Archive for 30 Jun 2015


Tarikh : 20 Jun 2015

Lokasi : Kundasang Ranau

20150620_115212IMG_7129IMG_7130IMG_7140 20150620_121532 20150620_123242IMG_7200IMG_7203IMG_7205 20150620_141645 20150620_141802 20150620_142102 20150620_144441 20150620_152154 20150620_152220

Sumber : http://m.harakahdaily.net/index.php/kesatuan-fikrah/36128-perang-tabuk

DR RIDUAN MOHAMAD NOR | 26 Jun 2015.

Perang Tabuk terjadinya kerana pemerintah Rom, Hiraqla tidak senang hati dengan kekalahan mereka dalam perang Mu’tah pada 8H. Mereka juga merasa terancam setelah melihat peristiwa Fath Makkah. Kemenangan Islam ke atas pusat menyembah agama berhala telah menyebabkan kelancaran gerak kerja dakwah di semenanjug Tanah Arab. pada tahun ke 9H itu, Hiraqla mendapat maklumat bahawa orang-orang Islam sedang menderita kelaparan kerana kemarau yang dahsyat. Beliau mengambil kesempatan ini untuk mengerahkan 40,000 orang tentera yang lengkap bersenjata untuk memerangi orang-orang Islam.

Nabi SAW yang mendapat maklumat tentang persiapan tentera Kuffar Rom tersebut segera mengerahkan Muslimin agar mempertahankan Islam dan menginfkkan harta mereka untuk berdepan dengan kuasa dunia sejak 70 M lagi dan telah berjaya menawan Baitul Maqdis itu. Sahabat-sahabat berlumba-lumba menginfakkan harta mereka untuk memancing saham akhirat. Saidina Usman telah mendermakan 100 ekor kuda, 900 ekor unta dan nilai wang yang tinggi. Saidina Umar membelanjakan separuh daripada harta benda beliau. Manakala Saidina Abu Bakar telah membelanjakan seluruh harta benda yang beliau ada. Abdul Rahman bin Auf telah memberikan sumbangan 100 uqiah Ashim bin Adi Menyumbang sebanyak 70 puluh karung buah kurma, manakala golongan muslimat juga tidak mahu kentinggalan dengan memberikan barang-barang perhiasan mereka untuk perbelanjaan perang Tabuk yang sangat penting ini. Ada sahabat-sahabat yang mengalir air mata kerana tidak mempunyai harta untuk disumbangkan kepada tentera Islam yang akan berangkat ke medan tempur.

Dalam semarak gendang perang ini, golongan munafik pimpinan ‘Abdullah bin Ubay bin Salul dan Abu ‘Amir al-Rahib mula membuat onar mereka. Golongan ini yang menurut Imam Ibn Kathir muncul pada tahun 2 Hijrah iaitu dalam perang Badar terkenal dengan peranan “gunting dalam lipatan” dalam sejarah Islam. Mereka telah mensabotaj persiapan perang Badar, perang Uhud, bersifat culas dalam mempertahankan kota Madinah dalam perang Ahzab, menabur fitnah terhadap Aisyah Ra dalam peristiwa Hadth al-Ifk, membina masjid Dhirar untuk memecah belahkan perpaduan umat Islam serta menjadi markas mereka dan tempat pengintipan kerajaan Rom.

Tentera Islam seramai 30,000 akhirnya berangkat ke Tabuk. 10,000 di kalangan mereka menaiki kuda 15,000 orang menaiki unta dan selebihnya berjalan kaki. Mereka telah mengharungi kepayahan dibakar terik matahari sehingga Nabi SAW menggelarkan angkatan perang ini Jaisy al-Usrah (tentera kesukaran). Mereka bukan sahaja mengharungi kepanasan tetapi kekurangan makanan seta minuman sehingga ada sahabat yang telah mengorbankan unta tunggangannya untuk mendapatkan makanan dan minuman daripada badan unta.

Semasa perang ini, urusan keluarga Nabi SAW diuruskan oleh bin Abi Talib dan urusan pentadbiran oleh Muhammad bin Musalmah. Orang munafik telah mengejek Sayyiduna ‘Ali kerana diberi tugas itu dan dikecualikan daripada menyertai perang yang sukar itu.

Sebelum tentera Islam tiba di Tabuk, tentera Rom telah berundur kerana mendapat khabar angin bahawa tentera Islam datang dengan jumlah berlipat kali ganda daripada yang hadir diperang Mu’tah. Nabi SAW mengambil sikap tidak mengejar musuh, tetapi tinggal di Tabuk selama 20 hari dan menyebarkan dakwah kepada kabilah-kabilah Arab kafir di situ. Baginda juga telah mengadakan perjanjian dengan ketua-ketua kabilah yang berada disekitar Tabuk.

Kemudian Baginda berangkat pulang dan apabila tiba di Dhu Awan iaitu kira-kira 1 jam perjalanan dari Madinah, wakil orang-orang munafik merayu agar Baginda merasmikan masjid mereka (masjid Dhirar) yang telah siap sebelum keberangkatan ke Tabuk lagi. Ajakan mereka supaya Nabi solat sebelum operasi Tabuk telah ditolak oleh Baginda dengan janji akan datang selepas perang Tabuk. – HARAKAHDAILY 26/6/2015

Penulis adalah AJK PAS Pusat.

%d bloggers like this: