20150607_075344

Tarikh : 7 Jun 2015

Menjadi pemandu untuk seorang ulamak besar satu kesempatan dan nikmat yang sangat besar dalam hidup saya. Walau hanya sekitar 10 jam, dari 7 pagi hingga 5 petang, saya mendengar banyak perkara dari lisan TGHH sendiri. Dari Likas Plaza seusai sarapan, mula ke bulatan Masjid Bandaraya sehinggalah hampir tiba ke Terminal 2 LTAKK di Tanjung Aru, saya mengutip banyak ilmu daripada beliau.

Saya tidak terfikir untuk merakam kuliah sepanjang pemusafiran itu, hanya mengingat dalam kepala topik-topik yang diperbincangkan. Ketika kereta berhenti atau dalam kesesakan jalanraya, saya mencatat melalui telefon pintar. Akhirnya, saya mencatat sekurang-kurangnya 29 topik yang TGHH ceritakan dalam perjalanan tersebut. Sebahagiannya beliau yang memulakan topik, sebahagian lagi hasil soalan saya dan PJ Tuan Aminuddin Aling yang sekenderaan dengan kami.

  1. Ayat 97-99 surah al-A’raf. Berkenaan musibah dan bala bencana yang boleh diturunkan ketika manusia alpa atau sedang tidur.
  2. Ayat 87-88 surah al-Anbiya’. Kisah Nabi Yunus AS dan ikan nun. Kisah dakwah.
  3. Kisah sejarah gerakan Islam di Turki sehingga wujudnya AKP dan Tayyip Erdogan.
  4. ISIS, siapa mereka dan siapa di belakang mereka. Bagaimana sikap umat Islam terhadap jihad sesama muslimin walaupun zalim.
  5. Kisah Almarhum Nejmuddin Erbakan dan persahabatan baik TGHH dengan almarhum Erbakan.
  6. Kunjungan TGHH ke Indonesia dan misi bertemu dengan pimpinan gerakan Islam. Kesatuan umat Islam di rantau ini mesti dijaga sebaiknya.
  7. Isu Pakatan Rakyat dan tahaluf siyasi.
  8. Pecahan negara-negara Arab. TGHH menyebut satu demi satu nama tokoh di negara Arab pada zaman awal penjajah dan kaitan mereka dengan penjajahan di tempat masing-masing. (Di sini saya buntu kerana nama individu yang banyak disebut oleh TGHH, memperlihatkan kepakaran TGHH tentang sejarah).
  9. Amanah jawatan. Berkait tentang pemilihan dalam parti.
  10. Isu sebalik tabir MH370 dan MH17. Ada kaitan dengan kuasa besar dunia. Dr Sam selaku pakar enjin kapal terbang turut memberi ulasan beliau.
  11. Kuasa besar – USA, British, China dan Australia.
  12. Isu Ustaz Nasha.
  13. Isu 16 September.
  14. Yahudi dan Bani Israel.
  15. Kisah Sheikh Muzaffar angkasawan negara.
  16. Ijtimak Alami di Rusila. Cubaan sabotaj.
  17. Ayat 74 Surah al-Baqarah. Kisah batu di dalam al-Quran. Kisah batu tercetus apabila TGHH melihat batu-batu di lereng gunung Kinabalu.
  18. Isu vellfire.
  19. Sambutan Kaamatan. Bagaimana para duat mesti kreatif agar sambutan ini diislamkan.
  20. Dakwah dan golongan wahhabi.
  21. Kisah TGHH menulis buku. Masa yang diperuntukkan untuk menulis.
  22. Kuliah-kuliah pengajian beliau khususnya di Rusila.
  23. Pendapat dan perkenalan TGHH tentang TG Dr Haron Din.
  24. Isu Syiah dan Wahhabi.
  25. Mazhab-mazhab dalam Islam.
  26. Kisah Imam Mahdi dan tanda-tandanya pada akhir zaman.
  27. Kelebihan istighfar. Beliau membacakan beberapa hadith dan meminta agar beramal dengannya.
  28. Kenangan beliau di parlimen bersama Tun Sakaran Dandai.
  29. Petua membaca. Beliau menurunkan petua ini kepada kami. Ia menarik walaupun kelihatan nampak lucu ketika beliau menceritakan petua ini yang diperolehinya daripada orang lain juga.

Mungkin ada topik lain yang tertinggal. Tetapi isu-isu di atas ini saya catatkan untuk kenangan saya. Beruntung mereka yang sering dapat mendampingi TGHH.

Sembang kami melampaui isu politik dan parti semata-mata. Beliau bercerita tentang aqidah, syariah dan akhlak, tentang kesatuan umat Islam, isu antara kaum di Malaysia hinggalah perkembangan antarabangsa, tentang persahabatan juga amalan hati dan peribadi, tafsir al-Quran dan hadith Nabawi SAW.