Archive for 18 Jun 2015


Tarikh : 8-10 Jun 2015

Terima kasih kami ucapkan kepada tuan puan yang memberikan kepercayaan kepada saya untuk membeli kitab Indahnya Hidup Bersyariat menggunakan wang tuan puan yang disumbangkan sebelum ini. Sejumlah 40 naskhah dibeli dari Pustaka Aslam, Bazar al-Mubarak Masjid Bandaraya dan juga di Golden Quality Wisma MUIS.

Pada 9 dan 10 Jun telah saya sampaikan kepada siswa siswi baharu untuk digunakan dalam kuliah maghrib di surau ar-Rahman MTQQNS. Kami mendoakan agar pahalanya berpanjangan buat yang menyumbang. Amin!

20150608_153154 20150608_170725 20150609_125015 20150609_125028 20150610_123148

Rakaman tazkirah Madinah Ramadhan 1436H yang disampaikan oleh Ustaz Hj Saibon Ismail, Pegawai Fatwa Jabatan Mufti Kelantan di khemah Madinah Ramadhan pada malam pertama Madinah Ramadhan 1436H.

%d bloggers like this: