan percaya sepenuhnya bahawa kapal kita tidak akan karam atau lenyap selama mana kita pertahanan dan julang kebenaran Islam.

Itu perkara ghaib yang dijanjikan oleh nas sekalipun data, fakta dan statistik al-Maadiyyah menunjukkan sebaliknya. Yang kita bimbang ialah kita dan sahabat-sahabat kita lenyap daripada persada selepas kita berubah daripada beriman kepada al-Ghaibiyyah kepada beriman kepada Al-Maadiyyah.

Ingatan ini untuk diri saya dan semua teman-teman seperjuangan. – HARAKAHDAILY 24/6/2015

Rakaman tazkirah Madinah Ramadhan 1436H yang disampaikan oleh YB Ustaz Abdullah Ya’kub, Speaker Dewan Undangan Negeri Kelantan di khemah Madinah Ramadhan pada malam ke-5 Madinah Ramadhan 1436H.

Mulai 15 Jun 2015, saya menetapkan anak-anak – Nuha, Hana, Hadi & Lu’lu’ untuk membaca buku ini sepanjang perjalanan ke sekolah atau pulang di dalam kereta. Bahasanya mudah difahami dan sekiranya ada yang susah bagi anak-anak, saya akan cuba menerangkannya kepada mereka.

Buku ini adalah huraian lanjut bagi kitab hadith Syamail Muhammadiyyah, himpunan hadith berkaitan keperibadian Rasulullah SAW, contohnya berkaitan jasad baginda SAW, makan minum, pergerakan dan sebagainya. Dalam buku versi kitab Syamail, saya pernah menggunakan kitab ini dalam kuliah mingguan di Masjid Kg Sipanggil Putatan, dan juga bacaan kami di dalam usrah.

Semoga aktiviti kami ini akan membuahkan satu perkara penting kepada anak-anak kami, iaitu cinta Rasulullah SAW dan para sahabat yang menjadi perawi bagi hadith-hadith tersebut.

20150615_064127 20150615_142015 20150615_174535 20150616_132700

Rakaman tazkirah Madinah Ramadhan 1436H yang disampaikan oleh Ustaz Zulqarnain Hassan, Pensyarah KIAS di khemah Madinah Ramadhan pada malam Ke-5 Madinah Ramadhan 1436H.

Tarikh : 14 Jun 2015

Lokasi : Darussyifa’ Lok Kawi

IMG-20150613-WA0117 IMG-20150614-WA0034 IMG-20150614-WA0035 IMG-20150614-WA0036IMG-20150614-WA0041 IMG-20150614-WA0043 IMG-20150614-WA0044 IMG-20150614-WA0057 IMG-20150614-WA0058 IMG-20150614-WA0064 IMG-20150614-WA0066 IMG-20150614-WA0067 IMG-20150614-WA0069 IMG-20150614-WA0070

Tarikh : 19 Jun 2015  / 02 Ramadhan 1436H

Lokasi : Masjid Rusila Terengganu

Penyampai : Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang

20150614_220838

Tarikh : 14 Jun 2015

Lokasi : Maktabah MTQQNS

Seperti biasa sebelum menjelang Ramadhan sejak beberapa tahun kebelakangan, kami memberikan taklimat kepada beberapa siswa yang terpilih sebagai imam tarawih di beberapa masjid dan surau pada tahun ini.

Kalangan mereka ada yang sudah pernah bertugas pada tahun sudah, dan ada pula yang tampil buat pertama kali. Justeru saya gandingkan antara yang bertugas pertama kali dengan yang sudah ada sedikit pengalaman.

Taklimat biasa membincangkan tentang adab dan akhlak sebagai imam, tambahan lagi mereka sebagai orang muda yang akan bertugas di masjid dan surau yang mempunyai pelbagai latar umur jamaahnya. Juga tentang ingatan ahkam tajwid dan fekah asas.

Tarikh : 20 Jun 2015

Rakaman tazkirah Madinah Ramadhan 1436H yang disampaikan oleh Dr. Mohd Azhar Bin Abdullah, Timbalan Ketua Eksekutif Hal Ehwal Pelajar KIAS di khemah Madinah Ramadhan pada malam Ke-4 Madinah Ramadhan 1436H.

%d bloggers like this: